Mohamed Mursi
note here : read this only take 5 minutes
if you feel lazy , just read the red words.
thank you for take care of your brother and sisiter in islam.
Siapa sebenarnya Presiden Mesir Mohamed Morsi ???
Seorang
lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam
persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap
pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi
pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara. Menjadi staff
muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki
ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran,
malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun
2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul
Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya,
sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk di dalam Penjara
sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang
disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden
Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat
dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak
menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan
umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni.
Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya.
Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti
patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan
Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini
merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan
kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi
tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran ,Iran dengan
memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar,
sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat
nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya
tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang
turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam
negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya
berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar
pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu
berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular,
“tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir
berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir
merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz
(profesional dan ustaz).
Namun!
3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir
berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi
tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang
dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara
yang sangat biadap!
Dunia
islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti
biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman
bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini
akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi
Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya,
profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi
dalam hal ini??
Kita!!
Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu
dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam
dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki
yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki
sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas
ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan
rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama
mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada
dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan
dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di
mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun
kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak
keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara
lantang dari negara islam dunia.
Sejarah
hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu
dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan
cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun,
rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu
beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik
islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim
ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada
disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi,
pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa
kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan
yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh
Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah!
Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut
mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang
mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana
dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya
bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah
je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat
kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka
nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah
kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati
sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan
ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari
mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi
menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik
paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang
bergembira, entah apa yang mereka suka.
Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar
kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau
mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama
bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita.
Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI
SEKARANG??!
source : ibnurijal.blogspot.com/
Aten ,
ReplyDeletesebak pulak baca entry tntg Dr.Morsi (T.T)
thanks bg perkogsian ni :D
bee.. thanks for coming..
ReplyDeletewelcome..
kita doakan yg terbaik..untuk beliau dan mesir..
InsyaAllah , smoga beliau terus tabah .
Delete