Fracture T_T


Dalam sehari-hari hidup ni , kita dihadiahkan 1001 tekanan dan cobaaaaan lah kan...
Kita pun sentiasa ada 2 pilihan je..

1- Bangun dan laluinya
2-Jatuh terus menyesali dan membenci.




Walau apapun kata motivasi, azimat, peringatan, hatta sokongan padu jitu daripada setiap insan yang hadir, Sungguh !!!! bangun dan bangkit itu penyeksaan dan penderitaan.

Sebagaimanpun cara kau mencari inspirasi buat diri untuk terus jua gagah melangkah ke hadapan, 
tetaplah percaya,
akhirnya kekuatan itu hanya datang dari dalam diri sendiri.
Ya diri sendiri meski seisi dunia cuba memberi ...



Masih ada sinar di hujung jalan.Tuhan janjikan pelangi di setiap akhir hujan buat kita tahu ada hadiah pada sebuah keperitan.
Tuhan ciptakan ubat buat penyakit buat kita tahu harapan tidak pernah hilang.
Tuhan sediakan kaffarah untuk segunung dosa, supaya kita yakin peluang terus ada asal mahu !

Hati mohon terus kuat, air mata tak usah mengalir lagi...




Comments