sebalik kejatuhan Presiden Mohamed Morsi
di sebalik kejatuhan Presiden Mohamed Morsi
Mesir dan Gaza...
Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (baca : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.
Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.
Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi :
Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir..

p/s- Aduh, bayangkan orang Palestin yang sakit nak dapatkan rawatan, sampai-sampai je, pintu dah tutup..sedihnya..kerana dia saudara..
******************************
SYEIKH AZHAR, PERMATA
ATAU KACA
--------------------------------------------
Saya merenung panjang melihat timbulnya golongan Puji vs Maki terhadap Syeikh Azhar, Syeikh Ahmad Toyyib selepas terlibat dalam membuat keputusan yang menyaksikan Presiden Mursi digulingkan.
Ada yang memandang Syeikh Ahmad Toyyib seperti ulama UMNO yang berpihak pada kerajaan. Namun erdasarkan pemerhatian saya, Syeikh Ahmad Toyyib tidak seperti yang demikian. Beliau ulama yang sering menyampaikan ilmu agama di mimbar al-Azhar dan dimana-mana, beliau ulama yang menyokong kerja-kerja dakwah disebar luas di bumi Mesir, beliau juga mempunyai hubungan baik dengan kerajaan bila PMursi memegang jawatan Presiden Mesir. Beliau bukan pengampu Mubarak dan penentang Mursi. Zalimkah beliau??
Sebelum Mursi digulingkan, pendirian Al-Azhar adalah menentang pemberontakan, rampasan kuasa dan pertumpahan darah, serta menyokong kepada perbincangan. Bahkan ramai ulama al-Azhar yang menyokong himpinan pro-Mursi dan turut serta. Waktu yang sama tiada pula kenyataan Syeikh Ahmad Toyyib yang mengecam pihak pro-Mursi dan pemberontak. Zalimkah beliau??
Tempoh diberikan oleh tentera sesingkat 48 jam. Setelah itu dipanggil 4 ketua ini untuk membuat keputusan. Saya yakin tiga yang lain sudah merancang satu keputusan kerana mereka bencikan Ikhwan, adapun Syeikh Ahmad Toyyib saya bersangka dipanggil untuk menjadi 'hiasan' agar rakyat melihat Syeikh Azhar juga bencikan Mursi. Dalam tempoh mesyuarat ringkas itu apa sangat yang mampu difikirkan, tiada ruang mesyuarat dengan ulama Azhar diberikan, pendirian peribadi akhirnya terpaksa menjadi keputusan. Zalimkan Beliau??
Imbas kembali ketika isu buang univerisiti pelajar Malaysia di Mesir yang terlibat dalam himpunan Bersih, Syekh Azhar juga dipergunakan. Ada 'tangan jahat' daripada orang Melayu sendiri yang menyampaikan berita fitnah kepada beliau.
Saya melihat Syeikh Ahmad Toyyib barangkali cintaka mimbar al-Azhar, agar walau siapapun kerajaan, mimbarnya masih bernyawa dengan majlis ilmu. Beliau juga sayangkan darah rakyat daripada saling menumpahkan sesama sendiri. 30 tahun Mubarak memerintah Mesir, walau Syeikh Azhar berjawatan dalam kerajaan, tapi majlis ilmu tidak dihalang, ulama tidak ditentang. Berbeza di Malaysia, UMNO kalau boleh semua ceramah nak dibatalkan, hinggakan seringkas tazkirah Ramadhan juga dilarang.
Di Malaysia juga adanya ilmuan yang dilihat tidak pro kepada PAS atau UMNO. Dr Maza contohnya bagi saya, kenyataannya kadangkala membidas PAS, kadangkala membidas UMNO, adakah kita mencaci beliau?. Ust Hasrizal dilihat sebagai pemikir moden, ada ketika kenyataanya mengguris hati pejuang PAS namun tidak pula menyokong UMNO. Adakah kita mencaci beliau??Kita tidak menghalakan senjata pada sesiapa yang bukan nyata menjadi musuh.
Ingati kembali, Syeikh Ramadan Al-Butti pernah menyokong kerajaan Basyar dan menolak pemberontakan mujahidin ke atas Syira. Para ulama sedunia tidak bersetuju, namun tetap menghormati padangan beliau termasuklah kita yang masih hidup waktu ini. Tiada penuntut ilmu yang mencaci beliau melainkan golongan fanatik sahaja.
Saya tidak bersetuju andai kita mencaci & menghina Syeikh Azhar, namun saya juga KECEWA dan TIDAK BERSETUJU dengan keputusan Syeikh Azhar. Saya melihat beliau dipergunakan sebagaimana kata Tuan Guru Nik Aziz. Beliau memilih jalan tengah demi memastikan institusi Azhar terus bertahan menyebarkan ilmu, tiada pertumpahan darah yang berlaku. Namun saya mengandaikan selepas ini jika Ikhwan berdiam diri maka sungai nil hanya menanti darah para syuhada. Atau jeriji besi yang memenjarakan mereka.
Pesanan buat diri sendiri dan teman-teman, pernah berpesan seorang murabbi "Ulama jika tidak terlibat dengan gerakan, maka musibah buat ummah" Justeru kita yang menyintai ilmu, libatkanlah diri dengan jamaah dan gerakan Islam. Moga-moga tidak terpalit dengan fitnah.
Usah jadi golongan "tajarrud & tamarrud" terhadap Syeikh Azhar. Usah meyerang gurumu yang dipergunakan, halakan senjatamu ke arah musuh yang jelas merancang di belakang.
Ketentuan Allah pasti ada seribu hikmah di belakangnya. Saya bukan pelajar yang setia bertalaqqi di mimbar al-Azhar, mohon maaf andai tersilap coretan ini.

***************************
pesan Tok Guru Nik Aziz
Mesir
: Detik Hitam Sedang Berulang
Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Comments
Post a Comment