Cara Cuci dan Tanam Uri


Aku macam excited pasal tengok cara cuci dan tanam uri cenggini.Padahal selama ni aku tanya umi, uri aku dok pi mana??? Gara-gara belajar sains aku kononnya nak menjejaki semula mana placenta aku ni ??? Ini kerja giller yang tak direstui umi langsung.

Selamba umi jawab : Ada kat belakang rumah wak B .Bawah pokok pisang.
Haaaa pookok pisang  mana bertahan 20 tahun ! Pencarian berakhir !

Ada seorang hamba Allah berbesar hati share cara camna dok basuh uri .
FB Wan Asrul Al-Kalantani

So kut-kut tak ada fb kan, aku bawa post sini.Belajar daripada gambar ok.
Pastinya ini ilmu baru harus tahu oleh bapak-bapak :)



Dulu bila umi beranak,bapa aku selalu bawa kain batik bungkus dia bubuh dalam plastik.Pastu dia warning semua orang jangan usik.Aku dok bayang dalam tu banyak darah pasal tu la aku usik. XD




Ni garam


Kau jangan nak peli-pelik cakap ni entah apa-apa tau.Ni brown sugar .
Gula ni mahal sikitlah.


Asam keping nak bagi hilang bau.Nanti tanam idokler dikorek kucing ke anjing ke...



Sekadarnya.Tak perlulah kemain dalam macam kubur tu.
Kau nak tanam apa???



kain ni pun tak payah jadi isu.Napkin ke, kain pelikat ke pape pun  Boleh.




Sebelum tutup ni.Ada sesetengah ibu bapa percaya (Ini bukan unsur agama ke apa) .Macam kalau nak anak cikgu, dok tanam sekali dengan buku.Nak anak penulis, tanam pensil. Nak anak doktor tanam picagari.Kau jangan terkejut ada yang tanam telekung nak anak jadi ustazah !

Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:
1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai.
6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
9. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2 minggu supaya bayi tidak kembung perut.

10.menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat




btw (apapun) as muslim, Hukum tanam uri harus.Tak ada pengkhususan apa-apa.Cum digalakkan tanam tempat selamat je supaya tak terganggu bau busuk atau disepah binatang.



Inilah placenta .Melayu panggil uri.Dia macam belon air .Semua orang pernah tinggal sini ok.Ada sesetengah kes mak bersalin baby dah keluar , uri tak keluar.Pelan-pelan uri naik atas sampai kat jantung dan mak mati.Of course lah tak semudah itu kisah dia dari sudut sains.Pendeknya cenggitula.
Kiranya kalau tetibakau kena beranakkan sesape kau jangan kemain gummmbiraaaa bawa keluar baby.Uri ni pun kena kasi keluar tau..

Penting jangan buang merata-rata.

Tetiba aku terpikir.Mereka yang lahir senyap-senyap kat semak, dalam tandas sekolah.Tahu ko uri ni nak dibuek apa? Haaahaa melalut pikir panjang.




Era moden kini, Placenta/uri ni tak dibuang je.Pasal uri ni fresh cell.Dia senang nak differentiate ,divide/(bekembang).Kira dia ni macam anak benih boleh dipelbagaikan.Contoh atas ni kat negara barat, Placenta mak tu dia proses bagi mak balik makan due to those benefits lah.





Banyak kegunaan uri ni.Buat kosmetik pun boleh.Cuma seksa kau nak maintain production cari uri ni lah.Jenama ni famous tau. Sebab dia kira one of  stem cell juga.Elok lah nak buat hilang kedut, generate new cell dan lain-lain.Haahaa lepas ni kau nak gomol supplement ke pil apa-apa 

.Entah-entah diperbuat daripada uri yang diproses.Basically as I know .Macam aku belajar pun, so far dibolehkanlah dalam islam.

Sekarang kat Malaysia ni sebelum beranak kita boleh daftar kat ada syarikat yang manage stem cell ni.Lepas beranak syarikat ni akan collect placenta /uri mak tu daripada hospital.Pastu depa proses dan simpan.Macam konsep bank.Nnati bila-bila ada family sakit ke, patah apa-apa.Percaya atau tidak stem cell ni boleh bantu recovery process! Satu placenta tadi can benefit whole family.InshaAllah.

Some poor country jual placenta kat syarikat-syarikat.Tapi kalau boleh benefit family kita, maybe boleh dahulukan orang tersayang.





kitorang 6 beradik buat umi pening kepala bagi tahu uri masing-masing kat mana,
Tapi umi ingat aku je pasal aku anak pertama.


Pesanan :Ko jangan nak mengada bertalkin ke buat kenduri arwah lepas tanam tu!!!

Comments

Post a Comment