Coretan Tulus Khidmat negara

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu !!!!!!!!!
wah, sendu betul dah lama tak menulis blog ni..
big thank you and love kepada cik amelia nur natasha kerana telah membantu saya
mendapatkan semula blog ini..
alhamdulillah.........

now, komputer 'masuk icu'
pray for 'it healthy'



semua orang tanya;"bila nak post gambar plkn?"
haisy..apa mendennya yang nak tahu sangat tu..?
hmm. saya tahu cerita plkn dah basi...
dah nak sebulan saya bersara jadi wirawati di kem PLKN Teluk Rubiah ..
...................................................
nothing special about plkn...
but many special persons  there..
post ini tiada tipu-tipu...
jujur-jujur belaka...
bukan pro-kerajaan..tidak juga menentang... : P



"saya benci kawad!!!" bukan semua orang suka jadi ikan kering bawah matahari ni kan?? termasuklah makcik di atas ni..hehehe..
nice to meet you cikgu Bahar yang memujuk-mujuk diri ini berkawad ..
tapi sorry cikgu..saya keluar juga di saat akhir..
walaupun cikgu kata.
" buat apa takut nak kawad? takut hitam??..saya ni hitam hidup bahagia je sampai sekarang.."
"sumpah saya tak pernah kawad cikgu ! ni first time..."
saya takkan lupa air mata cikgu bila tengok formasi terakhir kami..
cikgu terbaiklah ajar  kawad...dan saya tak nak buat  kawad lagi !!!!"

*saya tak sekufu dengan kawad..

##################

pengalaman ke rumah terbuka tahun baru cina peringkat kebangsaan di dataran setiawan memang fresh MARAH pada pemimpin yang tak menepati masa,
SEDIH tengok gelagat masyarakat yang sibuk berebut Laksa sedangkan waktu Maghrib cukup pendek.GERAM tengok orang kita sanggup jadi tunggul tunggu seorang manusia padahal Allah tengah tunggu hamba-Nya menghadap..
TAK FAHAM citer lebih sinilah..

"ni aku dilema antara pemimpin dan tuhan" sambil bergenang air mata sahabat ini berkata sambil mencari surau.Tahniah kepada yang berjaya menunaikan solat!!!

dalam 'gejala sosial yang melanda' tu,,alhamdulillah Allah hadirkan seorang insan yang menjaga kita orang macam anak sendiri..
Terima kasih pak cik..jasamu dikenang..

##################

ada seorang makcik ni dia bawa anak dia yang sekitar berusia 6 bulan dalam sebuah kereta sorong...
kereta sorong babylah kan...memang susah mak cik tu nak menolak kereta sorong itu dan kadang-kadang anak dia pun hampir nak terkeluar dari kereta sorong tu..sesak sangat .Kalau ada yang jatuh memang kena pijaklah jawabnya. Makcik ni asyik mencarut je marah orang yang langgar-langgar dia dan anaknya.(sedih bila seorang ubu suka mencarutkan?)
Tiba-tiba seorang lelaki tegur, "Cik Puan,dukungjelah anak tu, bahaya cik puan bawa anak macam ni.lebih selamat pegang je.Orang ramai sangat ni...Anak tu pun dah menangis-nangis panas"
entah angin taufan mana datang, "apasal kau sibuk?" makcik ni melenting marah lelaki tadi.
agak tegang di situ..
siapa yang tak bertimbang rasa ni? Paling tidak pun fikirlah anak cik puan yang menagis-nangis tu.
Adoi, orng dok kesian anak dia ,dia marah pula..

* bukanlah kerana saya wanita, saya memihak kepada lelaki tadi..tapi memang patutkan?"




waktu nak balik semula kem,tirah, yana and milah join hantar naik bas..
untung la dapat rasa naik bas plkn...
pemandu bas kitaorang kali ini indian...
bayangkanlah laju sangat dia bawa..
patutnnya 4 jam baru sampai jadi 3 jam je..
fuyoo!! naik bas dengan uncle ni macam naik roller-coaster..
kalau jumpa traffic light..mesti terpelanting..
tapi uncle tak adil tak bagi saya singgah tandas...
uncle tahu tak penantian satu penyeksaan!!!


###############


aku memang selalu tengok orang menangis...
tapi pertama kali aku jumpa orang menangis hanya kerana  
dia melihat butiran beras jatuh ke tanah.Kata dia,
"Aku orang susah..jahatnya demo buat beras macam tu ..."
terkedu rasannya bila nampak dia kutip beras yang dibuang atas tanah yang basah ..
kau pernah tengok???


#bila makan nasi aku rindu dia...sendu..




nasi ambang,n-a-s-i- a-m-b-e-n-g...versi PLKN..sendawa..

Manusia penipu masa paling hebat kan?
bertemu tanpa berkenalan dengan seseorang yang tak sebertuah kita cukup mengajar aku.
dia hadir ke dewan, kelas atau apa sahaja..satu jam lebih awal..
azan berbunyi dia yang sibuk bersiap sedangkan dia tak Muslim.
kita yang sempurna tak pernah menepati masa.Rela didenda dan suka dibebel.
dia sentiasa sedar dengan kelemahan diri ,sentiasa cuba menjadi sempurna
tapi kita sempurna sibuk tutup kesalahan diri..

malam kebudayaan dia dapat anugerah daripada seisi kawan-kawan kerana
sikap positif dia...tapi sedih bila dia dengan naifnya bertanya:
"kenapa saya? saya selalu lembap...maafkan saya.."

dia memang ada penyakit..orang kelainan upaya gitu..

manusia ni diciptakan "mukhtalifah"
(arab gitu...)




malam ada ronda malam...duty mesti 2 orang dalam masa 1 jam.
partner mesti berlainan bangsa..non-malay memang beranilah....
melayu je yang takut hantu ni...

############

JLB(jurulatih) bertugas berbicara dengan peronda malam wira( PB1)
(PB2)Peronda malam wirawati hanya mendengar
JLB : JLB..PB1...
PB1 : Ya PB1 terima..
JLB : Kamu dah kejutkan wira Muslim bangun bersiap ke surau...
PB1 : sudah cikgu! sejak sejam lalu, cuma 5 orang sahaja bangun..
JLB : Saya tak kira, sekarang dah nak azan, pastikan semua wira bangun!!!
PB1 : baik cikgu!!

15 minit kemudian.....


JLB : JLB..PB1...
PB1 : Ya PB1 terima..
JLB : Sudah bangun semua ?
PB1 : Belum lagi cikgu.Muslim dan non-muslim semua tak nak bangun, cikgu..
JLB : Sekarang awak berada di lokasi mana..
PB1 : dorm *** ..kami berada di bawah katil paling hujung..
JLB : saya tengok dorm *** tu gelap je..Kamu berdua sahaja di bawah katil tu?.
PB1 : Tak cikgu, ramai juga di bawah katil , cikgu
JLB : (dengan nada tinggi ) Wira!!! apa yang kamu buat di bawah katil tu?
PB1 : Tak ada apa-apa cikgu.Kami  kejut orang !!!
JLB : Hmmmm......

kata wira, cikgu datang kejutkan semua orang dengan gaya seorang 'bomba profesional'..
I see the important of water




"aku tak suka budak sekolah agama !"

terdiam...cuba mengerti..
"a'ah aku pun tak suka! Harap pakai tudung labuh tapi buat anak haram juga!!"
itu ke jawapannya?..terkesima...
"tak payahlah nak tergedikgedik bagi tazkiroh kalau sendiri pun cibai!!"
fine...
"eh, aten, jangan marah..kita orang tak cakap kau..tapi kitaorang memang tak sukalah"

aku faham kawan..
title 'ustaz/ustazah' pun tak menjamin syurga buat seseorang..
aku tau kau pedih bila lelaki yang kau sayang ,
yang didik kau dengan nasihat dan pedoman..
kau kata suarannya mengaji dan bernasyid sedap..
tapi hampa..4 tahun menjalin cinta ternyata...
"m** sayang d*** , tapi kita tak boleh kahwin"
aku tanya kenapa...
kau kata," dia gay aten!!!"
aku tumpang sedih dengan kepahitan cinta kau....

budak sekolah agama tu ....
jangan jadi fitnah agama..



kawan air mata...
aku takut sangat pada satu malam di PLKN...
aku tak pernah tengok orang dangdut depan mata, dating depan mata, pegang tu pegang ni..
semua bertepuk tampar dengan meriahnnya..sibuk minta declare sana sini..

Aku tak suka !!! aku nak pintu doraemon..
buka pintu dah terus ada di rumah..seminggu dirasakan amat lama..
tapi Allah baik..
dia hadirkan dua orang kawan untuk teman aku lembapkan bulu mata di tepi sinki...
diorang marhaban banyak-banyak dekat aku suruh aku sabar..
aku mula basuh mata, budak dua orang ni pun follow..follow me macam twitter..
aku tak sukalah main "touch n go"..

banyak susah ini macam woa!!

 gambar ni semua ahli dorm aku..aku ada sebelah kanan pakai spec..
apple yang lukis..
dorm aku banyak buah-buahan...
ada nama apple ..muka memang macam epal
ada nama orange tapi panggil limau ,however nama sebenar xin rui..
ada juga carrot..nama sebenar aku tak tahu..
ada juga orang lain guna nama donat,celcom,jepun,jordan..
tapi belum ada ar guna zimbabwe...ko tak nak guna ???
z-i-m-b-a-b-w-e......nice to say.....

paling penting bawah ni ada gadis bernama 'Raja'
dia memang kerabat diraja perak..


satu sekolah....asyik brgmbar je...sorilah kamera tak nikon..
aiseh.....

mereka lapar..
kawan u all lah tu...






aku cemburu mereka naik lori..
tapi fikir-fikir balik..aku rasa selamat tak naik lori tu..
tak apa nanti aku beli lorilah..!!!





agak 'batak ' lah dapat naik kapal...
kapal ni aku tak naik..aku naik kapal sebelah namanya..Laksamana Hang Tuah..
peluru kapal perang lebih besar daripada dua orang lelaki dewasa..!!!
 
her name is Dilla..
dia sangat baik..tak mampu nak diceritakan di sini..


inilah kumpulan yang paling best aku dapat di plkn !!!
check post sebelum ni..

I askes X.O (chineese boy) to help me presented about culture..
me: x.o u pergilah bentang..saya tak sihat..
x.o : tak mahu..you sakit apa? mari saya ambil ubat di medic
me : alah you saja lah present..saya sakit perut...u belum pernah lagi asyik pegang kertas saja..
x.o : takmahu saya malu!!!
me : alah..nape you malu ?? tak ada hidung ke??
x.o : ouh..hidung ?? ada..ada..tapi BESAR SANGAT..
semua orang gelak..








group PPSB ( program penghayatan sastera dan budaya)
kena sajak yuk !!! 
alhamdulillah we are the champion !!!


inilah usrah paling special !!!
lain kali aku cerita..







kambing golek tu!!!

ini Cikgu Zainal..ketua jurulatih kompeni Charlie..
orangnya baim dan peramah..cikgu ni suka cerita pengalaman dia semasa dalam 'navy'..
dia siap kata lagi :
"setakat nak buat bom untuk melindungi keluarga saya, memang tak ada hal lah.."
fb cikgu ni : burung zainal...

nak gelak sebab bila nak balik , cikgu pesan:
"nanti hang datang sini nak lawat cikgu, hang cakap..-boleh saya jumpa pakcik zainal?
x mau dah cikgu..hang nampak konsep dia tu.."

me >>> apa-apalah cikgu..


ini pula cikgu aishah, cikgu dorm aku,,
apa je nak minta ,semua cikgu ni bagi..
baik kan?


aktiviti berakit..
boleh tahan sakit pinggang nak dayung dalam air tu..
then, time latihan , rakit yang kumpulan aku naik bocor..
memanglah half badan dalam air je..
naik atas semua kecut.. : (



before masuk air..sempat lagi cari kamera..



erm..nasyid kitaorang memang dah macam buat iklan,
budak lelaki bawa intro- maahad punya lagu.
"dicuba..dicuba test suara..dicuba..dicuba.."
then bawa lagu doa rabithah -unic
then bawa lagu raihan-bersatu..
"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...
yang berat sama dipikul..."
then...kalimah cinta...yang in-team nyanyi tuh..
outro kitaorang bawa lagu
"oh kawanku,ku akan tetap merinduimu...."
budak kem aku hafal..they said "the nicest song about friend!!!"
tapi tau tak tu sebenarnnya lagu Taiwan..zui jin li sheng jie


keseluruhannya charlie had won pertandingan nasyid tu..
kebanyakkan yang masuk nasyid ini tak pernah pun masuk nasyid..
kirannya tak adalah berbakat sangat kalau nak buat harmoni..base ke..atau apa-apalah seni suara nasyid tukan..
just masing-masing expert la nyanyi dalam bilik air..
finally , we did the best..memang susahlahkan nak bagi setiap patah yang kita nyanyi tu sempurna..
jadilah juga backup voice yang kitaorang buat..
congratz!!!


 best !!!
nak lagi...
cikgu kata, " masuk plkn kump 2"
hehe..tak mahu.....

ku ukir nama sendiri di batang pokok...


kamilah johan Tarik Tali !!!
banyak susah...tapi aku suka sangat teamwork kat sini..semua support..
apa guna gemuk kalau tak dimanfaatkan..
hehe..kerana si Gemuk juga pemangkin ekonomi negara...
kau rasa kau gemuk tak???
jawab sendiri-sendirilah..


akhirnnya aku derma darah..
alhamdulillah dah lama memendam impian ni..
darah saya darah kedekut AB!!!

FAKTA KALAU NAK DERMA DARAH..
-tak boleh datang haid..takut terlalu banyak blood loss..
-kalau nak derma untuk seterusnnya mesti dalam masa 3 bulan akan datang-takut blood loss
-masa derma gerakkan span tu sebab nanti darah turun lagi laju..tak caya cuba kau tengok..
-jangan tidur nanti darah gerak lambat..bukan apa orang lain nak derma juga..
-lepas makan orang kata kita akan lapar sebab tu lepas derma orang akan gemuk..
tapi tu orang kata tak...doktor pula kata, tak semestinnya
-selepas derma biasannya akan dapat biskut TIGER !!!aum...

ada juga lelaki yang derma darah,then atas katil dia mengigil sampai berpeluh..
however tahniah..dia sangat berani mencuba!!











ini dira..satu kaki suka debat lah dengan aku !!!
dia nak jadi ahli politik..
tapi aku doakan tidak..
bila aku tak support dia merajuk ...
trust me girl..politik terlalu bahaya untuk kamu..
better duduk rumah didik anak-anak...
i see...

semoga kita jumpa lagi nysa..

g-double o d-b-y-e..plkn..
I hate you !!!
but i admit..you taught me so much...
and really made me believe..
ALLAH IS ALWAYS WITH ME..

siapa yang dapat plkn..fikir masak-masak sampai hangit..
ia tidak baik dan tidak buruk...
manusia yang membaikkan dan memburukkan..

the last week at PLKN sangat menakutkan..
terima kasih Ya Allah hadirkan kawan-kawan yang dapat bimbing kita ke jalan yang baik..
take care semua!!!







Comments

  1. Cantekkan Teluk Rubiah ^_^
    Cikgu Bahar je ke ade lagi ?
    Ustaz yang incharge kat sana siapa ye skrg ? :)

    ReplyDelete
  2. ustaz kat sana ustaz firdaus..
    lawa ..tepi laut la kan..

    ReplyDelete
  3. nice blog...banyak pic..
    http://cikguplkn.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment