7aum arivu- Best Tamil Movie
Dah lama kita tak kongsi movie yang best kan?
so, this time, about 7 aum arivu movie..
filem ini tercalon dalam Oscar awards,
maksudnya memang betul-betul best sebab filem tamil bukan seperti filem Hindustan..
biasanya dibuat dengan menggunakan kos yang rendah..
filem ni juga satu filem kontroversi tau!
7aum bermakna "7th sense"
over sungguh ,kita 5 sense je..extra sikit 6!
Filem ini memberikan fakta sejarah iaitu Kung Fu tidak berasal dari China tetapi dari India!
hal ni yang kontroversi sikit bila ada sejarawan China and India berbalah dengan fakta ini.
Berkisarkan sejarah Bodhidharma,iaitu seorang Tamil pada Abad ke-6 yang sangat pakar dalam bidang perubatan dan seni mempertahankan diri.
Dia dikatakan tahu segala jenis herba, akar dan tumbuh-tumbuhan yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
Dia telah diperintahkan gurunya untuk berhijrah ke wilayah China!
Jadi dia pun meninggalkan keluarganya di India.Perjalanan ke China memakan masa 3 tahun perjalanan.
Aku pun penat tengok perjalanan dia..heh..
Sampai di China , mula-mula orang kampung tak nak terima dia sebab mengikut ramalan, akan ada bencana buruk melanda kawasan kampung tu.Anggapan mereka bencana tu adalah si Bodhidharma ni. Mereka silap. Tak lama lepas tu, kampung tu dilanda wabak penyakit yang misteri. Ramai yang mati. Mangsa pertama adalah seorang budak perempuan , dia telah dibuang oleh orang kampung di sebuah gua.Kononnya untuk menyelamatkan kampung tu, tapi penyakit tu terus menjadi pandemik! ramai yang terkena penyakit itu..
Si Bodhidharma ni rawat budak perempuan tadi dalam gua sampai budak tu sihat.Dia pun hantar budak tu balik kampung semula.Orang kampung terkejut dan mereka pun menerima Bodhidharma serta diajar membuat ubat untuk penyakit itu.see budak kecik ni!
Tak cukup lepas itu,kampung diserang oleh pengganas ! sekali lagi Bodhidharma menyelamatkan kampung itu.Orang kampung diajar pula seni mempertahankan diri.Inilah dia Shaolin monks ataupun Kung Fu!
Maka orang China pun mula pandai berkungfu.
Sekali lagi orang kampung membuat tilikan yang untuk menyelamatkan China pada masa hadapan daripada sebarang penyakit wabak, mereka harus menguburkan Bodhidharma di negeri China.Mula-mula orang kampung racun Bodhidharma tapi gagal sebab Bodhidharma tau.Setelah diterangkan dengan jujur kepada Bodhidharma, Bodhidharma bersetuju untuk mati dan ditanam di China.
walawei! kisah ini tercatat dalam sejarah Kung Fu tau!
so, filem ini filem sejarah.
sini hero filem : Suriya memainkan watak Bodhidharma and Arvind (keturunan Bodhidharma).
Arvind ni dalam DNA dia paling sama dengan Bodhidharma.
Jadi mereka percaya untuk menghidupkan semula Bodhidharma!
Watak antagonis, Johnny Tri Nguyen as Dong Lee
inilah wakil kerajaan China untuk menyebarkan virus baru di India pada masa kini.
China ingin menyebarkan virus itu yang melanda China pada abad ke-6 tadi.Ubatnya hanya ada pada orang China.Jadi mereka mahu India membeli ubat itu dari mereka.Pada masa itu, India kena mengikut kata mereka untuk medapatkan ubat tersebut.Inilah dinamakan BIO WAR!
Shruti Haasan sebagai Subha Srinivasan.
Subha ni student of genetic engineering course. Dia dan kawan-kawan dia mengkaji keturunan Bodhidharma sebab nak tolong selesaikan masalah genetik disorder yang berlaku di India.
Yalah Bodhidharma kan pandai medic! Jadi boleh tolong kanank-kanak yang down syndrome,yang kena kanser, supermale,superfemale problem semua tulah..So, dia merancang untuk mengaktifkan DNA memori dalam badan Arvind sebab Arvind punya DNA 83% sama dengan Bodhidharma!
orang kampung yang aku cakap tadi !
Antara scene terakhir,apabila genetik Bodhidharma telah berjaya diaktifkan!
Bodhidharma tengah berlatih..nice action !
waktu Bodhidharma sampai di China
Arvind jatuh cinta pada Subha tapi sebenarnya Subha hanya mempergunakan Arvind untuk kajian dia.
at last, they love each other..hmmm stereotaip love story! Boleh dia naik gajah tengah-tengah bandar! haisy..
wink`wink Bodhidharma DNA telah ditemui.Filem ini banyak tunjuk Laboratory method untuk menguruskan DNA. Seronok!
Waktu ni Dong Lee tengah kejar mereka untuk bunuh genetik Bodhidharma.Mereka menyorok di suatu makmal genetik di tengah hutan.
Memang membuka minda sangat filem ini.
WE LEARN HOW TO PLAN VERY WELL!
Ini doodles yang Arvind buat untuk Subha dan dia tulis 'I LOVE U"
nanti Arvind tahu juga Subha suka dia bila dia.......
tengoklah sendiri.
Dong Lee boleh hypnotise semua orang kecuali Arvind.Waktu ni dahsyat sungguh dia kejar budak dua orang ni! habis satu bandar accident!
Aku sangat suka movie ni sebab:
~story antara dua zaman
~ then fakta yang menarik tentang Kung Fu berasal dari India
~filem ni mengajar jangan lupa sejarah.Waktu filem ni, orang India sendiri tak pernah kenal Bodhidharma,so
hampir-hampir India dijajah China tatkala sejarah India dikaji China.
Orang China tahu Bodhidharma dan menghargai ilmu yang dia tinggalakn.tapi orang India ignored their
history.
~Cerita ni pasa sains, so bolehlah aku tambah kefahaman tentang DNA.
*DNA terjejas bila exposed to sunlight.Sebab tu rambut kita sendiri akan cepat rosak kalau berada di
bawah panas matahari selalu.So pakai tudung ok!
~Jangan jual negara! macam profesor si Subha tu.. (ada sesiapa terasa)
~Hebat Allah jadikan DNA, setiap manusia lain2 kecuali kembar seiras!
~Jangan jual negara! macam profesor si Subha tu.. (ada sesiapa terasa)
~Hebat Allah jadikan DNA, setiap manusia lain2 kecuali kembar seiras!
Who interested, I can send u this movie with the subtitles.
atau pun TONTON DI SINI!
~
Comments
Post a Comment