Tahun Pertama di Kolej
Baru pulang dari Tamrin 'gelap' x )
Apasal entah penat dia tak hilang-hilang..
buat aku rasa nak tidur bagaikan tiada lagi hari esok...
Gatal-gatal entah kena gigit dengan serangga apa pun tak tahu...
so, i i i (eh gagap ye) decided not to waste my Ramadhan by sleeping all day...
Wake up,wake up...
tulis blog, sebab at least tangan bergerak kira exercise...
Buku cerita stop kejap ok..
*********************************
Ceritanya tahun pertama di Kolej
Aku tak rasa pun aku active kat kolej,
bak kata senior aku yang berbisa.."ko bukan contribute apa pun kat kolej..."
pedih...
sekali aku listkan apa je aku buat kat kolej.
Panjang benor post aku ni ha..
Then you decidelah wajarkah aku menerima ungkapan tadi ?
Awwalan : Orientasi /Taaruf week /Minggu Haluan Siswa
dah khabar ceritanya SINI
Thaniyan : Minggu Interaksi Dayasari
event ni macam sesi taaruf week intra-kolej lah.Aktiviti antara budak first year engan senior-senior.
Lepas MID ni selalu je terserempak dengan senior-senior ni tapi tak tegurlah..heeee.. pasal aku tak ingat nama dia.Apa pula nak tegur.Haisy,minta maaf sangat ler.
Kena buat tanglung.Group aku ada chineese tapi oh..depa tak reti buat tanglung.Aku pun ni kali kedua pasal kali pertama buat kat mana aku pun tak ingat.Gagahkanlah juga aku yang kacukan ni tolong-tolong mana mampu. Haha takpe aku pun cina juga meh !Taklah cantik pun tapi bolehlah lagi nak panggil tanglung kan :P
Group aku.Memang peramah dan baik-baik jelah.Yelah pertama kali jumpa orang takkan kau nak sangka buruk dengan orang.Tak semua aku sempat kenal betul-betul selama setahun ni.Asal kau orang buat baik dengan kita , balaslah dengan baik, dia tak kacau hidup kau pun dah cukup bagus !
Kena baca sajak dengan emosi, sambil nangis: marah : lagi satu tak ingat :0
Langsung tak berniat promote mamat ni.Checkpoint ni kena minum air kopi dan jawab soalan yang dua baldi tu camne nak dapatkan 3 liter.Aku tak pernah hafal jawapan dia walaupun dah main dekat sepuluh kali !
kena masukkan tangan dalam tin dan cari 20 sen.Dalam tin tu ada ulat ni.Wallahi aku tak suka game ni dari dulu lagi. Aku sangat fobia nak masukkan tangan dalam kotak yang tak diketahui isinya .
Thalithan : Debat Terbuka FESKUM
Aku akan ingat sampai bila-bila team debat ni.Bayangkanlah aku seorang je pernah ada basic debat time sekolah ( tu pun aku bukan terror pasal tak pernah johan apa pun) .Lagi 4 orang yang lain tak ada asas langsung.Aku ingat lagi stressnya sebab kena tolong buatkan skrip member, fahamkan depa usul betul-betul...Ya Allah kalau syarahan ni tabah lagi.Ni kira debat, kau nak kena convince juri haruslah kau tak boleh nampak sangat berskrip kan.
Alhamdulillah, team aku memang kerja kuat dan tunjuk effort yang amat amat amat tinggi ! Masing-masing usaha sungguh-sungguh tidur lewat malam...kena tahan maki apa semua.Kak hajar yang banyak bagi sokongan .Yelah kau baru nak kenal apa ada kat kampus tu, lepastu kau masuk pertandingan.Memang depend banyak dekat kak Hajar ( THANK YOU)
Agaknya memang betul tok moyang kita tiada menipu " nak seribu daya, tak mau seribu dalih "
tak tersangkal lagi " man jadda wajada, man zaro'a hasoda"
we managed to go into final and got First runner-up ! Alhamdulillah.
Ada khilaf sikit salah bagi usul time final dan on the dot suruh group aku tukar usul.
Memang aku susun sepuluh jari menyerah kalah pasal tak mungkin !!!!
Team aku ambil masa nak faham usul dan mereka perlukan skrip.
Takpe dah tertulis rezekinya tidak di sini.
Ini team koleh pertama.Ada ain dulu budak Maahad kajang.Jumpa team ni 3 kali aku rasa.Time ni semi final.Memang nilah team paling penat nak lawan pasal semangat depa lain dan memang bijak dan sangat berstrategi !.3 kali lawan, 2 kali kemenangan milik kami ..yahoo..
Alhamdulillah kemenangan pertama di bumi Malaya.
Naib johan Debat FESKUM
Best speaker Final
My rumet won Naib Johan juga untuk Pidato
then kita makan-makan selepas menang.
ada pertandingan van berhias pun kolej aku menang juga.
FESKUM ni banyak sangat spekulasinya cakap kurang meriahla dan sebagainya.Memang penat layan isu-isu panas dalam UM ni.Apapun aku seronok dengan team debat aku ni, dan rumets sangat supportive bago moral support.Kerja sampingan time pesta konvo ni (tulah menatang FESKUM nya) jaga booth kolej.Tugas basuh pinggan jer.Pukul 1 pagi jalan ramai-ramai balik kolej.Dan aku sangat penat !
Aten belajar banyak perkara :
1-kalau ko basuh pinggan , buat cara basuh pinggan jangan banyak bunyi nak bagi idea bagai
2-Kau junior buat apapun tak effect college.Menang malam tu ada juga yang marah we oll nak bergambar.Suruh basuh pinggan .(ketap bibir sikit)erghh..
3- Penting batch kita ni.Pasal apapun tetap se'batch ni je yang faham
most important
4-Tuhan adil sebab dalam setiap yang tak baik, Allah hadirkan juga yang baik buat tepuk belakang kita untuk terus ke depan, tutupkan telinga kita dari cakap-cakap yang tak senang dan tarik tangan kita suruh berdiri buat apa yang patut daripada duduk bersimpuh nangis memanjang....
selfie pukul 1 pagi .Jari aku tak bengkok :P
Robia'n : Pelantikan JTK Kolej
Gara-gara kami menang hari tu, so dikenali sikit.Aku diminta jadi mc dengan si Han ni .Member lain jadi AJK makanan la and rumet aku jadi Event Manager.
Niat aku memang nak tolong jer event ni apa yang terdaya.Tapi aku tak sangka pula seperit ini.
Aku pernah jadi mc sebelum ni.That why lah berani juga nak terima jadi mc ni.However yalah protokol setiap tempat berbeza.Protokol setiap majlis tak sama.So ,instead kau maki hamun aku dengan Han ni banyak kali tanpa menerangkan apa yang perlu dibaiki, apakah yang boleh aku faham ???
Mula-mula Mr B latih ktwng.Oklah dia marah -marah pun aku masih boleh faham apa nak di'improve' Time rehearsal, aku rasa macam nak penampor je semua senior yang lain ni, banyak pula tak puas hati.
"woi, ko ingat ni majlis pengebumian ke?"
"kau nak baca pantun ke nak nyanyi"
Imagine ! setiap 5 minit sorang-sorang datang dan "eh buat macam ni ye?"
Huhu, memang pun aku mesin boleh adjust macam tu jer.
Balik bilik gilor menangis sampai rumet aku dah tak tahu nak motivate apa dah.
Lain kali anda jangan baik sangat macam aku ok.Tarik je diri last minute biar padan muka mereka kan !
serious aku pesan ni !!!
However Han ni baguih !!! tak macam partner mc sebelum ni.Dia tak banyak songeh.Salin skrip sama-sama walhal sama-sama rasa tertekan dengan senior ni..Senang bawa bincang.
Sentiasa ingatkan aku "Just do the best!"
Ok.Malam kejadian tiba.Tetaplah ada yang tak puas hatii cakap mc teruk apalah kan.Who care ?
Aku dah buat pun.Buat pekak je.Ambil yang positif .Pujian orang kita ambil buat masuk mimpi sampai mengigau :P Pergh fobia giler nak jadi mc kat kolej ni !!!
macam biasa :
Tuhan adil sebab dalam setiap yang tak baik, Allah hadirkan juga yang baik buat tepuk belakang kita untuk terus ke depan, tutupkan telinga kita dari cakap-cakap yang tak senang dan tarik tangan kita suruh berdiri buat apa yang patut daripada duduk bersimpuh nangis memanjang....
thank you H.
thank you B,
thank you rumets
and
hate you S
Akhiron : Dinner Kolej
ouh, ini part paling serious !
senyum sikit :)
tunjuk gigi :D
Cantikkan bunga kertas ni ? Buat sendiri dan sangat kreatif.Sayangnya perjalanan tak secantik bunga ni :(
mesti ada je yang nak kata "amboi bergambar je, buang kerja malas"
lantak kau lah !
Dinner ni projek terbesar kolej.So, waktu cuti sem kena stay kat kolej lah sebab gerak kerja apa semua.
Tapi ok je, bolehlah balik kejap 2-3 hari.Cuma yang duduk jauh memang tak sempatlah.Bagus juga sebab hari tak cuti semua sibuk assignment , kelas memanjang.Hmmmm kira kalau stay banyaklah benda boleh setel.InshaAllah.
Tapi aku bukanlah AJK bunga-bungaan mahupun flower girl (tua sangat dah nak jadi flower girl)
aku AJK ......
lawakan bila edit, padahal amek gambarnya cenggini je pun..
Dinner ni bukan semata-mata nak mencekik darah makan sampai tak ingat dunia, tapi macam biasalah nak memberi penghargaan buat mereka yang banyak berjasa pada kolej selain anugerah best dress dan persembahan.Hmmm..aku punya part more on slides lah pasal video-video ni banyak teammates aku 3 orang tu setelkan. Woohooo first time aku rasa macam sikit je kerja bawah multimedia ni.Pasal sebelum-sebelum ni separuh mati duduk bawah unit multimedia ni.Tak tidur malam siapkan edit video tu belum kira siangnya kau ber'shooting' .Esok bangun pagi laptop kau hang dan video kau hilang ataupun tak boleh play.Lagi best kau lupa pula buat backup.
Ermmm... sebelum ni kerja dengan budak laki ni susah sikit.Biasanya depa rajin tapi luar biasa juga depa tak malas .Mungkin nasib aku selalu jumpa yang bergenetik malas ni.Bukan setakat suruh edit video kalau boleh laptop dia mati pun nak suruh aku charge.Tu belum dahsyat lagi yang minta tolong aku gulungkan wayar , setupkan LCD sambil aku jaga slides.(ya allah kenangan sungguh)
First time ha jumpa team kali ni rajin sungguh la hai... Alhamdulillah.
Ini fasa satu.Simple dan lebih berfokus kepada bagi hadiah.Buat pun di kolej sahaja.
Lawaklah tarian india ni.Memang terhibur
PALAPES
Slides buruk aku :(
tapi setting senget aku tak buat : (
Alhamdulillah.team debat feskum aku dengan rumet aku menang pidato ramai yang dapat anugerah.Tak salah aku Tahfifah Bintang Harapan Akademik.Cehh nama anugerah macam aku dapat 4.00 flat tuh. XD
Aku pun terkejut macam manalah boleh dapat.Aku bukannya 'buat apa pun' kat kolej.
"Untunglah kau tak buat apa-apapun dapat anugerah "
(Ya Allah penatnya dengar cakap manusia )
Aku kelam - kabut hari ni.Siang ada interview kat UNHCR, support member kmpln presentation TITAS .
Malam baru sedar aku tak ada baju kurung ke, dress ke jubah ke..bantai jelah baggy t-shirt tu.
Shawl pun aku tak tukar, tudung tak sempat gosok.Aku bukan last minutes person.Aku tak reti.
Sebab dalam kepala dan hati aku sangat risau kalau aku buat silap dengan slides pasal aku nak meminimakan ketidakpuasan hati orang.Biarlah majlis ni smooth dan kalau ada masalah pun bukan dari aku
:( sebagai ajk kita mestilah mengharapkan yang terbaik akan berlaku.Aku pun !!!!
Done Fasa 1 !
Now Fasa 2
Fasa 2 ni kita buat kat hotel.Ini memang tradisi UM.Ko jangan nak mengada-ngada buat tuntutan ubah benda ni sebab apa-apa je dah jadi tradisi ni bukan senang kita nak ubah.Seyes aku menyaksikannya !
Lain sikit kolej aku, protokol majlis berbeza dan sangatlah particular ok.Dinner kolej ada perarakan masuk yang rasmi.Tak semua kolej ada.Dinner fasa 2 ni memang meriah dan jauh beza dari fasa 1.Pasal fasa 1 haritu ko datang pakai baju tidur pun orang tak pelik , pakai t-shirt baggy aku tu pun orang tak heran tapi fasa 2 ni semua pakai macam nak pergi miss world kut !
Gambar AJK time fasa 2.Even aku tak ada tapi congratz everybody for all the hard work and komitmen.
Biar apapun masalah yang melanda, biarlah tetamu nampak yang indah-indah saja kan? : )
I love this performance the most !
sampai terbang-terbang kau..
Huda, mc dinner.Selalu berkongsi cerita dan perasaan.
Because I have been in her place, I know the pressure
Dia habis jadi mc terus dia datang cakap yang still ada orang cakap
"sebagai mc banyak salah kau buat malam ni"
Ya Allah dear, tutup telinga ok. xD
Maybe sebab aku dah menangis waktu majlis watikah tu so dinner ni aku macam dah lali/basi/meluat dengan apa orang tak puas hati.Aku benci cakap-cakap belakang, di depan puji di belakang keji.
Cakap berlapik-lapik , walhal dicanang jelik yang amat.Mungkin aku pun sampai terpaksa jadi selfish dalam sesetengah situasi.Tanpa sedar akulah paling banyak khilafnya kan?
Sekadar menyampaikan buat akan datang yang lebih baik.Committee ni macam keluarga.Perlu kuat rasa percaya dan jujur.Sebab runtuh dewan dinner tu pun esok sama-sama kitalah nak tahan.Buang segala kronisme dan pilih kasih.Langsung aku tak rasa terbuang cuma menyampaikan dari mereka yang terluka.Rugilah kita sebab saling melihat sebelah mata.Mungkin kalau kita rapat,kita lebih memahami antara satu sama lain.Awatlah saling menyakiti dan membenci padahal hadaf (matlamat) kita sama kan?
resolusi :
sebelum buat kerja, penting sangat bonding session !
Ouh jujur, first time rasa nak quit jadi ajk,ingat janji time interview je buat bertahan.
Dah hilang passion nak handle dinner.Malas nak kenal orang.
resolusi :
memang patut suruh janji sebelum jadi ajk sebab nanti dia tahu tanggungjawab dia !
Aku penat sangat !!!
"eleh kau beriya penat, bukannya buat apa pun.Tolong unit lain pun malas"
sampai ke sudah ada yang bercakap.Pejam mata.Tidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Aaahhhh aku memang takk buat apapun.Memang aku tidur jer waktu kau bersengkang mata buat kerja.
Waktu aku bersengkang mata kau pula tidur.Cuma nak khabar, kita tidur tak sama waktu.Tapi bila bangun tidur berhentilah sangka buruk orang sebab waktu kita baru buang taik mata, orang lain baru tarik selimut...
acaner kalau tetiba aku dengan kau dah tak bangun-bangun dah ???
macam biasa :
Tuhan adil sebab dalam setiap yang tak baik, Allah hadirkan juga yang baik buat tepuk belakang kita untuk terus ke depan, tutupkan telinga kita dari cakap-cakap yang tak senang dan tarik tangan kita suruh berdiri buat apa yang patut daripada duduk bersimpuh nangis memanjang....
Bila ada sorang perempuan kerja ngan laki-laki, memang ko kena sabar dengan perempuan tuh sebab konfem dia 100% songeh tak sama dengan kau.Kerja dia asal apa dia buat nampak cantik dan menarik biarpun serabut walhal kau memang fitrah hidup laki simple asalkan mudah.Kau jenis buat kerja fokus diam tapi dia ajak kau sembang time on duty pasal pompuan memang boring tak dapat bercakap 5 minit pun!!!
haha tu belum citer dia datang bulan lgi entah apa-apa perangai terserlah...
to K, A and T !!!
I'm very glad to have you as my teammate
very patient, supportive and highly motivated
banyaklah belajar daripada depa ni...
pasal kita walau pernah buat kerja yang sama, berpengalaman camna pun
tapi kena faham lain orang lain cara kerjanya .
cuma nak habaq,lain kali kerja sama-sama lagi buat apa pun tak payah segan bagi kerja banyak,pasal aku bukan malas, cuma kadang-kadang lambat faham jer.. :( huhu
Ni roomate !
DEAR Kak D, kak F n Kak N.
all kakak, while i'm the youngest xD
thank u for everything
forgive me for every single thing
dun worry, you did nothing to me!
Dinner kali ni tak sempat bergambar sangat.Adalah 2/3 sempat snap.
Pulang dengan lapar dan letih.
Kemain tidur sampai lupa esok ada pagi.
sekian tahun pertama di kolej.
Banyak lagi aktiviti aku join tapi ni 5 paling major lah.
Aku tak buat apa sangat pun.
Tapi 'sikit' ni pun syukurlah lagi2 sem masih boleh stay kolej ni.
Untuk semua rakan sekerja, mohon maaf ye kalau apa yang tak kena.Kadang yang dok dekat, stay satu kolej tulah paling banyak makan hati kan?
I just noticed in all the pictures , i am in haggard face
i'm not an energetic , i'm just an ordinary student who keep rushing on lecture,assignment and presentation
Honestly, i'm very tired. Sleep late at night and tomorrow I wake up and make sure myself to look presentable in class seem like I had baby sleeping time (yes baby sleep for 10 hours)
Muka toya, pucat... alhamdulillah aktiviti kolej tak bagi kesan sampai ponteng kelas ke, tak siap assignment ke...boleh manage masa dengan baik .
Huarghhh
cuti ni dah kena plan second year baik-baik termasuklah mencari tips untuk segar sentiasa !
(lompat sikit)
Aslmkm dik.. Saja nak tengok perkembangan universiti malaya. Dah lebih 20 tahun agaknya. Terserempak dgn blog adik. Belajar rajin rajin, jgn lupa solat .. CEO GLC
ReplyDeleteinshaAllah terima kasih
Delete