SHORT GETAWAY TRIP BUKIT TINGGI COLMARE TROPICAL


Throwback last year pergi bercuti Bukit Tinggi. Aku review yang jujur je. 
Disclaimer: Throwback ya ni. Kang orang ingat aku berjalan pulak PKP ni.
Aku pun sama juga ni mereput dalam rumah demi negara macam semua orang. 
Rindu betul nak berjalan.

Opsss aku kabor awal-awal aku nak spam gambar banyak giler 😅
Tak suka boleh terus get out from here. Nak juga scroll jangan muntah hijau pulak. Dah warning ni. 




Aku pergi berdua je dengan Kak Dayah. 
Hotel ktwng pilih Colmare Tropicale (4 stars)
Ada 2 je hotel kat sini. Lagi satu The Chateau Spa. 
Ni (5 stars) rate dalam RM 500 ke atas.
Alhamdulillah rezeki dapat rate murah giler 2 malam RM 166.
Standard rate RM 190 - RM 220.
Kira sorang bayar RM 80++ per night 
termasuk 2 kali breakfast dan access semua tempat.
Booking kat AGODA. Aku pakar dah booking kat AGODA ni 🤣




Ktwng tak drive. Kereta ada je malas dan takut nak drive 
selepas 2 tahun cuti drive.
Hotel ada sediakan bas/van boleh booking kat website. 
Rate RM 60 seorang pergi balik.
Masa ktwng pergi selesa ktwng je ada 😂 so naik van je. 
Berjaya pilih timing yang tepat memang waktu tengah bulan 
so lengang sikit tempat ni senang nak bergambar. 

Siapa nak drive boleh je tak jauh pun dari KL sejam je. 
Ke tak sampai rasanya. Tapi masa naik view niceee.





Ni lobby hotel. Korunk boleh siap minta detail aktiviti, waktu shuttle bas, tempat makan, tempat boleh pergi, nak daftar flying fox ke kan, nak minta iron haaaa cakaplah time ni.



 Ktwng sampai lepas hujan. Ya Allah cantik kabus😍 Ambik gambar pun macam dalam lukisan.
Satu masalah bila hujan ni. Kelaparannnn 😝 Kedai makan banyak bukak lepas asar. So macam lambat lagi. Aku memang well-planed. Aku bawa bekal hokay. Tauhu Begedil ni gigih aku suruh dia delivery kul 8:30 pagi. Memang sedap! Dahlah murah.


Time ni syok nak bergambar. Memang saja datang awal sikit Jumaat. Sebab kalau sabtu memang ramai. Siap ada rombongan marhabanlah, rombongan rukun tetanggalah datang naik bas. Datang sini kalau nak jimat boleh je balik hari. Ktwng memang nak rest short gateaway camtu so booklah hotel 2 malam. Lepas tu tak mau rushing nak explore rileks-rileks je. 😎



Lepas bergambar lapar balik 😂 Memang tak kenyang sebenarnya makan begedil tu sebab dari pagi angkut bagasi naik public transport. Siapa naik van atau bas kena tunggu dekat Berjaya Hotel kat Times Square. Booking semua online lepas tu nanti kena collect pass kat ofis dalam hotel juga.
Make sure korunk selalu follow-up dan double confirm. Siapa drive don't worry parking agak banyak.Time pergi ni tengah bulan so orang tak ramai. Nampak banyaklah parking dia hehe.


Dalam ni banyak restoran tapi menu limited. Korunk pepandailah check halal JAKIM. Yang ada bar tu takyahlah makanlah restoran lain. Masa baca review ramai kutuk makanan tak sedap. Untuk first dinner ni (beli sendiri) aku puji memang sedap 👍Ada rezeki sini lagi aku harap chef dia orang sama.

Pastu ktwng balik bilik jap solat maghrib. Kalau korunk dari KL takleh jamak yeahh. Tak cukup 🤭


Setiap malam hujung minggu memang ada persembahan. 
Macam time aku ni ada dance (english song),
pastu ada tarian api ni nama apa aku tak tahu.
Hujan so mula lambat tapi syok jeee. 
Malam tak makan dahlah so explore sikit kedai yang ada.



Waktu malam aku suggest korunk explore kedai kecik sekeliling sini.
Boleh juga OOTD pepandailah cari lightingkan.
 Cuaca sejuk memang syok tidur tapi enjoylah view lawa malam ni.

Aku try buat lilin. Boleh juga celup tangan sendiri dalam wax dan buat lilin.
Aku level-level newbie aku buat jelah cawan ni dulu 🤣
Not bad apa. Cantiklah juga kan. Kekdahnya puji diri sendiri.
Tak silap aku satu cawan ni bayar RM 15 
so decorate sendiri nak bubuh apa dalam tu.
Boleh bawa balik. Kira souvenir untuk diri sendiri 🙊



Pastu balik bilik dan tidurrrrr 

========================================

2ND DAY/HARI KEDUA

Kita mulakan dengan makan! 😆
Pakej aku ni masuk sekali sarapan. Hari pertama amiklah banyak sikit untuk merasa. Rasanya kalau menginap mostly memang sekali pakej sarapan ni. Cuma jujur aku cakap sarapan dia kurang sedap. Aku lalu nasi lemak, buah dengan puding roti je. Bukan memilih tau dah nama pun review.

Masa sarapan ramai orang. Baru perasan ramai sebenarnya tido sini malam tadi haha.


Dalam ni nak bergerak ada shuttle bus ni. Comel je macam kat Zoo. Bertahun lama sangat dah aku tak pergi zoo weyh. Kalau korunk sama macam ktwng tak ada kereta don't worry boleh naik shuttle bus setiap satu jam ada. Cukup je. Nak naik kereta sendiri pun tak ada masalah. Ikut suka hati.



Waktu pagi memang aim nak pergi taman jepun ni dulu. Sebab lighting pagi lawa 😍😜


Atas ni tempat masuk Taman Jepun. Kena naik tangga tinggi juga dan ada bukit sikit. Aku pesan siap kereta sendiri tak boleh naik atas kena juga parking bawah. So, kalau ada bawa orang tua atau orang OKU boleh plan wisely macam mana. Boleh cuba  bincang dengan pengurusan. Sebab aku pakai kain boleh tahan rimas naik tangga banyak-banyak tu. 

Kalau ada yang pakai heels bagai aku pesan bawa bersabarlah yeah! 😂 
Berbaloi bersiap lawa pergi sini ambil gambar.


Nampak bahagia je ktwng bergambar kan? Sebenarnya taman ni kecik je dan orang sangat ramai. Kena bawa bersabar dan pandai-pandai pilih port bergambar yang tak ada orang sangat. Dekat sini boleh sewa kimono jepun untuk bergambar. Harga aku lupa tapi aku tak sewa pun sebab baju kimono dia corak biasa je. Tak menarik sangat corak kain dia. Malas tunggu turn pun ya juga 😌


Sampai duduk tunggu turn hehe. Takpa bawa bersabar semua orang nak happy-happy juga. Jangan spoil mood sesiapa. Bagi laluan yang bawa budak kecik dan rombongan.

Masa ni ada rombongan persatuan wanita apa ntah. So makcik-makcik tu sakan sewa kimono bergambar. Kita bagi team dwng ni settle dulu sebab kelakar juga dengar tour guide dia asyik pesan : 
"Kita berhenti sini 1 jam sahaja ya"

Kalau jalan jeee 1 jam settle. Tapi nak bergambar memang tak sempat haha.


Cuba zoom nampak tak harga kimono? Aku lupalah berapa entah harga sewa ni.




Boring dah aku sampai macam ni 😝


Dalam taman ni ada je kedai jual makanan air dan souvenir. Harga wajarlah mahal sikit. Dah letih sakan bergambar yeayy makan ais-krim pulak! Masa makan ais-krim baru perasan view kat bawah ni. Alahhhh rindunya nak pergi kampung orang asli. Hutan kawasan dwng sangat bersih dan lawa.


😍😍😍😍😍

Dalam Taman Jepun ni ada Rumah Teh. Sajalahkan nak cuba menu apa ada kat sini. Best juga makanan jepun. Tak ramai singgah rumah teh ni. Aku pun suka betullah dapat teh. #tealover

Spa pun ada tau. Korunk boleh cuba Tatami Spa Jepun kat sini. Aku tak cuba pun. Banyak je aktiviti dalam ni cuma cuba tak cuba je. Ikutkan nak cuba gak flying fox. Lama dah tak main. Tapi tulah baju aku bawa semua keperempuanan sangat hehe. Motif nak rileks bergambar je.



Taraaaa hot green tea!



Try green tea dengan matcha ice-cream. Makanan dia okay je.
Balik kat main area ktwng lunch bebetul hehe
Repeat kedai semalam yang sedap tu makan chicken chop pula.


Ada 7 eleven! Aku perasan sangat satu group student ni. Aku agak memang student ni sebab muka muda remaja dan perangai pun sakan (well kalau korunk tengok pun boleh agak). Geng student ni dok ulang-alik masuk 7E ni beli maggi/roti. Memang agak mahal tempat ni so faham sangat kalau student pergi berjimba semua kita berjimatkan. hehe faham sebab pernah ada pengalaman hokayy 😬😉

Lepas lunch ceyhhh plan nak pergi taman haiwan. Tapi tidur mati letih! Sebab masing-masing pun kerja dan kerja sentiasa banyak dan tak cukup rehat. Ni pun menyempat je ni berjimba jap haha.




Makan malam. Sedap sangat garlic bread dia. 

Terperasanlah yang serve makanan malam ni pelayan warga Filipina yang sama serve kat Rumah Jepun tadi. Kesiannya work double shift. 😥 faham sebab aku pernah kerja double triple shift ni. 
Letih tu jangan cakap. Masa awal-awal kerja camtu aku nangis tau haha 😂


Malam kedua ni gerimis sikit tapi aku nak juga jenjalan kat bridge ni. Best apa view macam ni sejuk  rasa tenang je. Aku suka feel lepas hujan ni. Best ni lepak dok sini. 😍  
Haisy kalau boleh tidur sini memang aku tidur dah. Haha.
 Guard memang ada je dok ronda. Tak lama pun aku lepak sini sebab sejuk takut semput. Lepas tu tetiba dia kurangkan lampu. Takut pulak aku dah makin gelap ni.


Malam balik tu main spa-spa pulak. Ni favourite scrub aku. Bau herba dan effective licin kulit. Cuma aku kena kemas bilik air sikitlah kan. No pain no gain! Jarang pun berscrub bagai ni bukan selalu 🤗


3RD DAY/HARI KETIGA

Kita mulakan dengan makan juga! 😆
Memang dua menu ni je yang lalu. Kalau korunk macam aku (yalah taste kita tak sama kan), kalau tak suka ada je starbuck kat sini tau. Cuma tak check bukak ke tak. Tapi ada dia mention operation mula jam 8 pagi. Ahad pagi ni sampai kena buka khemah sarapan sebab ramai check-in weekend sabtu semalam. Tapi pilihan menu masih banyak sama macam semalam.


Ada menara kat hujung boleh naik tapi tak ada apapun. Nak tengok view je lawa.


Jam 10 pagi ktwng dah bertolak balik hehe. Sambung kat tempat lain pulak.
Pergi je website rasmi (klik tulisan ni)

Kalau korunk baca masa survey nak ke sini. Aku ucapkan selamat bercuti soon! Harap ada membantu.
Minta maaflah ye post merapu macam ni hehe. Overall tempat ni best je untk rileks dan bertenang. Cuma dia kecik kalau kita duduk lama bosan juga. Banyak lagi aktiviti lain boleh cuba.
 Cuba check rate semua ada kat website. Email pun agak responsive 👍👍👍




Comments