BAIKNYA TUHAN
Bulan 5 haritu umi putus urat tangan. To be specific yang putus tu 'median nerve'. Urat yang trigger untuk sensory dan motion. I'm so reluctant bila doktor cakap harapan nak sembuh paling tinggi pun cuma 60% dan itu pun tak jamin T_T. I'm very sad.
Umi pun sedih tapi mak tetaplah jadi mak. Umi ceritalah benda yang baik - baik buat anak dia ni bertenang, Selalu umi sakit kaki. Aku rasa ni macam sakit keturunan. Haha. Sebab mendiang nenek cina pun selalu sakit kaki, Memang kerja akulah jadi tukang urut malam-malam. Tapi sejak kerja shift ni jaranglah dapat buat. Again I have the reason to be sad.
Bergambar dekat rumah terbiar
Baiknya Allah sejak urat tangan putus umi cakap kaki dah tak sakit. Ajaib! Umi kata baik Allah hilangkan sakit kaki sebab tangan pun sakit. Sekarang Umi recover dah sakit tangan, kaki pun dah mula sakit balik. Umi kata Allah tahu kuat mana kita.
Umi cakap macam orang kudung tak ada tangan. Sepanjang hidup dia tak pernah rasa gatal nak garu belakang badan. Kita yang sempurna ni menghadaplah kan punya siksa nak garu belakang badan.
Baiknya Allah dekat orang kudung.
Zue cakap nampak tinggi. Aku suka giler seluar ni weyhh. Dia besar dan gobos!
Atas sampai bawah semua Poplook. My most favourite online website.
Bag bundle dan aku merayu diskaun haha
Cakap pasal mendiang nenek. Aku syak dia sakit kaki teruk sebelum dia meninggal sebab dulu hidup susah anak berderet. Memang tak ada masanya nak berpantang elok melunjur pakai stokin. Huhu. Beranak 13 kali! Aunty cerita, 3 hari beranak dah terus keluar pergi toreh getah. Baiknya tuhan, dah tua-tua anak besar semua jaga mendiang nenek. Memang meriahlah rumah kampung tu. Dahlah ramaiiiii. Sampai aku pun tak hafal nama dwng hahaha. Tak pernah dia sunyi sampai mati.
Dulu 2 bulan pertama kerja, selalu balik sakit kaki. Sampai nangis-nangis aku rasa nak amik pisau potong kaki. Sakit sangat. Kekdahnya sakit kaki ni berjangkit kat aku haha. Memang selalu cramp. Aku haaa kalau bersimpuh tunggu masuk waktu solat. Kang jap lagi cramp masa nak bangun. Terus ya aku masbuk masuklah join rakaat kedua ketiga. Tapi maybe juga betullah orang kata orang gemuk ni tk boleh bersimpuh haha. Berat nak menampung uolss. Hehe. Tengah nangis sakit kaki tuhan bagi lalu orang tak ada kaki sebelah. Dia kaki sebelah kudung pastu pakai tongkat terhinjut - hinjut jalan.
Baiknya Allah buat aku berhenti nangis. Kihkihhh sebenarnya sentap keinsafan menerpa gittewww xD.
Sempena Hari Malaysia. Cantik! Rasa tak sure. Aku beli sebab cantik haha.
Kacang tu semua favourite aku. Tak suka sangat donut manis ni.
Kita on diet hehe bertahunlah diet perempuan ni ghupa ni jugak besarnya.
Aku tak berkenan dengan adik-beradik aku. Tapi cuba nak didik hati belanja juga dwng donut Big Apple ni. Dah besar ni nak belajar. Instead of menyampah, aku belanja orang aku menyampah tu. Mana tahu dia perangai mengarut tu sebab kurang kasih sayang. Huhu.
Comments
Post a Comment