Review Wondermilk
Bertenang betul hari ni tidur 10 jam. Memang ada hari-hari aku tumbang terus macam ni. Dengan blood pressure yang sah-sah rendah dan tak berapa nak larat. Pening kepala teruk. Hari ni makan cukup-cukup sebab nak ambil darah, jumpa doktor apa semua.
Yeayyy cuti seminggu terus untuk sebarang kemungkinan. Risau juga kutlah esok kena warded. Harap-harap tak payah rumah pun dekat je nak ulang-alik.Hehe
Hidup kena diteruskan. Tak larat pun siap juga lap habuk, cuci kipas, kemas bilik, basuh langsir baju semua. Takpe dah selalu paksa diri buat macam-macam walaupun tak larat hehe.
Kuat semangat !
alalahhh menipu betul Oppo ni. Realiti muka tak adalah flawless giler macam ni. Muka sebenar kusam dan pucat macam baru kena makan ngan zombie je haha.
Malam ni tak boleh tidur sebab tengah menahan siksa sakit ni.
Tapi macam biasa HIDUP KENA DITERUSKAN :)
Ambil mood jap malam ni nak review satu cafe ni and I'm so glad ini ialah hak milik bumiputera!
Malaysian product! Yup mestilah Halal.
Boleh check website Wondermilk
Suka deco camni. Simple and minimalist. Walaupun biasanya aku deco serabut je kihkih.
Pergi time weekday sebab singgah lepas habis buat kerja dengan manager.
Lawakan? Haisyyy cantik tapi biasanya aku takut nak makan makanan fancy macam ni sebab banyak betul guna colouring ni. Adalah sebab kenapa tak mau makan dah high colouring food. Gula-gula smarties, M&M,Nips semua tak makan dah. Lepas baca artikel pasal colouring.
Tapi kalau berkenan makan jelah cuma jangan selalu. Kita ni manusia boring pula makan plain je.
Wondermilk ni specialist in cupcakes. Sedap oitt cupcakes dia sampai sekarang aku teringat-teringat rasa dia. Fluffy je kek dia. Cream dia pun tak over manis sangat. Sama juga ni bila-bila singgah publika nak try lagi cupcakes lain.
Main cuisine memang westernlah. Biasa aku tak suka pun pasta camni tapi yang ni sedapppp. Cuma perut melayu nak juga pedas pergi tambah black pepper banyak-banyak haha.
Air amik air masak je. Senang nak digest. Dah tua-tua ni rajin minum air masak je hehe.
Then ada kerja kat KL Gateway mall. Mall yang siap ngam ngam lepas aku habis belajar kat UM. Kalau tak mahu jadi tempat lepak kan. Tapi lepas masuk alahaiiii mall ni diam bebenor.
Tak berapa meriah sangatlah. Kira macam baik pergi Mid Valley je.
Lainlah kalau nak private date perjumpaan sorok-sorok ke. Eh? apa ni haha XD
Lawa ni. Demam world cup haritu.
Okay nak sambung kerja kejap. Nak buat copywriting promotion company.
Kesian semua orang tak berbalas whatsapp. Call pun tak angkat.
Tapi tak rasa bersalah pun sebab I'm on leave :)
Comments
Post a Comment