Cara buat handmade Phone casing
masih terkejut!
tak sangka tangan dan jariku boleh ber'kalobarasi' dengan jarum dan benang : P
setelah sekian lama aku meninggalkan alam jahit-menjahit ini
bila ? sejak aku tingkatan 3!
wah lama tu..sekarang dah buat degree dah..erk...sedang buat degree..
(pedulikan je perenggan di atas..eh kenapa anda baca?)
Mari kita mulakan kelas jahitan!
sediakan bahan-bahan seperti di bawah.
Amaran:
penulis ini merupakan tukang jahit tidak bertauliah .Sebarang penggunaan bahan dan teknik jahitan yang meragukan , sila rujuk pada yang pakar ye..
contohnya: orang nak tanda sebelum menjahit guna kapur atau pensil jenis (H)/(Hb)..
dan aku je guna pensil mekanikal !!! (tolonglah jangan contohi)
mula-mula..main selak-selak kain dulu.Pilihlah warna apa yang berkenan.Ini kain felt.Boleh dibeli di kedai bunga atau kedai kraf.Saiz A4 harganya RM 1.80.
P/S kalau pandai kenyit mata dekat tukang jual lagi murah!
ambil ukuran ikut saiz telefon bimbit ataupun gadjet yang terbabit.
Potonglah ikut suka hati masing-masing.Ikut kreativiti : )
Part ni admin tak dapat nak tolonglah.
Masing-masing ada taste sendiri.
cantik juga kalau tindih kain.
biasanya kita gunakan jahitan insang pari untuk jahit tepi.Gunalah apa-apa je jenis jahitan yang anda mahir.
Kalau bijak susun butang, dapat menghasilkan corak yang sangat cantik.Penggunaan butang merupakan satu langkah bijak sebab kosnya murah dan boleh je nak kutip butang yang dah tercabut di rumah tu !
taraa!!!
Alhamdulillah.Ini percubaan pertama.Ingin terus menjahit...
aku rasa menjahit ni lebih seronok daripada memasak. : P
jarum dan benang tu lebih menawan hati daripada kuali !
pernah bercita-cita nak jadi tukang jahit masa sekolah rendah ..alahai kenangan..
pernah bercita-cita nak jadi tukang jahit masa sekolah rendah ..alahai kenangan..
I made this for Basic Enterpreneur Culture subject.Hope to get best score .Thanks for all the supports.
iklan :(Allah)
Seorang wanita Inggeris yang bernama Darwice berumur 92 tahun menjahit sendiri 400 helai baju sejuk untuk kanak-kanak Syria.
Mari berdoa untuk Syria,Palestin, Mesir, Malaysia juga.dan semua umat islam.
p/s_berhajat nak buat video tentang kanak-kanak palestin,syria,dan mana-mana yang tertindas.
Berdoa diberi kelapangan dan buah fikiran : )
Comments
Post a Comment