Ustaz di gadget
"sedang tangan kaki dirantai sibuk dunia,
sedang minda dikusuti desakan budaya,
sedang kejahilan kian ego meninggi diri,
sedang itu juga masa tak akan pernah berhenti "
Saja nak berkongsi dengan anda beberapa Apps yang sering menjadi pengingat buat diri.
kira macam ada ustaz/ah la kat fon aku..
pertama ;
Muslim Life Checklist
Apps ni bukan setakat mengingatkanku untuk solat pada masanya.Tapi bila tengok ruang -ruang lain,inshaAllah terdetik kat hati, bila kita nak mula buat solat-solat sunat ni.Aku ni pun ha baru je dengan perkataan 'awwabin ' tu... *cubit paha sikit bagi terasa
Solat Awwabin
ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan
selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib.
Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga
dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
andaikata tak dapat nak solat awal, bolehlah suruh ingatkan balik selepas berapa minit kemudian.
Mende ni lebih kurang macam mak kita kat umah tanya "dah solat ke belum"
dia kan muncul lagi dekat skrin telefon sampailah kita klik dah solat.
Tapi permulaan guna kena pandai-pandailah adjust waktu solat .
boleh juga adjust di kotak bawah ni, kalau nak suruh ingatkan amalan-amalan lain (sedekah, zakat, selawat )
Apps ni sangat membantu.Lagi-lagi kalau anda jenis yang sibuk memanjang dan liat nak solat.
Syaratnya mesti berjanji dengan diri sendiri akan tick dah solat selepas betul-betul kita solat.
Kedua :
Tafsir Ibnu Kathir
Bahasa digunakan bahasa inggeris.Kadang-kadang not so simple english lah..
Seronok sebab kita tahu kisah di sebalik ayat quran.Mudahlah sesiapa yang kurang berkelapangan ke kelas tafsir (saya..saya *sambil angkat tangan)
Ketiga :
Kisah Teladan
Kekurangan:
Tak disertakan sanad hadis dengan jelas dan daripada mana sumber cerita.
Namun masih relevan dalam memberi pengajaran.Ala-ala zaman kecik dulu baca buku cerita : D
Semoga gadget yang kita ada dapat menjadi antara asbab kita dekat dengan Illahi : )
P/s: Al-Fatihah buat sahabatku Siti Najwa Atikah Azhar.Kita sebaya namun kau pulang dahulu bertemu dengan-Nya.Moga syahadah menjadi nilai terbaik dirimu , aku dan semua di mata Pencipta.
Comments
Post a Comment