Exercise tangan balik


Lazy blogger dah mari balik menulis !.Aku macam susah kut nak konsisten menulis blog ni, pasal aku jinis menulis blog 2-3 jam .Status FB ke insta ke memang lama aku pikir nak tulis.Hahaha .Kira aku draft dulu, check perkataan walaupun akhirnya tetaplah aku bakal typo XD.



Cuti ni antara benda yang aku pun pening nak pikir, nak pilih tajuk FYP.Kena ranklah sekian banyak tajuk tu. Dilema ni nak pilih based on minat ke, kemampuan ke, lecturer ke, alahai poning aihhh.
Benci tau bab-bab buat keputusan ni.Hahaha


Maka mulalah aku terkenang-kenangkan DNA extraction yang aku rasa susah dia boleh tahan.Risau pula FYP ni bakal buat semua benda sendiri.Huhu.

Berita gembira : Alhamdulillah bakal melangkah ke fasa akhir pengajian! Yeay ...






Akhirnya dapat agar yang pecah.Band aku pun terpecah-pecahlah.Walaupun aku dok the universiti paling baguihhh, tapi bab  nak sabar dengan mesin makmal ni memang lah kan.Aku paling rasa macam 'erghh' bila kena beratur take turn ambil bacaan spectrophotometer tu.






 Demi budak seorang ni nak shot macam ni, aku buatkanlah juga walaupun aku bukan reti pun selfie -selfie ni.Tak ada kerja aku, baik suruh je orang lain amekkan gambar.Pasal selfie nilah orang sekarang tak reti dah nak mebudayakan bertegur -sapa.Macam "sorry cik, boleh tolong ambilkan gambar saya?"


Akhirnya boleh bernafas dengan tenang, tidur lena malam bila exam dah habis.
Banyak misi aku cuti ni.
Nak rehat cukup, Improve bahasa (bahasa melayu pun dah makin teruk ) dan sihatkan badan.



Bakal banyaklah post di blog waktu cuti ni yep ..

Comments