Anugerah Syawal 2013
Misi Raya 2013/1434 H hanya satu !
= ingin bertemu keluarga, saudara,guru, jiran dan sahabat-handai seramai yang mungkin !
Masih rindu Ramadhan yang lalu.Banyak perkara perlu diinsafi dan diperbaiki.
Pagi raya pertama , hampir terlupa bersarapan, tiada selera makan..masih terasa kedinginan pagi ketika bersahur walaupun aku mengaku kadang-kadang makan pun sambil tutup mata !
Beraya bermula di kampung >> Sabak Bernam
Dari kawasan sawah padi sehingga ke daerah erpokok kelapa sawit..
dari pagi sampai petang
kampung pisang pun ada : P
merempit ..
subhanallah, matahari terbenam di kawasan sawah
dari panas sampailah ke hujan (serious aku semangat beraya ni..!)
dan mood raya itu bagaikan pudar bak kata omputeh spoilt ! bila kita melihat Kuala Lumpur : (
Time nilah nak tengok KL NI tak sesak..
Raya di kampung dan bandar nyata berbeza.
kesenangan dan kemewahan kita hari ni sebenarnya mengurangkan keseronokan beraya.
Tak percaya? Cubalah tanya veteran-veteran 50/60-an ke atas, mereka pasti mengiyakan..
zaman sekarang nasi himpit, ketupat semua serba siap.ready to cook ..
lemang tu kalau nak berlambak tepi jalan.Tinggal turun singgah je.
Memang kenalah cubit la kan budak ni.Tak ada kerja nak bakar pokok.
haha.. deserve him! Dapat ceramah free :
"kecik-kecik dah nak bakar pokok, dah besar nak bakar apa? hutan? Kau tahu tak pencemaran alam.....kalau kampung ni terbakar....bla..bla..bla..Allah marah...pokok berzikir....bla..bla.. "
wuahaa memang tak makan saman la ini olang !
Aku pun tak lama tengok adik-adik aku ni main bunga api.Rimas aku asap-asap ni..
Malam raya kami ringkas je :
Solat Maghrib berjemaah-baca tahlil-Solat Isyak berjemaah-makan malam-potong kek hari raya-susun kuih raya dalam bekas kuih-pasang langsir dan berebut seterika nak gosok baju raya !!!
Tak termakan lauk yang orang hantar.
Ini gambar raya kedua. Gambar raya pertama has been deleted oleh adik aku.
Memang angin jugalah kan sebab semua gambar cantik-cantik ada dalam kamera.
Jawapan adik aku atas keterlanjuranya :
"Qilah nak delete satu gambar je, tapi Qilah tak faham bahasa inggeris tu, pastu Qilah delete je la, manalah Qilah tahu tiba-tiba semua gambar tak ada...."
erkk..tiba-tiba???...memang kesabaran tu diperlukan setinggi bangunan di Dubai !
Ikutkan hati memang rasa nak belasah je budak ni..tapi akhirnya kakaknya ni memberikan kelas tutorial 'How to delete a single picture"
Tak pernah tahu nama kuih ni tapi memang cari kalau raya.
Dah siap point dah setiap rumah nak makan kuih apa.Hehe.Apa taknya daripada baby sampai dah jadi anak dara tetap ziarah rumah yang sama...Dah boleh agak dah tuan rumah nak hidang apa..
Asam kegemaran.Makan setahun sekali je.Patutpun sebab tak elok untuk kesihatan. : D
iye, de-e ngomong jowolah !
(Of course they speak in Jawa )
Found the cute baby
Aku memang puji mbah aku ni. Bagus menyediakan dua air yang berbeza darjat.
Air berkarbonat tu pun orang Melayu buat.Jadi dia punya gas dan kemanisan tu kurang . itulah yang elok.
Sediakan minyak gamat dalam kereta. Pelik sungguhlah raya ni kalau tak ada yang cedera. Kami banyak sangat kanak-kanak dan setiap tahun dah lali kalau ada yang bocor kepala, luka, terkehel.wah, baru kau tahu ganasnya !!!
Memang betul guna minyak gamat ni akan menyebabkan parut.Tapi dalam kesibukan beraya ni, klinik pun belum tentu buka, Minyak gamat nilah paling mujarab!
Aku kalau dah pegang balang tart ni, orang lain tak merasalah jawabnya. : P
chocolate cookies
Ini pun aku tak tahu apa namanya.(seriously , I'm really bad in memorizing food name)
Anak dara mesti tak berkenan sebab ada kacang (jaga muka la kan..) .Ini kalau buat pedas ni, sedap !!!
see ada sarang semut.Ada muffin sarang semut dan kuih sarang semut. Waktu kecik dulu ni tak sempat raya, dah habis dah kuih ni. Sedap buat makan lepas Terawih.
Dalam keseronokkan aku makan kuih, sepupu dan adik-adik aku tak minat makan kuih raya.Orang sekarang lagi minat makan kerepek atau biskut.Haisyy, bagus : kuih raya ni pun banyak kalori sebab semua pakat bubuh gula, tepung ,majerin.Tapi kalau tak ada orang makan kuih raya, pupuslah kuih raya ni.
Akan datang raya nak letak apa pula dalam balang kuih ???
Adik aku jawab : Letaklah kurma lebihan puasa tu !!! (good idea what?)
The four youngest in the family.
Budak-budak memang kejar ni..
Pandai tuan rumah ni hidang coklat.Dahlah senang nak buat dan tahan lama. Setiap bentuk ada inti lain .Contoh love tu inti kismis, star tu inti jeli. Lain kali raya aku pun nak bubuh coklat jelah dalam balang kuih raya.Sudahnya tuan rumah yang makan !
satu benda yang anda kena tahu.Pergi beraya rumah orang jangan malu-malu nak makan.Nak tambah pun tak usahlah malu.Bila kita makan sungguh-sungguh , tuan rumah akan rasa dihargai.Stoplah control cun/macho sangat ! In caselah dalam satu hari pergi banyak rumah, wajarlah makan setiap rumah sikit je.
Cara supaya perut tak meragam.:
Minum air sebelum makan je.Jangan makan selang dengan minum.Barulah perut pun behave
memandu dalam kawasan sawah.
Seronok sekali-sekala terserempak dengan baraan (KOnvoi raya orang kat kampung)
Rumah pertama diziarahi di bandar, rumah pengasuh aku.
Inilah Mak Idah.Suami dia Abah Din. Daripada aku dua bulan sampailah mak aku beranak enam, semua dia yang jaga.Masa dia jaga aku, aku panggil dia Mak.Tapi sampai adik aku yang last tu, adik aku panggil dia nenek.Nampak tak betapa lamanya dia berjasa kepada mak aku.Anak dia yang bongsu sebaya adik aku (anak kedua).Mak akau kata, mesti selalu ziarah dan doakan Mak idah.Sebab 19 tahun yang lalu:
Mak aku bawa seorang bayi yang banyak betul penyakit kat bayi tu.Dahlah kuat nangis.Waktu tu mak aku tak tahu nak suruh siapa jaga bayi tu sebab mak ayah aku nak gi kerja. Alhamdulillah Mak Idah ni jugalah yang sanggup terima jaga bayi tu walaupun dia tahu bayi tu bukan senang nak jaga sebab dia tak sesihat bayi yang lain.Haha syahdu ~ mesti uolls tahu siapa bayi tu kan?
Ya di rumah ini (rumah tempat selipar disusun) aku pernah diasuh oleh pasangan yang sangat baik dan penyayang.Same goes to my friends Athirah Azahari dan Zuelaikha.Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian sekeluarga.
Alhamdulillah masih mendapat banyak duit raya ! Anda pun kan?
Then my auntie raya di rumah kami.(Padahal akulah makcik hangpa)
Seronok aku tengok depa makan rendang : )
Ini Ah Hao , cucu aku !!!
Berbelit-belit salasilah keluarga aku ni.Sebab ramai sangat sebelah ayah dan mak.Kadang-kadang diorang kenal aku tapi aku tak kenal pun diorang.Lagilah tak tahukan status apa setiap orang tu.Tau-tau rupanya cucu aku.Ada juga yang muda je lagi, rupa-rupanya tu adik mbah aku. Hebatnya hubungan kekeluargaan !
Ah Hao ni sepatah haram cakap Melayu dia tak reti.Yang dia tahu "One, two, three.." .Tapi kemain lagi dia main dengan adik dan sepupu aku macam dah kenal sepuluh tahun.Aku pun pelik cara berkomunikasi budak-budak ni.Sepupu aku , Nazihah ni amek bahasa Mandarin tapi dia pun tak faham apa Ah Hao cakap.
Oh, dulu raya aku main kejar-kejar, korek tanah, kejar ayam.Budak sekarang, main game !
Si debab berbaju merah tu adik aku.Aiman.Muka dia paling sebijik dengan Ah Hao.
Memang aku tabik spring sungguh la kat Pak Ngah aku yang tetap lena tidur kat belakang tu, walaupun bising budak-budak ni main.
Main sampai tak sempat makan
Kan dah tumbang.Penat ler tu main..
Ini sahaja yang pulang berhari raya tahun ini.Lagi dua keluarga tidak dapat pulang.
Keluarga aku tetaplah menjadi keluarga paling Tinggi ! : P
Alhamdulillah.We already covered the Eid with family even not realy happy as before because of this year a few members of the family pulang ke Rahmatullah -Moga Allah rahmati dan ditempatkan dalam kalangan solihin.Buat yang masih hidup, jaga kekeluargaan ini sebaik mungkin.
*********************
Rumah sahabat pertama yang diziarahi _Rumah cik Aini Jamaluddin !
Bertahun-tahun dia jemput datang umah, ni pertama kali sampai.Jadi ini geng pertama yang aku jumpa.
They served cekodok! Sebenarnya makanan nak hidang apa tak kisah pun.Datang beraya ni banyaknya bersembang je. Bertukar-tukar cerita perkembangan hidup masing-masing. Masa nilah kita nak stori morri dengan sahabat kita .Terima kasihlah tuan rumah , Aini J sekeluarga !
Sudah lama mengidam ini. Syukur dapat !
Next, ke rumah Afif Haidhar.Nama je jiran rumah dia pun aku dah tak ingat (teruknya ..).
Alhamdulillah sampai.
Terima kasih atas kebaikan kalian sekeluarga..
Next ke rumah Cikgu Mazenah.tapi tak ada gambar la..
Next ke rumah Cikgu Mazenah.tapi tak ada gambar la..
Ini pula kisahnya orang datang rumah aku.Wah, tak tipu weyh,, sangat gembira sebab sanggup datng ke rumah aku! Tak sangka seramai ni datang sebab dah Maghrib.First time ni kawan perempuan datang rumah ramai-ramai ! Makanan pun dah tak banyak.
Terima kasih juga 5 orang jejaka dan Izzati Jalal yang sudi datang umah aku . Maaflah ye kalau layanan tak seberapa.Moga Allah rahmati kalian .
Aku pun lepas tu ikutlah kejap beraya di rumah Fateh ni. Terima kasih ye tuan rumah sekeluarga !
dan terakhir punya konvoi raya dengan member ke rumah Cikgu Sarina.
Tersama pula pakai baju polka dot dengan Aini Jamaludin ni !
Berjumpa kembali rakan -rakan bisnes (poyo je) Marvellousa Generation
Ramai lagi yang tidak dapat hadir.
Terima kasih Cikgu Sarina sebab susah -susah masak sambut kami. : )
Moga cikgu terus sihat dan dalam rahmat-Nya selalu.
Alhamdulillah for the beautiful Syawal _Anugerah Syawal.
Jazakallahu khairan Kathira buat semua yang menjemput dan menerima kehadiran saya ke teratak anda.Juga buat yang sudi hadir ke rumah saya.Juga buat sahabat yang sudi ambil aku yang hanya tahu berbasikal : P
Ralat juga tak dapat menghadiri kesemua jemputan.Sedih juga tak dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain.Moga akan datang kita lebih bersungguh -sungguh dan diberi kesempatan memenuhi tuntutan silaturrahim ini! Insha-Allah akan ada pertemuan yang lain !
Baju asyik sama je : P Sori baju raya tak banyak : D
Selamat Hari Raya.Kullu 'amin wanatum bikhair, Taqabbalallahu minnawaminkum.
Welcome back to Fitrah.Salah silap mohon dimaafkan tau.0-0 gitu.
Moga masih ada Ramadhan dan Syawal yang beerti lagi !
Iklan hari raya Terbaik pada aku _Iklan Raya Maxis
Lagu raya tetap yang lama juga yang sedap.
Thumbs up untuk lagu baru raya Bunkface dan Faizal Tahir !
Comments
Post a Comment