Bila semua orang Couple
Lately, bila aku balik rumah, umi asyik tanya pasal :
"kawan kaklong ada couple?"
"kawan yang kawen hari tu dah beranak?"
"kaklong dah ada boyfren?"
"pernah tak keluar dengan laki malam-malam ?"
"ada laki usik kaklong tak?"
dan aku memang Gulp !!!
pasal selama ni aku balik aku akan di'lecture' ceramah kejayaan duniawi ukrawi, tetiba 3rd yar ni soalan umi bertukar. Hampir putus urat mek bila umi tanya "nak kahwin bila?"
dan 9 minggu bergelar third year semuanya semcam berubah.Ya semua orang !!!
Aku akui lah kan aku ni kejar akademik, kekayaan , kerjaya .Haha jujur.Kau pun kan?
Well semua tu asas hidup yang aku dan kau pun tahu.
Bila third year ni, aku baru realize semua orang sekeliling aku mengorak langkah ber'couple'.Dia semacam satu trend , satu kewajipan pula bila masuk 3rd year ni.Semua macam desperate giler "nokkk kita dah nah grade, tak jumpa somebody lagi.We should have one already .Idokkk susahlah kita nanti .Sekarang ni pompuan sikit dah."
ok ok ok.
Awalnya aku cuba menghadam dan cubit diri sendiri cakap. "Kau aten plizzlah faham current situation .Dah nak grade.Kau kena usaha untuk ke arah berumah tangga"
"kau janganlah nak kekwat sangat, semua lelaki anggap kawan je"
peer pressure sangat.
tapi lepas lama-lama sorang-sorang member sekeliling couple, I'm just proud to be single.
Cliche reason nak kawen kan ??
Aku start perasan benda ni bila aku rasa sunyi.Bukan sebab tak ada pakwe.Tapi bila nak gi makan, nak borak kan ajak member. "Alah aku dah janji dengan 'dia' lah..."
Pastu bila memalam nak ajak buat meeting ke, nak ajak tengok movie ke,nak jadi food hunter tengah malam, nak minta part assignment "
semua tak ada awak T_T pergi dating...
Pastu semua pesan "kau pun kena terima someone juga"
Mek menangis nokkk T_T
mek nak member mek balik, bukak pakwe baru.
T_T T_T T_T
Well pujuk diri.Memang aku dah capai fasa yang mana member-member dok kawen kan.Dah masanya semua dok menggatal tahap tak tentu pasal.Usia dah kena fikir jodoh-jodoh ni.Siapalah imamku?.Mana tulang rusuk kiriku?.Hahaha.Tahap yang semua dah mula jeling nak mengorat buat bini. Berawak-saya.Ber'ana enti pun dah niat lain.
Tapi deep in my heart, seakan berbisik. Semua tu tak perlu.Belum masanya.
semua bidas mek balik kan "aten kita semua dah besar"
Some member gilalah usaha nak cari jodoh tu kan sampai dia sendiri taqdim lelaki .Kiranya perempuan melamar lelakilah.For me. Bagus !!! U do something rightlah macam agama propose us to do. Masing-masing sibuk isi borang unit baitul muslim.Semua dok mengajak pergi kursus kahwin.Takkan I nak halang uollsss buat benda baik.
Tapi terlalu banyak benda buat aku sedih T_T dan syahdu .
Dalam hati aku ni ada Kabhi Kushi Kabhi Gham sikit.-alahai hahaha.
Ko faham tak ? Dalam kita nak buat benda baik ada yang tak kena.
Dulu-dulu depa nilah yang pillow talk dengan aku nak bakal suami soleh, keluarga sakinah,cinta selepas nikah, bercinta kerana Allah.Nak jaga hati tak mau layan laki-laki ni.Nak pilih yang berani jumpa mak ayah.Nak cinta yang Allah redha.Dulu tak mau mesej laki.Malu nak reply whatsapp laki sampai suruh aku whatsappkan padahal tanya pasal kertas kerja je pun.pum pang pum pang zina hati,cinta halal .Memacamlah yang boleh je aku nak buat novel.
Dalam sekian kenangan lalu, satu haru terjumpa berdua dalam bilik persatuan walhal dulu dedua kemainkan baiknya *ya Allah flip tudung .Pintu bertutup.Aku buat-buat tenang ye jumpa korunk walhal jantung hampir lupa pam darah !
Dalam hati nak je peluk kau "meh pillow talk dengan aku balik !!!
Ada juga yang keluar dengan laki sampai 2/3 pagi .Tak layan dah member lain nampak buah hati macam "you are my world darling !".Borak dengan kita pun cakap pasal 'kesayangan' dia.
Padahal kita nak borak pasal sale baju, sale tudung, movie best, makanan sedap, gossip kolej.
Mana dulu impian 'cinta demi tuhan' ?
Mula -mula macam pikir juga kenapa nak sedih? Rasa jealous ke ? Tapi pikir 40 kali malas giler weyh nak bergayut setiap malam.Merajuk lambat balas whatsapp.Nak gi mana-mana kena bagitahu.
Who expect orang nak balas whatsapp cepat.Ko ingat henpon melekat kat tangan dia. Act macam kau anak dia nak kena minta izin gi mana-mana. keluar dengan siapa pun kena tanya dulu?
Aku sakit tengok kau menangis takut sangat tak dapat idaman hati.Aku sakit tengok kau leka bila orang ramai usik "sweet siot korunk".Aku sedih bila kau sendiri lupa impian kau.
Mana dulu impian 'cinta demi tuhan' ?
Aku tak ada kekuatan untuk menegur,Cukuplah kepenatan memendam dan menolak tanpa jawapan.
Sekianlah semua galak bercinta dengan kesayangan masing-masing.
Siap ada beberapa member ni siap nak offer lagi "aten kau nak tak dia ni?"ataupun "aku semangat ni nak carikan kau juga. Kau cakap je kau nak yang macammana. Aku recommend kan?".
"tak maulah sombong-sombong , accept yeh?"
Geng baik sikit. "Jomlah isi borang ni.InshaAllah ada pertemuan tuhan janjikan di sini."
Dalam hati nangis T_T.Semua dah lain kan?
Bila kita jadi pelik sikit.Orang buat kita macam alien tak ada hati dari unknown planet
"kau nanti jadi anak dara tua baru tahu"
"kalau kau dah ada somebody, maksudnya kau cantiklah"
"nanti dah lambat tak ada siapa nak."
fight against the culture
"There are responsibilities in any relationship"
Mind it !
Mungkin ini dah masanya untuk masing-masing.
Setiapa orang ada prinsip.Kita saling menghormati ok.
Kalau kau macam aku.
*sep tangan dulu
Semput buat FYP.
Read this -those words may calm you.
Pandai ye umi ada instinct aku sedih sebab benda ni.
Akhirnya umi tanya "Nak yang terbaik tanyalah tuhan"
Classmates hampir semua single.Kitaorang borak pasal lab report, mana result experiment semalam,fyp, gossip ,diseases, movie,kenapa test banyak sangat nak baca,bengang dengan orang, tak suka tutor, makanan kafe tak sedap,junior langsi betul.Haha
Bila bukak citer pasal cintan cintun selalunya borak kitwng tak berkembang.Macam tak ada topik.
Orang lain gi kelas berlipstik merah, baju cantik-cantik.Kitwng usung lab coat ,pakai t-shirt jeans je.
Orang kemain tempek bedak powder nampak lawa, ktwng rilek gi kelas bawa muka buruk tak cukup tidur semalam. Asal kau mandi. Mahu tak sayang classmates kuat belajar camni?
Takkan aku nak disect tikus katak dengan dress XD ?
Comments
Post a Comment