Sorok 2011, intai 2012


Speech nakal New Year :

"Ramailah baby tak dijemput bulan september nanti "
"bertambahlah anak berbin/bintikan  Abdullah"

Haisy..fakta menjijikan :
setiap kali selepas sambutan perayaan tertentu , esoknnya beristighfar semua cleaner membersihkan condom yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Adoii, lain kali lebiha baik tak usah buat sambutan kalau banyak keburukan berbanding kebaikan.Goverment do something please!

2012 penuh impian dan harapan..
aku cuma ada satu azam je,
"tak kisah aku tercampak di mana-mana sudut bumi,
impian cuma satu..nak jadi orang baik..
mungkin tidak yang terbaik tetapi
mencuba yang terbaik..
di sisi mereka yang baik-baik belaka"

(ayat lepasan sekolah ni : P )


Destinasi pertama 2012- Perak
someone said "tahun 2012 tahun Melawat Perak"
sesuatu yang baik amat diharapkan..
.please didik aku di sini..
bukan menjahanamkan aku!!!
jangan kulitku terbakar, tuba je yang aku dapat..

"Lindungi aku Ya Allah, mak saya kata, saya kecil lagi "
alahai....

"give me some sunshine,
give me some ray,
Give me another chance,
I wanna grow up once again"


...................................................................................................

Marathon movie  2011 !

# Taree Zameen Par #
malam habis SPM terus tengok..
sudah diceritakan ...







# 3 IDIOTS #
Sudah khatam banyak kali..
"All Izz Well about this movie "
" Kalau kita jadi manusia berkebolehan, kejayaan akan mengejar kita"


Ranchod + Farhan + Raju
"terima kasih kerana ' membersihkan mata saya  : p "








# JODHA AKBAR #
Antara filem yang banyak mendapat award, not bad la cerita ini.
Filem ni memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan culture show.
Banyak sangat tarian tradisional yang dipersembahkan.Colourful gitu...
sarat dengan mesej tetapi agak kontroversi dari sudut agama..
Rujuk kepada yang pakar untuk sebarang kekeliruan..
"Hold your Iman, don't give it to shaytan ok !"


" Bila tengok Aishwarya Rai main pedang, teringat seorang serikandi islam , nama dia Khaulah"
Perempuan pun tough apa?
ada sesiapa tergugat ?

Fakta tentang filem ini;
~ Ini filem sejarah zaman kerajaan Uthmaniyyah
~ Mengisahkan tentang kepahlawanan Jalaluddin Muhammad Akbar
~Jodha Akbar tu isteri yang ketiga tetapi isteri paling berpengaruh
~ Akbar merupakan gelaran yang bukan sebarang orang dapat rupannya..
~ Sultan Jalaluddin islam tetapi isteri dia Jodha hindu.Kontroversi kan?

p/s : Untunglah kawanku yang bernama " Akbar " itu..
free je dapat Akbar..







#THE MESSAGE #

kalau nak search cerita ni, taip betul the m-e-s-s-a-g-e bukan the m-a-s-s-a-g-e ! Lain jadinya nanti.
Sebenarnya di Barat ini merupakan satu filem yang popular dalam kalangan non-muslim untuk mengenali insan bernama Muhammad sallahu'alihiwassalam...
Everything  sangat 'real'.Antara part yang paling best , apabila wanita syahid, Sumayyah dibunuh.
Waktu pembukaan Kota Mekah amat mengharukan. Paling menarik ialah watak Bilal bin Rabah yang amat menyerlah .Sewaktu Bilal dsiksa Umayyah, tuan dia tu, memang hidup .


Fakta menarik :
Filem terbitan zaman 1970-an ini pernah menjadi sebab  orang Barat berjemaah memeluk Islam.
Dan pada sekitar tahun 2000 ni, filem ' Rachel Corrie' mencipta fenomena yang sama.
Kalau non-muslim pun menghargai sirah islam, kita pe 'cher' buat tak tahu je???







# DABANG #
mean ' Fearless '


Aku pun tak tahu apa kelebihan cerita ni yang menyebabkan filem ini memenangi Best Story and Best Film of Indian Film Fare  Awards.Watak polis berani mati oleh ' Salman Khan ' boleh tahan . Susah nak percaya kewujudan polis seperti si Dabangg ini. Try to watch it.Robinhood Pandey!






# RA-ONE #
Filem ini merupakan buah tangan untuk pencinta-pencinta games..
Kalau Shah Rukh Khan dah berlakon, payahlah kalau cakap tak gempak kan?


Tak dinafikan kemantapan aksi filem ni, Cantiklah, dia shoot 3d images robot tu.









# LIBAS #
Malaysia vs Thailand
Aku memang suka kalau cerita melibatkan pertandingan/peperangan/persaingan
ha, aku tak gila kuasa ye..cuma nak motivasi semangat perjuangan tu..
Bak kata "simpulan bahasa baru"- chaiyok-chaiyok!1














# AKU BUKAN TOMBOY#
seriously, nak muntah tengok pengkid-pengkid dalam ni.
Ayat-ayat dia simple walaupun agak "telus", tu yang payah sikit kalau tengok dengan budak kecil...
Anyway, great performance lah Pak cik Syamsul Yusuf ooiii


apa yang kita boleh belajar kan, naluri Tomboy pun sama dengan perempuan tau.Masyarakat Malaysia tidak perlu berkompromi dalam kes-kes sejenis ni, bukan apa, Kaum Nabi Luth terus pupus dek oiii!!!!
Nau'zubillah

Fakta :
Kalau nak tukar jantina ni, nak tukar bahagian apa pun , semua boleh cuma suara sahaja tak boleh .
Hikmah lelaki ada halkum, hikmahnya perempuan suara halus menciput.
Allah is Great !





# RAYA TAK JADI#
lawak menjadi...


 cerita ni memang dah lama, tapi baru tengok semasa cuti Krismas.
Lawak bodoh semata-mata, bolehlah kalau nak meleraikan tekanan.








# OMBAK RINDU #
Filem yang hampir mencantas kecemerlangan KL Gangster diadptasi daripada novelnya Ombak Rindu..
Pelakon-pelakon memang hebat lakonannya, cuma pak cik Osman Ali harap fahamlah kita ni bukan Hollywood nak bebas buat babak * & % $# tu sesuka hati.Attention please!!!.
Bak kata kawan aku , ini dah bukan Ombak Rindu , ni dah Ombak Nafsu !!!
No wonder la filem ni orang tengok sampai berkali-kali.Bahaya  untuk muda-mudi yang kian nakal hari ini.
Harap betullah kata Datuk Yusuf Haslam kata :
"Penonton hari ini sudah pandai menilai "
Menilai kemurnian sesuatu nilai itu dengan kebersihan hati dan pemikiran ok!


Ramai tangkap leleh tengok cerita ini , tapi sorry guys, i'm not interested for this movie.
Maybe sebab tak minat baca novel cintan-cintun ni menjadi faktor aku terasa filem ini membosankan.
tapi good job dari sudut teknikal kerana membuktikan filem Melayu bukan lagi lembab seperti 
siput baru belajar berjalan.Satu je aku suka dalam filem ni, "Izzah minta kahwin sebab tak nak berzina."




# AL-HIJAB #
Pieree Andre kena banyak belajar lagi
seram? kalau tanya aku memang aku jawab seram.
Cuma ada satu part yang amat boleh dipuji.
Jalan cerita ni cantik dan menarik.


Cuma ending dia buat kita cakap begini :
"hah, tu je cerita dia,Aku baru nak feeling!"
hahaha...tetap rasa Karak filem seram paling bermesej !









selamat berjaya semua..
semoga Allah memanjangkan usia kita dengan limpahan keberkatan dan maghfiroh-Nya
amin...

Comments

Post a Comment