SKYTREX Shah Alam (I'm finish it)

Alang-alang ramai benor tengah cuti bersantai-santai di rumah.
Sebelum bermula semula semester baru,
Nah cadangan tempat  yang boleh membantu menyahkan lemak-lemak hari raya tu ..:P

Boleh juga yang  berdebar-debar ,dah tak boleh nak bernafas dengan betul tunggu keputusan UPU tu...pun di'rekemen'kan mencemar duli ke tempat ini !!!!

SKYTREX -SHAH ALAM


Sudah pastinya blog ini bukanlah blog pelancongan yang mengkhaborkan serba - serbi maklumat perkhidmatan di skytrek ni.Cukuplah sebagai mukaddimah dan perkongsian pengalaman yang akan buat anda gigit jari fikir dua tiga kali :"nak pergi ke tak?"

Untuk urusan booking/tanya harga/tengok gambar/nak tepon sana sini





Ni lawatan kelab Biohealth . Demi ' Health' bulan April hari tu walau dilanda kesibukan yang tak sudah dengan 'homework' universiti, gigihlah juga dengan kakak Sabah seorang ni untuk panjat pokok dan terus bermain di atas pokok selama 2 jam !



sampai je kedatangan disambut banner penuh rindu untuk MH 370.

"moga nanti kau pulang , tanpa jejaknya entah mana menghilang"



Ada juga kedai kraf tangan hasil orang asli dijual sini.
Bolehlah nak kirim hantar pok cik mok cik kat Uganda sana :0






Ok ni belum sampai tempat 'main' lagi.Sebelum apa-apa, nak makan bolehlah makan.Nak ke tandas pun tak ada siapa boleh halang.Jangan risau tandas free .




haaa...dah kenyang???
meh ler kita gerak awak !!!!

tempatnya belum sampai lagi.Perkhidmatan tren disediakan .
kalau rasa awal-awal nak warm-up boleh naik basikal.



Basikal untuk disewa.Banyak pakej yang disediakan.Rasa macam nak aktiviti santai je boleh pilih pakej berbasikal . Syok juga katanya. InshaAllah lain kali datang sini nak ambil pakej ni pula.


ambil gambar ketika tren berjalan


Locker disediakan.Tak perlu risau pasal botol air atau makanan yang dah bawa tu.Boleh simpan sini.Glove pun ada jual .RM 3 tak silap.Makanya kalau anda model pun jangan risau akan hilang karier lepas balik skytrek :) heehee







OK .Untuk sesiapa yang baru pertama kali nak ber'flying fox' tu jangan takut.Sebab sebelum mulakan pengembaran atas pokok ,akan ada taklimat keselamatan.Boleh request nak taklimat dalam bahasa melayu atau bahasa omputeh.Ha..time ni fokus ok, jangan borak-borak pula ....hehe..nanti ada yang putus jari !!!

Ada short track untuk percubaan.Kira warm-up ambil mood dulu nak hilang nervous . Hari tu pun ada sekolah rendah dari Singapura ( budak sekolah kecil sangat) buat skytrek ni.Cikgu dia siap rekod tempoh dan stamina lagi.Fitness test katanya,Baguih sekolah singapore ni :)

don't worry ye..


selamat datang!!!


ok tambah excited lagi dengan kakak sabah ..
SELAMAT DATANG BAAA !!!


meh tengok guane ghupa tracknya..


part batang paip ni best tapi buat aku gigih baca   zikir mathurat sampai habis ha...
haha...gigil gila orang gemuk macam aku nak langkah sambil terhayun-hayun.Last-last aku rasa macam main buai je..Mula-mula aku rasa takut tapi bila kakak sabah melaung-laungkan 'taujihat' habis juga.

Oh ye, kalau ada sesetengah part yang anda rasa tak mampu nak buat, ada laluan khas terus ber'flying fox' sebab itulah paling senang.

*taujihat -kata perangsang


ni antara awal-awal punya track.Sejujurnya rasa nak termuntah juga pasal aku ni gayat.Tapi aku fikir alang-alang dah sampai atas ten oooiii...buat jelah ..

Giler tercabarlah budak kecil sebelum aku tu laju macam lipas je...
Otak budak-budak ni fikir main je.
Otak orang dewasa yang nak mengada-ngada fikir jatuh, tergolek,sakit,hospital

alahai ke'dewasaan'ku xp


latihan catwalk.
Jalan lurus ikut garisan sambil kaki tak boleh sebelah-menyebelah
senyum konon ada buku atas kepala :)


Flying fox

aku ni rasanya dah berbelas kali dah main flying fox ni.yelah kalau dah setahun 2/3 kali pergi kem jati diri, kem bina semangat, kem ibadah, tamrin sekalipun kem bina badan ...ehhh??

walaupun dah banyak kali buat jarang aku ber'flying fox' sambil mata terbuka.Biasanya buka mata dah sampai..(Orang berat flying fox memang laju.Ini keuntungan..hehe)

Di Skytrek anda dijamin akan jatuh cinta dengan flying fox walau bagimana takutnya anda pada zaman lampau pasal inilah yang paling senang dan santai.xD .
Sepanjang track anda akan sentiasa ternanti "bilalah nak flying fox balik??"Sepanjang track adalah 5/6 kali flying fox ..Sebab yang lain tu mencabar sikit.Flying fox kira macam merehatkan badan.
Biasa pergi kem orang sangkutkan.Sepanjang skytrek anda dengan yakinnya menyangkutkan diri sendiri dan terbang bebas di udara. Allah, seronoknya !!!


trauma sikit part ni pasal terjatuh x'''(


Favourite part 


makin lama makin tinggi !!!









ha nilah tadi part aku jatuh.Sebenarnya kitaorang tak warm up dulu hari tu.Terus taklimat dan naik atas.Orang lain ok jer.Aku sebab tak sesihat orang lain.Sampai je part (atas) kaki cramped then tak rasa pun sebenarnya aku dah pijak tali ke belum.Terus terjatuh.
Jangan risau kalau terjatuh sebab ada petugas setiap track .

Petugas tu tanya aku :
"awak ada trauma jatuh kapal terbang ke?"
hehe..
dia bagi pilihan nak patah balik atau teruskan.
Kitapun tengok orang lain buat mestilah rasa nak juga habiskan.
Lagipun aku dah gigih sejam atas pokok takkan senang-senang nak patah balik.Tak mau !!!


Ni part awal track juga.Sumpah rasa macam nak naik ke negeri kayangan (ohlalala)


nilah petugasnya.Not the one yang selamatkan aku ..

Biasalah manusia ada yang agak kasar, maki-maki .Memang kalau terjumpa species cepat panas tu boleh gaduh jadinya.Tapi depa pun manusia.Letih kut tengahari terpacak jaga orang.Panas lagi.Ada pula spesies gedik-gedik yang menangis , menjerit tak pun terkencing..Haissy..papehal depa nilah yang tolong nanti.Terima kasih awak-awak :)


nak balik dah.pasal ramai orang kena pandailah dapatkan seat best!






Skytrek mula dengan naik tangga tinggi ni.Ada kut tinggi flat lima tingkat.






I wish 
satu hari dapat buat 'flying fox' di tempat orang.Sesetengah negara ada yang flying fox dia merentas tasik, salji dan ada yang sangat  jauh sampai ambil masa 5 minit..



Time nilah nak guna monopod tu ha...



Terjun menara pula nanti ! xD


Aktiviti lasak ni bagus nak bina jati diri, kekuatan fizikal dan mental.
Paling penting kita rasa nak cabar diri sendiri dan belajar
"bila kau dah mula sesuatu, mesti habiskan"

sepanjang skytrek anda akan terikat dengan tali trek sentiasa
Ibrahnya :
"sentiasalah berpegang dengan tali agama, jika tidak terjatuhlah ke..."
lost word  : x

Datanglah ke skytrek !!!



badan senget lepas turun 


kredit gambar :google dan diri sendiri !

Comments

  1. Ya allah serius bestnya. Minat sgt buat benda gini tp kena plan bebetul. Ritu ada nk join caving gua tempurunh, tp last2 diberitahu xberjaya sbb xcujup seat. Tu yy frust smpai search tmpt lain nk release stress ni. Huhhu

    ReplyDelete
  2. Hi..I'm going to Skytrex tomorrow. Enjoy reading your blog :D

    ReplyDelete

Post a Comment