Hatiku sedang dicuri. Mohon dikembalikan !


Hatiku sedang dicuri,
Hilang barangkali...
Resah berkunjung setiap saat!

Maka aku tidak cukup rendah rasa bertuhan,
Aku tidak cukup jujur dalam berhamba pada Yang Esa...
Hipokrit menyebar dakwah??
sedangkan sendiri tewas pada amarah..
Moga masih ada keampunan untukku.

Ya Allah sungguh aku rasa hati ini sudah tiada...
Kata sang hujjah islam , Imam Al-Ghazali


 "Carilah hatimu di tiga tempat. 
Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. 

Tetapi jika tidak kau temui,
 carilah hatimu ketika mengerjakan solat. 

Jika tidak kau temui juga,
 carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. 

Jika kau tidak temui juga, 
maka berdoalah kepada Allah,
 pinta hati yang baru 
kerana hakikatnya pada ketika itu 
kau tidak mempunyai hati!"

Sungguh aku terasa ingin meminta hati yang baru, 
kerana hati ini seperti sudah tidak ada apa-apa..



sampai si kakak usrah bertanya :
"sampai kau meminta hati yang baru? sudah ke mana tuhan letaknya dalam hatimu..."

Allah...

Syeikh Khalid Ahmad Abu syahud 
pernah bertanya kepada hati-hati kita yg lembut,

" kalau hari ini hari terakhir kita, 
hati yang bagaimana yang kita nak bawa balik bertemu Allah s.w.t?"

Sungguh aku katakan:
Menjaga sekeping hati ini terlalu sukar jika dibanding menjaga segunung emas.


Pemadam sudah habis, tapi hati belum putih...
Tangan sudah patah buat memadam ,
titik hitam tetap berbekas...



Doakan insan kerdil ini,hatinya sudah hilang!
Moga hatinya boleh kembali, malu ingin meminta hati yang baru...

Comments