Qunut Nazilah [panduan]
UNTUK GAZA | KEMPEN QUNUT NAZILAH SEDUNIA |
Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
“Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.”
(Riwayat al-Bukhari)
PANDUAN RINGKAS QUNUT NAZILAH
1. Boleh melakukan Qunut Nazilah dalam semua solat Fardhu seperti yang telah thabit di dalam hadis Sahih al-Bukhari.
Qunut Nazilah dalam solat ‘Asar pula thabit dari hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang Jayyid.
2. Kebanyakan Qunut Nazilah yang baginda lakukan adalah dalam solat Subuh, kemudian Maghrib, kemudian ‘Isyak, kemudian Zohor, kemudian ‘Asar.
Kata Ibn Taimiyyah: “Disyariatkan Qunut ketika ditimpa bencana, mendoakan kebaikan untuk umat Islam dan balasan ke atas orang-orang kafir, dalam solat Subuh dan solat-solat Fardhu yang lain. Demikianlah seperti yang dilakukan oleh ‘Omar bin al-Khattab yang melakukan Qunut Nazilah ketika berlaku bencana iaitulah ketika memerangi Nasara dengan doanya: “Ya Allah kenakanlah laknatMu ke atas orang-orang kufur dari kalangan Ahli Kitab.” (Majmu’ al-Fatawa: 22/270)
3. Qunut Nazilah dilakukan dalam rakaat yang terakhir, selepas Ruku’.
4. .Sunat di 'Jahar'kan (baca dengan kuat) bacaan qunut berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya. Sunat juga dijaharkan dalam semua solat, termasuk solat yang Sirr. (al-Nawawi di dalam al-Majmu’: 3/482)
5. Sunat makmum mengaminkan doa qunut nazilah oleh Imam berdasarkan hadis dari Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “…baginda memohon dikenakan balasan ke atas beberapa perkampungan dari Bani Sulaim, ke atas Ri’lin, Zakwan dan ‘Usaiyah, dan doa baginda diaminkan oleh sahabat yang berada di belakang baginda.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan Sanad yang Jayyid)
6. Sunat mengangkat tangan ketika berqunut nazilah berdasarkan hadis dari Anas RA yang berkata:
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ قَطُّ وَجْدَهُ عَلَيْهِمْ ـ يعني القرَّاء ـ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah sedih terhadap sesuatu berbanding kesedihan baginda ke atas al-Qurra. Sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW di dalam solat Subuh mengangkat dua tangan baginda meminta dikenakan balasan ke atas golongan yang kianat.” (Riwayat Ahmad dengan Sanad yang Sahih)
An-Nawawi berkata: “Diriwayatkan hadis ini oleh al-Baihaqi dengan sanad baginya Sahih atau Hasan” (al-Majmu’: 3/479)
7. Tidak dianjurkan menyapu muka selepas qunut nazilah
SUMBER :SINI
Pesanan : saya langsung bukan yang faqih dan alim untuk sebarang perbahasan.Segala kekeliruan mohon rujuk yang lebih tahu :D
Comments
Post a Comment