Pangkor Trip With Debater

Assalamualaikum !!!

Kali ini berkongsi cerita tentang percutian di Pangkor !
(tak adalah percutian sangat)

Bukan sahaja seronok untuk berkongsi kenangan menarik, tetapi terasa nak promosikan pulau Pangkor.
Untuglah Kementerian Pelancongan ada tourism agent tak berbayar macam aku : X..

Ada masalah dan hampir tak dapat ikut trip.Alhamdulillah, dalam kekabutan itu naik juga bas.



Untuk masuk ke Pulau Pangkor  ada dua jeti.Pertama jeti (Teluk Muroh)Marina dan kedua jeti Lumut.
Kebiasaanya orang akan lalui ikut Jeti Lumut sebab Jeti Marina perlukan ada keahlian dengan Marina Bay resort. (orang cerita).Jadi pilihannya ialah Jeti Lumut.BolehlaH BELI TIKET DI kaunter bawah ni.



Ciri-ciri jeti (eh feri) yang baik menyediakan jaket keselamatan ...(ke jaket kecemasan yea?)




Agak-agak dalam 30 minit camtu sampailah kami ke Pulau Pangkor (terasa macam tulis karangan sekolah rendah je). : P : P  : P tentulah feri ke Pulau Langkawi lagi lama.Tapi taklah sesekejap Pulau Pinang.
Seperti biasa, diriku perlukan plastik dalam feri !!!

p/s _ dah tau diri tu senang nak muntah hijau..pandai-pandailah bawa gula.Saya mencadangkan mint Fruit Plus.Apa-apalah yang boleh kunyah...

Resort tepilih Pangkor Bay View

Anda boleh lihat senarai hotel /resort yang mendapat pensijilan halal oleh JAKIM di sini
Kat link tu ada senarai resort yang dapat pengiktirafan halal di Pulau Pangkor .




Coach baca paper:Abang Azzairie




Terlalu banyak resort yang kedudukannya sangat berhampiran.Kalau pergi hujung Pulau sikit dapatlah resort yang menghadap ke laut.Duit pun banyak cantik juga lah..




Banyak aktiviti untuk memantapkan skill seni bercakap ni.Ada satu part tu kena bidas peribahasa.
Aku kena bidas peribahasa "Jong Pecah , Yu yang Kenyang"

haa..apa tu??? Alhamdulillah.Menang game tu.Tapi yang lain hancuss..!




Waktu ni sesi tegakkan benang yang basah.Contoh macam Fadli ni dapat dia kena pertahankan diri dia yang telah pun ditangkap khalwat beserta bukti-bukti yang kukuh.He did well !

Bagi aku ni game yang paling susah untuk aku.Aku pula kononnya isteri Chin Peng.Jadi aku kena pertahankan tindakan suami aku yang telah membuat onar di bumi Malaya selama 14 hari tu.Dah tu kena pula pertahankan kenapa keluarga Chin Peng wajar dibenarkan pulang semula ke Malaysia.Arghhh susah !!!

Untunglah juga dapat situasi isteri Chin Peng.Abang Azri kena pertahankan tindakan Israel melakukan kekejaman ke atas Palestin.Kalau aku dapat tajuk tu sungguhlah tak rela nak menjawab.
FREE PALESTINE : )




Menanti masa turun ke pantai !


Nak naik benda ni RM60 .Carilah 4 orang.Kira seorang bayar RM 15 je.






Jeli Milo tu paling laku.Mesti berebut !



Banana boat.Yang ni tak ingat berapa ringgit.seorang RM 10 kut.


Oppss..kakiku.. kaki pendek : ' )



Photoshoot ala-ala hujan kononya


Pasir dan ombak.Dua ini membuatkan aku suka Pantai !!!
Setiap tahun lawatan family wajib ke tempat air ni.Tak kisahlah Pantai ke, Water Park ke.
Sungai pun boleh.Kadang-kadang pergi hotel pun sebab nak mandi kolam je : P




Pedihnya kulit waktu ni bila kena air masin.+ kaki yang dah terluka pijak apa ntah.Asalnya ini nak ber 'snorkeling' tapi tak nampak apa pun.Jumpa timun laut je.Comel je lembik-lembik..
(Mesti ada readers lelaki yang mempersoalkan istilah kecomelan gamat tu?) ^^'





Meriahnya Pangkor ni !





Gara-gara tak bawa duit banyak.Aku hanya beli fridge magnet ni sebagai cenderahati untuk family.
Umi kata aku beli benda tak ada faedah : (  tapi niat aku baik kan? : O



Sedap! oranglah kata.Maklumlah tak boleh makan seafood.
huhu nak lempeng pisang tapi selalu habis !

Aku suka makan pisang.Tak kisahlah kerepek pisang ke, biskut pisang ke, apa-apalah. 
geng monyet : P
mesti monyet tak pernah sembelit kan?




Crab ball.Sedap sebab orang belanja.Eh?
sedap sebab tak salut tepung.Memang rasalah isi dia.


Asalnya amek gambar 3 orang perempuan je.Lepas edit sikit brightness ada orang rupanya !!!
Pelik je mula-mula nampak ada mata . ...

Waktu ni tiba-tiba resort black out.Haisy boleh pula black out.





Atas faktor keselamatan.Duduk jelah tunggu dulu sampai keadaan kembali pulih.Dia jadi sesi pillow talk pula mendengar kisah masing-masing.


dengan Kak Kia and Kak Jenise



Singgah kilang ikan tapi tak rasa minat nak beli.Malas pula nak komen kenapa.

Mudah dalam nak membeli kita ada prinsin H**** dan To ***b*n





Van pink untuk memudahkan perjalanan pelancongan anda!


Saja intai-intai belakang kilang ikan ni.Nak tengok sendiri proses pembuatan keropok ikan .









Kenapa aku rasa ikan ni macam kerepek?



Yeay ombak !


Seram juga jeti ni.sebabnya papan dia lubang-lubang.
Sebenarnya aku pun tak pasti kawasan proses ikan ni dibuka untuk pelancong ke tak.Aku dapat masuk pun lepas tanya dengan pakcik van.Dia yang tunjuk tempat ni .
Tapi rasa untung dapat masuk sebab lepas ni kalau nak makan keropok ikan aku akan fikir dua kali !!!!


Hanya ada 5 wanita.Dunia debat ni memang dimonopoli oleh lelaki.
Susah nak tengok golongan wanita dan lelaki sejati.Ya tidak sejati lebih ramai.Heehe.. faham kan?



Pulang dari Pangkor dengan semangat baru.Terima kasih semua !



p/s : Tinggal lagi beberapa Pulau je tak pergi lagi. Yes..I love Island Trip !

Comments