Sohseh.. Banjir Malaysia Disember 2014


Aku dok tulis ni untuk cik Pong kat oversea sana suruh khabor pasal banjir kali ni.
Here Cik Pong reportnya xD



Banjir tahun ni katanya paling teruk.Aku pun sepanjang hayat belum pernah lagi menghadapi  banjir.
Apa yang pasti tengok semuanya bagaikan tenggelam aku percaya semakin teruk !

Kelantan 32,343 mangsa banjir
Terengganu 28,991 mangsa banjir
Pahang 24,316 mangsa banjir
Perak 4,335 mangsa banjir
Perlis 265 mangsa banjir

Total : anggaran 90,000 orang .Ibaratnya satu kampus mu tenggelamlah pong !!!!

Sabah pun banjir tapi idok terlalu teruk.
Kedah baru banjir hari ini !!!


Jumlah terkorban sehingga 25/12/14 7 orang
*aku negok berita tau pong...

Terciptalah hashtag #prayforpantaitimur


sumber number yang sohih pong .Surat khabar bebas kontroversi Sinar Harian




Stesen minyak Kelantan






Stadium Kelantan



Pasar kelantan



Sekolah

setiap hari naik satu tingkat.Daripada semua tingkat last-last tingkat atas sekali je boleh guna.
Dahsyat lagi banyak sekolah dah tenggelam terus !




Flight Air Asia KL-KB


Hospital 
Cerita pasal hospital.Depa guna generator sebab ada sesetengah kawasan dah blackout
Pastu helikopter datang nak  pindah pesakit -pesakit yang kronik terutamanya ke hospital lain.Malangnya hospital berdekatan penuh lah kan...Ouh ye bawa pindah pesakit guna helikopter !



Pastu Pong, pasukan penyelamat hadapi masalah nak hantar bantuan dan selamatkan orang pasal masalah-masalah berikut:

1- Arus sungai terlalu deras.Kita ada kes bot penyelamat terbalik !
2- Tak cukup bot semua ni ha...
3- Tak menang tangan lah depa pun Pong...


Yang kita kesian nilah baby, mak baru beranak, orang tua, OKU ..Allah acamna ha...
Air bersih pun tak ada kan.Tak pikirlah lapar ke  apa.Penting nak selamat je.
Yang masih tak terima bantuan bakal berhadapan shortage of food lah...




Masihlah Pong, puak-puak Melayu ni dok main politik.Kelantan teruk sebab nak buat hudud! wahhhaa what the fish lah kan? Depa dok  main kutuk lah negeri umno, negeri pas semua tuh...
aku tau Pong hang mesti rasa nak balik Malaysia hampuk depa !!! 



Alhamdulillah banyak dah sukarelawan bantuan dah mula gerak ke tempat banjir dok bagi bantuan.Aku nak khabar pasal tirai ni.Syukurlah sesetengah tempat mangsa banjir dah pandai pasang tirai buka khemah semua kan..Mmebantula tuntutan jaga aurat anak dara, mak nak menyusukan anak semua dan hal-hal sulit lain.Sepatutnya kita terrrbaiklah dalam bab-bab ni... Privacy gittuuu


Kecoh juga isu boleh solat Jamak boleh ke tak?
Ustaz Dr Zaharuddin dah terang panjang jelas lagi wadih haaaa kat FB dia.
Pong pi tengok fb ustaz feveret kau tu kay..



Ni kat Manek urai.Cerita Manek Urai ni sadis Pong.Antara tempat paling tak dann nak bagi bantuan sebab kekangan dan sebagainya.Sekolah 4 tingkat sini pun tenggelam!

Kau ingat cerita kelas sardin Pong? Now all class dah macam tin sardin.Imagine lah satu floor je boleh guna 500 orang dok berhimpit satu floor!
Ada sedara member khabar depa masak air lumpur pasal tak ada bekalan.
Banjir bukan setakat rumah takde.Elektrik takde,

Allahu yusahhillahum


makan nasi atas kertas pong..








Ni dia orang awam usaha sendiri bagi bantuan.Pong  kita  kena teruskan impian kita belajar berenang Pong.Huhuuu.Kalau boleh belajar bawa bot ke apa.Esok kalau Selangor sini banjir aku tak  adalah terkial-kial setakat pandai buat teknik mengapung je!!Hang juga kay... Hang mandi Pangkor dah jerit panggil aku lemas time scuba diving ...hehe...


Malaysia memang negara islam contoh Pong.Waktu banjir camni muncul golongan dok canang, banjir ni buat membersihkan dosa sebagaiman banjir 1971 di Kuala Lumpur membersihkan rusuhan kaum 1969.Aku pencinta sejarah.Aku harap hang sabaq sikit baca part ni.

Keluarlah statement kata ini  bala daripada Allah atas  dosa pemimpin negara.Ini musibah nak sedarkan orang islam yang dah leka.Semua masjid surau/khutbah esok sure semua pasal banjir.
Dan tetiba surah Hud ayat 44 jadi femes !!! Usrah hang minggu depan hang bawalah ayat ni ! :P


Depa juga cakap ni semua Allah bagi nak cegah knsert tahun baru 2015 yang lagha belaka.Hasilnya kita tak mau lahir anak-anak zina .Gitulah tragis sekali tazkiroh-tazkiroh ini .Sejujurnya aku yang sekadar belajar syariah sampai form 5  juga tidak mampu menafikan semua itu.
Tapi yang ini paling meruntun jiwa !


Depa kata juga ini semua patut berlaku di Amerika dan Mesir ! Bukan kita pasal depa sibuk nak tangkap Syeikh Qaradawi.Ayooo depa ingat depa tuhan? Depa lupa Malaysia pun ada titik noda hitam sendiri yang gagal ditebus bahkan sombong lagi buat merayu maghfiroh illahi !


Dan banyak lagi.Dok persalah Kelantan negeri miskin.Persalah projek longkang berasuah.Dok persalah projek jeti/sungai/ikan/sotong berkroni dan macam-macam.Aman lah kau di obersi sana....


Moga Allah ampunkan dosa kita.





Ini baik punya Ah Chun !
Buat baik pejam mata.
Bukan kira agama, bangsa, kampung warna rambut !


Kecoh juga banyak menteri tak turun.Ni haa aku bagi yang tak memihak mana-mana.



Dan pong, sempat juga ada yang kahwin.Tahniah dah jodoh kan.
Pong hang nak kahwin atas bot kan?
kihkih...



Cerita nya Pong orang tak puas hati pasal pak menteri ni pi mana semua !
awak  kat mana? awak kat mana???


Punca banjir sebab fenomena full moon .Baca lah ok.

macam biasa banyak lagi pandangan lain. Apapun bumi ni dah terlalu tua pong !!!



Tahun depan aku rasa Pak Nil  ni elok bertanding !
Wahha..Pak jib dok main golf sempena lawatan rasmi 4 hari ke AS.
Hang boleh baca sendiri sebab aku tak mau tukar blog ni jadi blog politik.

Prinsip kita baca isu politik
Baca : Analisis : Timbang tara


Kali ni aku tak mampu timbang taralah kan...
Harap pak cik hang ni keluar statement minta maaf ke , penjelasan ke...






Walaupun hang jauh, pakat-pakatla kirim doa dan solat hajat.
Sebarkan kebenaran pasal sekarang ni media dok selindung sungguh sebab sumber media sosialcerita banjir lebih teruk daripada news kat TV.
Derma boleh kasi atas.InshaALLAH ni bukan fake punya derma!


Bye pong.Aku study week  T_T

Comments

  1. ya Allah..awat jadi macam ni?Hang update aku jugo naaa.walaupun hang dok study week aku percaya kegeniusan hang !!! wahhhaaaa.

    awat hang pi canang nama buruk aku pong tuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment