AS BUSY AS THE BEES
Aku pernah kerja kat satu company ni. 2 hari je lepas tu resigned ! Pengalaman ni tak lawak dan pahit nak dikenang tapi for long term run ini keputusan terbaik. Wahh serious pembukaan post ni haha. Nasihat pertama daripada CEO tu ialah semua benda kita boleh cari balik termasuklah duit. Hilang 1 juta hari ni esok boleh usaha cari balik. Tapi paling tak boleh nak dapat balik ialah MASA.
Tak boleh bla betul antara rule company ialah kalau bad mood ke, emosi ke laut ke, sedih syahdu macam mana pun kan, wajib ambil rest 30 minit buat NEGOUT (negative-out session). Siap ada ruangan khas nak buat NEGOUT. Lepas tu come back to work and kekal hidup semula ! Polisi company juga " Always leave people with positive vibes". Sampai cam tu weyhh tak nak staff dia hanyut mati dengan perasaan ! haha. Yes sebab tu company ni buat berjuta-juta sebulan ! Siap ada strategi khas jangan buang masa kerana emosi !
Hi, I'm a visitor in my own land ! kehkeh
Banyak betul perubahan drastik aku buat untuk pastikan aku dapatkan banyak masa. Dah berbulan dah aku makan yang simple dan cepat sampai kawan sekerja tanya "weyhhh kau makan apa dowh macam ni?" haha. Lepas tu aku memilih je baca dm/whatsapp/pm yang penting. Ada masa baru balas betul-betul. Tu yang memanjang bluetick orang. Ni pun ada juga orang bahan " helooo hidup lagi tak ni?" hahaha. Dahlah ada perangai patutnya balas yes or no nak juga buat huraian. Adoilahh.
Ouh ya baju, tudung semua ironless collection atau kalau nk iron pun tak lebih seminit. Aku tak tahulah kalau aku pelik tapi aku rasa iron baju ni buang masa dan bazir elektrik. So cari baju tak payah iron. Lipat baju pun aku rasa buang masa. Wahai engineer ada tak teknik basuh yang terus boleh simpan kering dan terus siap iron. Masa-masa urus kain ni boleh digunakan buat benda lain kut. Sebab tu selalu gaduh ngan umi pasal apa nak argue dah kena buat buatjelahh kan. Nak pulak aku jenis lipat kain beriya angle kiri kanan atas bawah kena sama ! Haha stress tau.
Korunk update apa kat FB/Insta pun aku tak tahu. Tetiba je tahu kawan dah beranak. Bila masa entah dia kawen. Hehe. Sedih. Tu belum yang perangai tahu -tahu je dah ada kat overseas.
Malacca ! Bangunan Stadhuys ke apa ntah nama dia.
Tapi terpikir juga ayat marketing director kerja sekarang. " There always time for everything ! " Masa Allah bagi sama je kan 24 jam. Kita pandai-pandai kena meng'ada'kan masa untuk buat amalan sunat, borak dengan mak sendiri, bersenam, baca buku, pergi dating n shopping (eh hehe). Paling sakit kita pun meraba-raba mencari 'me time' sendiri. Tak sempat check diri sendiri. Hari tu gigi sakit lepas tu tak sempat jumpa dentist. Selamber cakap kat " weyh gigi pandai-pandai sembuh sendiri boleh tak?". Adoi boleh pulak la kan. Tapi tak jalan. Rajin juga ajak Biha pergi buat sonotron dengan Zue.
Another good tips kan jadi multitasker. Belajar dan berlatih buat 3 benda dalam satu masa. Hmm tapi letih dan perit jangan cakap. Apa pilihan yang ada? Kuatkan semangat dan proceed !
Tips lain. Kurangkan komitmen. Tapi ni susah. Lagi-lagi aku yang kuat berangan nak capai macam-macam. And kadang2 komitmen ni datang tanpa boleh tolak. Parah betul.
Hidangan sepinggan lengkap yang terlalu sempurna dan peminat tegar kacang botor sejak tahu dia untuk awet muda XD
Setiap hari busy buat macam-macam kan sebak fikir aku ni masa tak berkat ke? Terikat sangat dengan dunia ke? Sadis yang amat weyhh busy kemain esok kat akhirat " Nah semua amalan kau tidak diterima !" Huhuuuu sibuk-sibuk ni harap esok malaikat tanya dalam kubur adalah boleh jadi jawapan T_T
Akhir zaman ni cabaran dia memang buat rasa nak putus urat. Haha. Sebab tu surah Al-Kahfi pesan dengan Allah mintalah rahmat dari sisinya. Hehe korunk studylah okay doa yang Robbana hablana min ladunka rohmat wahhayik lan min amrina rosyada. Ada tu ha dalam Al-Kahfi. Study perkataan min ladunka tu. Dan kisah surah Al-Kahfi tu.
Artistic tak? Ni aku amik kat dalam tandas lama sangat tunggu member haha
Busy bebenor moga Allah letakkan dunia kat tapak tangan bukan dekat hati.
Kalau aku sibuk tak melayan korunk minta maaflah. Poyo je ni tak sempat itu ini padahal sendiri buat kerja lembab dan tak pandai urus masa. *cubit diri sendiri
Kalau korunk rasa pembunuh adalah manusia yang paling kejam , noooooooo orang yang paling kejam orang yang buang masa ! Kalau boleh minta sikit dah minta dah haha. Masa ialah kehidupan tahu-tahu esok dah beruban.
Sekianlah anak-anak ceramah malam jumaat by Ustajahhh celup ni haaa.
hehe XD
Comments
Post a Comment