The Boy In The Stripped Pajamas Movie
Assalamualaikum..
Berkongsi filem lain,The Boy In The Strip Pajamas
Tahun tayangan : 2008
Genre: Seram
Mesej: Kemanusiaan
Pengarah : Mark Herman (Warganegara England)
sudah banyak srtikel tentang filem ini ditulis dalam bahasa Inggeris tu, jadi amatlah berbesar hati di sini untuk bercerita di dalam bahasa Malaysia !
Filem ini berlatar belakang situasi Perang Dunia Kedua dimana kekejaman di Kem Penghapusan Nazi telah disaksikan oleh anak Komandan Ralf yang merupakan seorang pemimpin tentera Nazi sendiri iaitu Bruno (8 tahun didalam filem).
Cerita ini merupakan kisah persahabatan antara Bruno (anak kepada Komanden Ralf) dan Shmuel (seorang kanak-kanak yahudi) .Mereka bverkenalan di dawai jeriji yang berkuasa elektrik itu.(voltan tak tinggi pun).
Jadi lebih syok kalau anda cukup-cukup arif dan ada sedikit informasi tentang kebencian Nazi terhadap orang Yahudi dan mengapa mereka ingin dihapuskan.Cukuplah sekadar anda diperkenalkan Nazi antara pasukan tentera yang cukup zalim di atas muka bumi ini.Dua kali lima je dengan Israel laknatullah tu!
ok.Kisah bermula dengan menunjukkan kegembiraan Bruno yang hidup bahagia ,selalu bermain dengan kawan-kawannya.Kiranya Bruno ni memang friendly gitu..
Namun alangkah sedihnya, dia harus meninggalkan kawan-kawannya berpindah meninggalkan kota Dublin kerana ayahnya Komanden Ralf yang ditugaskan ke hujung negeri bagi bertugas di Kem Tahanan Nazi.
Bruno berharap untuk kembali lagi bermain dengan kawan-kawannya di kota Dublin namun dia tidak tahu ini kali terakhir dia bertemu mereka. He said 'goodbye' to Dublin City.
Mereka menggunakan kereta api.Wah, seronok betul tengok part ini.Maklumlah kereta api sekarang dah tak guna bahan bakar atau wap lagi. Apapun ia memberikan pencemaran udara.setuju?
Dalam perjalanan Bruno ada ternampak sebuah ladang di tengah-tengah hutan. Apa tu??
Maka sampailah Bruno , ayahnya Komaden Ralf, ibunya Elsa dan kakaknya Gretel.
Pergerakan Bruno dikawal ketat oleh ibunya kerana bimbang dia tidak biasa dengan tempat baru.Rumah mereka bukan sekadar rumah malah merupakan markas perbincangan tentera dan rumah ini memiliki beberapa orang pembantu rumah yang mempunyai cerita tersendiri.
Bruno selalu nampak ada asap hitam berkepul-kepul keluar dari sebuah lohong di tengah hutan.Selain itu, dari tingkap bilik , dia nampak ladang yang dia nampak masa dalam kereta api dulu dan dia pelik kenapa semua petani pakai baju tidur berbelang-belang. Anda pelik ?
Bruno beri tahu mak dia Puan Elsa. Puan Elsa pun bertanya pada suaminya Komanden Ralf . Komanden Ralf mengatakan itu tidak ada apa-apa dan menyuruh agar tingkap di bilik Bruno dipaku.Kemudian Komanden Ralf mengupah seorang guru Liszt untuk menanamkan kefahaman tentera Nazi kepada Bruno dan Gretel sekaligus mengajar mereka untuk membenci Yahudi.
Ini dia pembantu rumah mereka, Pavel yang berkaki tempang. Bruno dan Elsa juga pelik kenapa dia memakai pyjama striped. Komanden Ralf sekadar berpesan agar berhati-hati dengan Pavel kerana dia juga seorang yahudi .See gambar atas ni?Pavel tengah membalut luka Bruno yang terjatuh ketika bermain. Bruno berasa ragu-ragu dengan ajaran Liszt kerana Pavel begitu baik terhadap dirinya.Elsa juga mula perasa akan kebaikan Pavel.
Gretel dan Bruno melihat ladang dari tingkap bilik.
Dan, suatu hari....
Bruno curi-curi keluar melalui tingkap di bilik Pavel sewaktu ibunya Elsa keluar membeli barang.Bruno gembira dapat meneroka kawasan hutan di sekeliling rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan ladang yang dikelilingi jeriji besi. Di situ dia berkenalan dengan seorang budak lelaki yang bernama Shmuel.
Banyak pertanyaan Bruno kepada Shmuel, "Why you wearing the pyjama?"
"Why they give you the number?""What are you doing here? "
Maka bermulalah perkenalan mereka.....
Bruno selalu membawa permainan dan makanan kepada Shmuel.Mereka semakin akrab meskipun dipisahkan dawai elektirk.Shmuel mula bercerita tantang orang yahudi dan keadaan mereka yang berada di dalam kem tahanan ini serta bagaimana kesusahan mereka. Dalam diam, Bruno mula menerima orang Yahudi dalam hidupnya sekaligus membelakangkan ajaran gurunya Listz.
Meskipun persahabatan mereka kian akrab, namun Bruno sedar bahawa dia tidak boleh berkawan dengan Shmuel.Bruno meneruskan sahaj persahabatan mereka kerana kasihankan Shmuel.
Dipendekkan cerita nanti Pavel tu mati. Jadi suatu hari, Bruno terkejut melihat Shmuel di rumah mereka.Shmuel sedang sibuk membersihkan gelas. Shmuel ni bagi tahu Bruno yang dia dipanggil ke rumah kerana seorang yang bertangan kecil diperlukan untuk membersihkan gelas. Waktu inilah, Brno beri tahu bahawa sebenarnya dia dan Shmuel sepatutnya tiak boleh berkawan.Bruno bagi Shmuel makan kek.
Malangnya pula , Kurt ( orang kuat Ralf ) nampak. Kurt tanya Shmuel mana dapat kek dan Shmuel pun kata yang Bruno bagi dia. Bruno pula tahu yang dian akan berada dalam kesusahan menafikan kata-kata Shmuel bahkan bertegas bahawa dia tidak pernah mengenali Shmuel.
So, pendekkan cerita Kurt berkata pada Shmuel "we will have a little talk to jews who steal the food "
Bruno masuk bilik dia dan menagis kerana kasihan kepada kawannya Shmuel.Dia mula menyesal dan ingin meminta maaf kepada Shmuel.Bila Bruno turun balik Shmuel dah tak ada dan hanya ada Maria (pembantu rumah juga) sedang membersihkan gelas.Lepas itu, Bruno pergi ke tempat Shmuel dan dia telah terlambat dan Shmuel telah dipukul sehingga lebam.Bruno meminta maaf kepada Shmuel.Shmuel menerima permohonan maaf ini dan mereka berkawan semula.
Sementara itu,si kakak Gretel pula semakin bersemangat dengan fahaman Nazi yang diajar oleh Listz. Habis satu bilik dia tampal poster Nazi. Semangat betul!
Suatu hari, Elsa dan Kurt Kotler (pemandu dan tentera nazi) baru sahaja pulang dari pasar. Waktu ini lohong tadi sedang berasap dan mengeluarkan bau yang busuk menunjukkan sedang berlaku proses pembakaran.Elsa bertanya kepada Kurt. Kurt tidak tahu bahawa Elsa ni tak tahu tentang Kem Penghapusan Nazi berhampiran kawasan rumah.Selamba je si Kurt ni bercerita kepasa Elsa tentang pembakaran orang Yahudi oleh tentera Nazi di sebuah gas chamber.
"They smell even worse when they burn, don't they."
Ini Elsa.
Ini Komanden Ralf.Ralf telah berjanji bahawa dia tidak akan membuka rahsia tentang kem penghapusan itu kepada Elsa dan anak-anaknya.Akan tetapi Elsa dah tahu juga.
.jpg)
Ini dia Kurt dan di belakang ialah Gretel yang mula tertarik kepada Kurt.
Apalagi mengamuk si Elsa bila tahu akan kejahatan suaminya. Dia seakan tidak dapat menerima semua ini.Elsa akhirnya memberitahu Kurt yang menjelaskan semua kebenaran kepada dia. Kedudukan Kurt pun mula tidak selamat lagi. Akhirnya Ralf betekad ingin memindahkan anak dan isterinya ke tempat lain dengan alasan tempat ini sudah tidak selamat lagi untuk keluarganya.
Apa citer pula si Bruno ni ?Shmuel beri tahu Bruno yang dia terpisah dengan ayah dia dalam kem tu. Bruno nanti dia nak tolong Shmuel cari ayah dia dalam kawasan kem tu sebab dia nak tebus semula kesalahan dia hari tu pada Bruno.
Inilah dia tingkap di rumah Pavel yang menjadi tempat keluar Bruno.
Bruno lari rumah dan mula menceroboh kawasan kem. Dia berpakaian seperti banduan .Pakaian telah dicuri oleh Shmuel untuk Bruno.
Pertama kali berada di dalam kem.Bruno melihat sendiri kekejaman dan betapa tiadanya nilai kemanusiaan di dalam kawasan kem pnghapusan yang menyeramkan ini.
Ketika baru ingin mencari ayah Shmuel,semua banduan diarahkan bergerak ke suatu tempat. Ketika ini hujan mula turun . Dan di rumah Elsa mula sedar kehilangan anaknya Bruno. Dia terus menganggu mesyuarat Ralf dan mereka pun beramai-ramai mencari Bruno.
sementara di kawasan kem semua banduan termasuk Bruno dan Shmuel diminta menanggalkan baju dengan alasan mereka akan dimandikan beramai-ramai di bawah shower tanpa diketahui sekarang mereka sudah berada di dalam chamber gas . Gas bahaya akan dituang ke dalam chamber gas dan perlahan-lahan akan membakar semua banduan sehingga semuanya mati.
Sedih sungguh aku tengok part ni bila melihat kenaifan Bruno dan Shmuel yang tak faham dengan apa yang berlaku. Mereka pun hanya mengikut perintah seperti banduan lain. Semuanya berakhir ...apabila gas chamber pun ditutup. sedih..
tempat banduan kena tanggalkan pakaian.
Kedua-dua Shmuel dan Bruno ketakutan.Both of them hold each other before the gas chamber is closed.
Elsa menemui pakaian anaknya di tepi kawasan kem. Dia mula tahu apa yang berlaku.Ibu mana yang tidak sedih bila tahu anaknya sudah tiada lagi.
Ini pula reaksi Komanden Ralf.
Setiap kebaikan dan kejahatan ada balasan kan?
amacam?
tontonlah sendiri filem ni ok.The Boy in the Stripped Pyjamas
Ini buku sebenar cerita ini.
Buku keluar dulu, baru filem.
Ini merupakan sebuah kisah benar.Memang wujud Kem Penghapusan ini yang telah membunuh ramai-ramai orang yahudi.
tahanan kanak-kanak.
gas chamber
kawasan kem dalam filem.
pintu sudah ditutup.
They act very well.
Antara pencapaian filem ini.
sumber :wikipedia
- British Independent Film Award[8]
- Best Actress – Vera Farmiga (winner)
- Best Director – Mark Herman (nominated)
- Most Promising Newcomer – Asa Butterfield (nominated)
- Premio Goya[9]
- Best European Film (nominated)
- Irish Film and Television Award[10]
- Best International Film (nominated)
- Young Artist Awards[11]
- Best Leading Performance (International Feature Film) - Asa Butterfield, Jack Scanlon (nominated)
tapi perlu difikirkan juga kata-kata ini.
Adolf Hitler(pemimpin Nazi)
Walauapaun aku bersyukur lahir sebagai muslim kerana Islam cukup BERADAB walaupun ketika berperang. Tentera Islam tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua bahkan dilarang sama sekali memusnahkan tanaman dan rumah ibadat.
Maksudnya: Daripada Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.
Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir ketika mentahqiqkan musnad Ahmad, hadith ke-2728: “Sanad hadith ini hasan”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”
Surah al-Baqarah: 190
#islam di hati
Aten !!
ReplyDeletebest nye cite ni ! ko dah tgok ke ?
yahudi ngn nazi same je kan 2x5 ?
knp cite ni aku tak penah dgr pun ..
nak cari .. full movie ade ?
yup bee ..of course aku dh tgok..kalau tak..tak adalah boleh cerita.. kat youtube memang tak ada full movie .tp kalau cari di google..memang banyak.aku pun dah ada bagi link kat atas..cuba try cari.awal-awal kata tak ada subtitles lah link yg aku bg tu.. : ) tq for visit here.
ReplyDeletelah xde subtitle ke ? cane nk download ?
Deleteaku tak pula nk download cane.. sebab aku tgok online web.. tp rasa da je..
Deleteyeke ? aku xley tgok online line x cntk..
Deletexpe2.. aku tgah smangat nk cari download cite nih ..