The Orientation Day

hope everybody sihat walafiat.

****************************
saya berhutang cerita tentang hari orientasi di universiti dengan ramai orang.Either they called me or messaged me, "How your campus life there?"..i'm just replied, "Later I update my blog yeah! "
That how a lazy girl answered the simple question. : P

Baris kata pertama untuk kehidupan di kampus :
"sangat penat weyh...! "


ok I have been 'selected' to be here.Kolej Kediaman Kelima.Kolej PALAPES (askar wataniah ),Kolej yang telah memenangi SUKMUM (sukan Universiti Malaya) , johan untuk 22 kali berturut-turut.Nak balik bilik mesti panjat bukit : '(..ohhh..berprestij sungguh kolej aku ni...(persepsi hari pertama).
aku satu kolej dengan Aisyah Syakirah , penulis blog terkenal tuh,,walhal aku pun baru tau dia terkenal.Nampak sangat aku tak update pun perkembangan rakan sebaya. (perlu ke?)


Dah kata anak en Mas Fadilah, memang kena awalkan.Pukul 7.30 aku dah terpacak depan kolej.Same happened last year when i registred in matric,6.45 already went out for registration !!!



gambar hari pertama sangat menarik sebab nampak segala pengorbanan dan kesungguhan.
Below : This is Han,my MC partner.He called Shariza 'nenek' as he said shariza talk too much.
And you know shariza, he said to me "Eh, kamu ni agak pendiam la" ...kesian dia tertipu : 0






ini kakak-kakak PALAPES


gambar ni membawa aku merindui MPPB 4 bulan yang dulu


"Ha, macamnilah adik yang berbakti : P "






Terharu kan tengok kesungguhan mak ayah hantar anak masuk U.
Lepas umi, ayah, adik, Kak ngah, pak usu, Mak usu (ramai juga aku angkut) letak barang aku di bilik , semua pakat balik nak pergi sarapan.Dan aku pun kebosanan mengemas bilik sambil menunggu roommates aku.Tengah syok tidur atas katil baru  X ) , ha sekampung roomates aku datang dengan keluarga dia.Sedih je tengok orang nak berpisah dengan keluarga yang bakal pulang jauh di utara/pantai timur/selatan/sabah/sarawak. Aku? Sikit pun tak syahdu.
(Nilah ceritanya kalau rumah dengan kampus dekat je dan kita pun no hal balik setiap minggu ).
Ummi pun semangat nak balik rumah sebab nak masak .


ini kena letak di dashboard depan kereta untuk memudahkan pengawal keselamatan.





Makanan tengahari pertama.


Sesi ta'aruf dengan PM (Pemudahcara mahasiswa).
Waktu sesi pengenalan diri ni banyak benda aku curious kut.
Contoh jurusan PM yang tak masuk akal:
-Jurusan Sakit Orang tua
-Jurusan Pengurusan Mayat
-Jurusan Permainan Video
-Jurusan Fizik Angkasa
Belum cerita lagi dengan nama PM yang kemain demand:
-PM Bunga
-PM Ku chat
-PM Aaron
-PM Agent
-PM Siang

then ada seorang ni mengaku dari Indonesia, dan seorang lagi mengaku orang Iban!

Last day of orientation day, they told us the truth. Segala nama, jurusan, fakulti itu semua hanyalah gimik je..dan penipuan semata-mata. Haisy, memanh kenalah kan. : D
Biasalah nak gurau-gurau tu.



Blurr..


Dulu zaman sekolah, seronok buat sesi ta'aruf ni dengan orang.Sekarang sendiri main..



Senior Palapes memang tak pernah jemu promote Freshie masuk Palapes !


Antara buddies chinese terawal




Baju kolej.Alhamdulillah sedia maklum akan dapat short-sleeved and already prepared inner. Ramai juga yang tak tahu.Terpulang pada masing-masing nak how to cover yourself.



Secara ringkasnya, elok kita definisikan orientasi seperti ini:
Kita kena sentiasa segera termasuklah berlari-lari.Jangan nak mengada-ngada sakit.Ulang-alik antara kolej (kita akan buat LDK, berlatih cheers,ditegur, dimarahi , diberi taklimat) dan DTC (Kita akan dengar taklimat, lawan cheers, sesi dialog bersama orang-orang penting).
Very packed until we forgot to get homesick ! 


Di dalam DTC (Dewan Tunku Canselor)
It's going to be very hilarious , and people madly shouted to present their cheers.
11 colleges keep fighting each other.Kolej 6 je tak ada freshie sebab tu kolej budak medic.
Cheers tu sungguh,'amat penting' sebab melambangkan semangat setiap kolej.Hmmm..


Malam interaksi bersama alumni UM.
Tahun lepas ada Fedtri Yahya, Lisa surihani dan lain-lain.Tahun ni yang datang Anas Zubedi (penulis buku), Pandalela Rinong, Aznil Hj Nawawi,Tan Sri  Muhyidin Yassin,Datuk Shabery Chik.
Pertama kali aku tengok sesi dialog.Sangat terbuka dan berani.
Waktu sesi Dialog dengan Tan Sri Muhyidin Yasin,seorang senior bangun bertanya tentang "harga minyak kenapa naik Tan Sri??? Kenapa tidak ada subsidi untuk pelajar??? "





Aktiviti paling aku suka Malam Integrasi.
Malam kebudayaan di mana ada banyak kaum hidup bersama sebagai kawan baik.Very touched.Dan ada juga persembahan pelbagai kaum menggunakan alat muzik tradisional yang kebanyakannya kita memang tak pernah dengar pun namanya.Seronok.



Ini pula sesi bersama Vice Chancellor.Tan Sri Ghauth Jasmon. He shared his  experiences studied abroad.Quite cool n funny VC.Dia bercerita pengalaman yang belum tentu orang lain sanggup untuk berkongsi dan buka minda Freshie yang untuk berjaya kena ada 2 perkara : Kesungguhan dan Syukur.

The best part bila dia kata:
"The best decision I made by marry to my wife"

-bertuahnya isteri dia.


This will be a historic value in UM.Hampir seusia dengan kemerdekaan tanah air.Pernah terbakar dan dibakar. Semoga dapat kembali ke sini lagi untuk bergraduasi !





Kebanyakan ahli politik tanah air merupakan alumni UM.Pihak BN ,Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyidin Yasin, Datuh Shabery Chik.Kalau PR , Datuk Seri Anwar Ibrahim.If i'm not mistake, Karpal Singh, Allahyarham Sudirman pun dari UM. Sudah tua universiti ni.

Bak kata  Datuk Shabery Chik "Kita ni dah lama.Macam Abang Sulunglah.Dan peliknya kita, satu-satunya universiti yang tak merdeka-merdeka lagi.Orang lain dah guna Malaysia.Kita masih Malaya.."

Waktu minggu pertama ni, memang habis-habislah ditanamkan 'semangat kamikaze' dalam diri freshie untuk memilki jiwa patriotisme yang sangat tinggi kepada kolej dan universiti.


entah mana pula datang gambar latihan kebakaran ni.Alang-alang dah ada aku cerita jelah.
Waktu latihan ni pukul sebelas malam macam tulah.Biasalah dimulakan dengan bunyi loceng yang amat panjang.Dan memandangkan aku pernah mengalami situasi benar-benar kebakaran berlaku,aku pun semangatlah nak lari mengikut prosedur-prosedur latihan kebakaran yang sepatutnya.

Tapi tak jadi sebab aku tak dapat nak tahan gelak.
Pertama , waktu loceng kebakaran bunyi.Ada yang kata:

"Tu apa dia tuh, loceng tetiba bunyi? rosak ler tu?"
"Eh jap, jap aku nak gosok tudung jap."(dia nak iron tudung weyh..)
"latihan je ni.Aku nak pergi mandi jap.Tunggu aku tau" 
"siapa nak beli top-up?? siapa nak beli to-up?"
"hang nampak dok jeans aku, takkan aku nak pi turun pakai kain batik?"
ha tu belum cerita yang kemain bersolek, lilit shawl macam nak pergi turun ratu cantik.
haisy depa ni kalau sebenar dah hangus dah..

tapi ada juga yang turun macam betul-betul kebakaran berlaku.Ini mesti spesies tak boleh terkejut.
Apalagi kita pun tutup mata, tundukkan pandangan.

Paling dahsyat, ada yang still rileks order nasi goreng !




Ya Allah, aku memang ternganga tengok kakak ni padam api !


Pertunjukan promosi Palapes.
bom sana, bom sini, tembak sana, tembak sini..





Kan dah kata, Palapes tak putus asa buat promosi.Dijamin elaun, baju free,stay kolej sampai final year dan lain-lain.Tapi tak sangka perempuan yang ramai minat masuk Palapes.Bak kata encik di atas,:

bual bicara suami isteri akan datang.
"Tak apalah bang, biarlah saya keluar mempertahankan negara.Abang jagalah anak-anak kita dan jangan lupa ye basuh kain dan masak bila saya balik nanti."..(hehe)

Na'uzubillah.
Eh cik abang semua, kenapa korunk tak nak join Palapes?

ramai juga ajak aku sebab dulu pernah pergi PLKN.So sorry, mom do not allow me.






Honestly,we are very tired.huhu always dozing off during taklimat.


berlatih cheers dari pagi sampai malam.

dan sudah pasti banyak cheers yang kena diingati.
we have to be fast learners !


Nampak je jarak tu, memang kena suruh lari !



Beg dan payung dapat free 
tak de free nya masuk yuran :)



rombongan payung 





cheers listen..listen..listen..
antara cheers kebanggaan katanya.
PM kolej aku kira ada toleransilah juga.
Ada kolej lain sampai PM check suara seorang demi seorang supaya buat cheers dengan baik.
Siapa suara ala-ala anak kucing tu memang habislah..


Most of UM 's freshie are from STPM.Paling sedikit STAM.mungkin sebab UM ada asasi syariah sendiri kut.Pointer paling minima aku tanya 3.4 .Itupun STPM.Kalau dari matrik atau PASUM, memang berlambaklah 4.0 FLAT ! MUET kebanyakan jurusan nak Band 3.And surely you have to be interview first tak kisahlah course apapun.


sesi latihan cheers 'wasabe'


see my friend, wear college shirt with baju muslimah.Buat pilihan sendiri.








lari lintas jalan




nyanyian lagu rasmi orientasi -Realiti Insan





Dia ni ketua cheers.Ko nampak tak semangat tu.






Ada juga la aku tanya beberapa senior.Apa manfaatnya buat cheers ni?

Some of the answers :
-Ni semua macam warisan. Dah lama benda ni kat UM
-Nak bagi student ni cergas, semangat , dan segar selalu.Tak boleh lembik-lembik
-Kita nak tunjukkan pada semua.Inilah student UM !
-LET'S show our power to other colleges
-Ko jangan banyak tanya! ni melambangkan identiti tau.


Ini pula jawapan untuk yang kurang bersetuju
-Ini semua benda lagha !
-Tak ada faedah pun.Untuk suka-suka je.Tak sopan sangatlah lagi-lagi kalau perempuan buat.
-Lepas MHS ni .Tak payah layan dan semua cheers ni.Banyak lagi kerja lain ko boleh buat

of course aku pun ada pendirian sendiri. : )



Kami perempuan suka berpayung : P


otw pergi solat.
Haiyaa..to a few  PM.I know the big responsibility on you to look after us even we want go to the toilet need to have you too.But please to eat some of filthy words that came out from your mouth. Surely what you said represent yourself inside.And do remember the two angels beside us.




'burn' sikit sejak masuk u. x0



Tata orientation week.Tahniah kepada semua PM atas kesungguhan kalian.Sungguh menjadi PM memerlukan pengorbanan yang besar dan kesabaran yang tinggi.

Tamat orientasi , tiada lagi PM.Umur pun lebih kurang sebaya je.Senior junior pun tak berapa nak ada.
Sejak hari pertama di sini, amat jarang untuk dapat peluang tidur sebelum pukul 12.00 malam.Biasanya pukul satu atau dua. : (..it's ok.Let's turn into new leaf !

Bersyukur juga jadi student fakulti sains ni.Assignment tak berapa nak banyak tapi selalu sangat ada test.
Alhamdulillah dapat banyak kawan baru, pengalaman baru.
Hidup masih tunggang -langgang.Haisy lambatnya aku nak adapt dengan benda baru..I'm still in learning process to manage everything properly.Semoga berjaya ya (ini monolog saja)

nak sambung cerita lagi tapi next post la ye..

p/s-semoga sentiasa dipertemukan dengan orang baik -amin

credit gambar to idris ashari

Comments

Post a Comment