Gee's Update [Part 1]
Assalamualaikum
seronoknya dapat berbelogginngg !!!
Sebenarnya dah lama dah post ini tersimpan sebagai draft.
Entah kenapa tak terpost...post lahai...
makanya kita sekali harung update semua ok !!!
Aku pun dah sebulan dah masuk Sem 3 (tahun 2 sudah woii )
meh borak-borak sikit meh...
ICE PROGRAM
"Never catch thief until you learn to be apart of them "
Hari Guru SAMTEN 2014
Sesape yang first time baca blog aku ni tak mau pening tau.Aku memang cerita dulu baru tunjuk gambar.Kadang-kadang ada orang gambar dulu baru cerita .Lain orang lain peeel.. (fe-el -bahasa arab sikit).Ala-ala nak menyuruh korunk imagine dulu,,, xP
Tahun lepas gigih semua bagi wish buat video bagai.
Boleh tengok video buruk aku SINI
Tahun ni aku pun tak cukup tangan nak buat keje kat kampus ni.Haaa.. tertimbullah pakatan menghantor wakil dan bagi hadiah je..ambik kau..eh ...mashaAllah ! cantik sangat khat ni jiha oooii... aku ni sepuluh tahun belajar khat..Khat nasakh jolah den tau..Tu pun jangan nak mengada minta aku buat ke apa..Bukan bakat kut..Rezeki daripada aspek lainkan..
Kenduri Doa Selamat Aini J
Cekpah tak pernah gagal bab-bab ni !
Apa citer ntah tetiba buat kenduri kan? Ya Allah,Aini J nak pergi sambung belajar kat Yaman.Bertambah kawan pergi oversea.Agak unexpected juga la kan.Tapi itulah kehidupan.Hidup ni lain kita rancang, ada lagi yang merancang lagi hebat xD. Bermula dengan himpitan padu naik kereta ke-un Nisa , bersarapankan pisang goreng Iffah belanja.It was perfect day !!! Alhamdulillah..
After long time, suddenly one day comes .
The day you meet most girlfriends...
Chatting without feeling akward
Spent more hours updating each other,
Eat and perform prayers together..
and the important progress
Everyone is prettier and happier ..
memasing angkat bakul tanya
"Kenapa semua orang makin cantik?"
"mana tudung kedut kau?"
"apasal semua confident ber'hijabista'?"
xD
bless.
Iffah announced 2 minggu sebelum kenduri ni dia nak kawen !!!
Iffah wajib datang yep kenduri ni..acah-acah ada press conference gittuhh..
Kereta Ke-un rombongan pertama sampai dekat tengahari macam tu.Tak sempat join bacaan doa selamatnya...haaahaa bertuah punya anak-anak dara datang time makan je xp !!
Perform !
Best selling tudung bawal ye xp
Then kitaorang interview si Iffah ni .Apa kes ni tetiba nak kawen??? Iffah pun storiela dari kisah crush sampailah hasrat untuk berkahwin.MashaAllah kisah dia !!!.Konklusinya, bila dah sampai masanya, dah ditetapkan itulah orangnya, semua jadi mudah hatta sampai kalau kita fikir 2 kali, mungkin agak mustahil nak jadi.Sapalah sangka Iffah ni dok memain, tido dalam kelas dulu..nilahai nak jadi bini orang dah.Semua orang macam 50-50 je mengiyakan berita ni..
(baik kau baca post aku sampai habis tau sebab aku akan borak sampai citer Iffah bersanding !)
Then Iffah pun doakan semua oarang bertemu jodoh juga lepas ni :)
Semangat lain macam semua mengaminkan doa .haha
lepas makan,borak,makan,borak,makan,borak
Biasalah jarang jumpa borak panjang memacam topik nak bincang.
We captured hundreds pictures.just for today.
Selepas setiap gathering, semua spamming whatsapp sampai jem fon tuh..
Bertandang sampai maghrib tau.Ada balik lepas maghrib juga.Betul-betul buat macam rumah sendiri.Untunglah famili Aini J jenis tak kisah sangat.Korunk jangan peliklah apasala macam rapat sangat kitaorang ni..5 tahun wei, sekolah sama, terkurung kat asrama yang sama, mana ada jumpa oarang lain .Pusing-pusing memang muka ni jugalah kau nak bergaduh bermesra.Bagaikan satu proses semua membesar bersama-sama.Kalau korunk pernah duduk asrama korunk akan faham :)
Kamera ni kalau boleh jerit dia dah cakap dah :
"stop Gee..stop plizzz.I'm tired..I'm tired "
Muka samakah? (atas)
Kawan pillow talk.Borak malam-malam sampai tak sedar bila tidur.
Kalau aku mengigau suffer la dia !!! hehe
Beah aka Rabi dan tudung Leapord
Tahniah Bee datang jauh ha... Jarang Bee nak muncul.Alhamdulillah ada rezeki ini hari !
Disebabkan nanti Iffah kawen Aini J dah fly.So siap-siap buat sesi penyampaian hadiah dan ucapan tahniah pada bakal pengantin. Kesian Aini J.Sedih dia tak dapat datang. InshaAllah banyak lagi wedding dan kegembiraan lain tersedia untukmu ;)
Penyalahgunaan monopod
Kek made by Aini J.
Have safe journey jayjay..Walaupun sudah selamat sampai sekarang ! Always take care .
Daripada berdiri sampai duduk !
Hari pernikah Iffah (Masjid Besi, Putrajaya)
Hari pernikah Iffah (Masjid Besi, Putrajaya)
Iffah pertama kawen dalam 94 Gee !!!
waktu lafaz akad nikah, cehh aku rasa sebak sikit..Baru aku faham perasaan bila kawan sendiri kawen.Masing-masing dok toleh bisik pelan-pelan "wei, iffah dah jadi bini orang !! ,Kita dah besar.."
Dan macam lawak bila ada yang cakap "Aku tak percaya wei Iffah dah kawen.."haaaa..apa ni depan mata kau kut Iffah nikah !!! hahhaa.. Saatnya Afiq berjaya habis lafazkan akad, entah kenapa aku pun rasa lega (kepoyooan apakah?). Biarpun hampir tak sempat tengok akad nikah, hasil berlari dan pemanduan laju Jah, dapat juga tengok member kawen kan...Tahniah Iffah dan Afiq !
Amboi seronok pengantin xD !
Ada hikmahnya Iffah dipilih sebagai pemula kepada dunia perkahwinan ni (apa ni teruknya buat ayat huhu) .Yelah perkahwinan Iffah ni sangat boleh dicontohi.Pengantin make-up light sangat (no tabarruj), Sangat bersederhana.Apa yang penting itu diutamakan.Personally mengenali Iffah pun kita tahu kenapa orang ini dipilih melangkah ke step kedua maratibul amal -pembinaan bait Muslim.
Buat yang merasakan jeles nak kawen juga, mungkinlah kita ni pembinaan individu muslim tu tak stabil lagi.Banyak lagi kelompangan nak dibaiki dalam dunia anak dara ni.Tuhan lebih tahu :) Sebagai tetamu kita boleh tahu perbezaannya majlis perkahwinan yang benar-benar mawaddah sakinah wa rohmat (hoyeah...perenggan ini agak kedewasaan)
What a beautiful day.Bukan setakat tengok orang kawen.Bertemu lagi dengan semua orang.
Lama dah tak jumpa Syahida ni..Dah Cikgu dah..
kawan dari sekolah rendah Che Syaza
Adira pun lama dah tak jumpa
then paling terkejut jumpa :
Putri !!!
Rabi pi UK single .Semoga dalam peliharaan-Nya
Kawan dok sebelah time form 4-Hasina
Seorang Iffah dah jadi puan.Iffah ni masih Cik .hehee
Iffah sampai kebas pipi orang ajak bergambar.
Tahniah Iffah.Moga perkahwinan diberkati hingga ke jannah -Amin
Ini dia rombongan sebelah iffah ! Time kawen semua muncul !!!
Berkongsi rasa syukur.Sibuk ngambik berkat pengantin ;;;;
Hari yang sama - Window shopping di butik !
Founder Rusymeera Ladies -Mimi
Founder Muslimah Nafisah Collection - Fatin
xD
Penat.Sambung next post yep pasal Iffah kawen ...
ngantuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
ngantuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Comments
Post a Comment