coretan budak PLKN

Cuti diberi oleh kerajaan 6 hari..
desakan sekeliling memaksa saya bercerita tentang plkn..
Apa yang perlu diceritakan?

******************************************************************

Ada seorang dormmate aku nikan dia Hindu..kirannya dia Indialah..
dia kawan baik dengan seorang budak Cina beragama Buddha..
tapi bila kelas kerohanian. dua-dua orang ni lari masuk kelas agama Kristian
you know why?
The Indian girl tadi tak berapa fasih sangat cakap tamil, So dia tak faham sangat
samalah dengan the chineese girl tu pun tak fasih mandarin..
Kedua-dua mereka fasih bahasa Inggeris, so, tulah mereka masuk kelas Kristian kerana
di kelas kristian guna bahasa Inggeris..

mereka kata tak apa..kalau kena nyanyi ke mereka akan miming saja sebab 
takut tertukar agama..kelakarkan?
boleh pula camtu?

someone ask: "agak-agak kalau budak Melayu tak fasih cakap Melayu , boleh tak pindah kelas lain?"
I answered : " Itu sudah kes serius dan amat bahaya!"
: )  : )  :)  : )  

**********************************************************************

Kelas pembinaan karakter ni ada dua modul .
Masa nak pindah dari modul 1 ke modul 2 kan,..sedih sebab aku sangat sayangkan group modul satu tu !!!
nama kumpulan tu 94 g...aku main sebut je taksangka semua orang terima..haisy..
setiap yg kena mengena dengan 94 g amat bermakna !

dan masuk modul 2 amat terseksa..
tak seronok..tapi kumpulan aku baik-baik je..
hari last modul 2 baru aku rasa kumpulan modul2 aku ni best..haisyy teruknnya..

********************************************************************

Masa nak pindah ke modul 2 tu..kmpulan modul 1 aku mintalah fb masing-masing..
then dalam kumpulan aku ada seorang ni orang Asli..
aku tersentap dia cakap begini ; " maaflah, aku memang tak faham apa yang korang cakap..
apa benda tu internet..aku memang tak tahu apa-apa"
semua terdiam....
tak sangka kan ada juga orang tak tahu..tapi kesian..
tapi semngat dia ajak semua orang pergi kampung dia..
setiap orang ada sisi kehidpan masing-masing..

*****************************************************************

Masa modul 1 kan adalah main partner..cerita dan kongsikan pandangan..dengan orang tulah..
then kelakar bila ada seorang budak cina ni, lelaki dia cerita mak dia paksa dia kahwin..
lepas habis plkn tau !
tak sangka juga masih wujud situasi begini..

****************************************************************

Ada seorang budak Cina lain pula, dia pandai baca surah Al-Fatihah dengan lancarnnya.
tapi dia ingat sampai malikiyaumiddin je...
dia cakap masa sekolah, dia rapat dengan budak Melayu..tu yang dia tahu tu..

*****************************************************************

For sure dalam kalangan budak-budak plkn ni ramai yang bercouple..
bila someone jawab, "aku tak couple ,,aku single je"
mesti jawapan dia begini, " ouh kau kan budak sekolah agama, tak baik kalau kau couple"

couple tu haram untuk budak sekolah agama je ye? bukan untuk semua orang islam?
sendiri tanya iman..

by the way, aku fikir camni : betapa budak sekolah agama ni dipandang setiap perkara yang dibuat..

*************************************************************

nilah komaden kem aku : Wan Zarihan Wan Ismail (TLDM)

***********************************************************

ada seorang budak non-muslim ni jumpa aku pastu dia cakap camni;
"hai, nice to meet you! " sambil hulur tangan nak salam..
aku terkejut sampai termarah budak tu..
then budak tu merajuk..alahai menyampahnnya aku dalam situasi ni..
then jumpa dia balik dan terangkan dalam agama islam ni tak boleh..
lepas itu dia faham..dan dia amat takut kalau jumpa aku..
tapi kelakar sebab bila dia nampak budak Melayu rapat-rapat
sesama bukan mahram ..dia akan tegur!!!
*******************************************************************
cerita tentang budak couple lagi, ada seorang kawan aku ni mengadu dengan aku,
cakaplah dia nak clash dengan pakwe dia..

"isy, aku tak tahanlah tengok budak-budak lelaki kat plkn ni.."
aku senyum je..baguslah dia nak clash kan..
tapi niat dia buat aku sedih sebab...
"begitu mudah cinta diberi dan dilupakan...."
then, sebelum balik hari tu, dia ada tunjuk satu mesej dari pakwe dia tu..berbunyi :
" ayang nape cakap camtue? tak sihat ke? ada yang tak kena?..tapi b nak ayang tahu betapa b tak 
pernah bosan dengan ayang..b kadang-kadang risau juga ayang kat sana.."
aku tau mesti ada yang gelakkan..??
let's share a fact dari kawan saya di  fb:
Fakta :

Orang dulu-dulu memang penyabar,

jangankan FB, sms pun takda..

kena tunggu berhari-hari baru dapat surat balasan...

tapi,

percintaan dorang kekal hingga akhir hayat..

orang sekarang?

sejam tak reply sms dah nak putus~~ 



*********************************************************

suatu hari tu, ada buat ujian blit test,,aku pun tak sure namannya apa.beat test ke atau blit test

tapi masa sekolah dulu, namannya fitness test ataupun ujian litar.

ujian ni kena lari-lari..ikut masa tertentu..makin lama makin laju.
.
masa budak lelaki nak lari, ada seorang budak Cina ni dia lipat seluar dia sampai jadi macam shorts.

maybe dia tak selesa berlari dengan seluar panjang dan dah terbiasa dengan seluar pendek .

tiba-tiba ada seorang Cikgu India ni tegur :

" hey, wira turunkan ! tarak tau ka itu lutut  aurat tau !"

budak -budak perempuan Melayu yang ada di tepi , semua gelak je..

tau pula cikgu ni tentang aurat..


***************************************************************



Ada seorang girl ni comel.dia chineese..then suatu hari budak-budak Melayu saja pakaikan dia tudung..

dia pun nak je. memang cantiklah dia pakai tudung...semua orang puji lawa...

tiba-tiba dia cakap begini; " you have to proud for this special cloth you will be nice wearing it."


(Allah tahu yang terbaik)


*********************************************************

Walaupun PLKN ni ada macam-macam...tapi aku sangat bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang baik..

kawan-kawan yang selalu ajak pergi Solat Dhuha

kawan-kawan yang selalu tolong aku..

hhhmmmm terima kasih sangat : )

alhamdulillah.........


..
******************************************************************

setiap hari Jumaat kan semua orang India yang beragama Hindu akan pergi ke kuil..

tapi ada seorang indian girl ni tak pergi kuil.then, aku tanyalah dia, 

" nape you tak pergi kuil?"

"ouh, my parents tak bagi sebab yelah..risaukan keselamatan.."

"eh, tak apa ke you tak pergi jumpa tuhan you ?"

"eh, tak apa BUKAN KE TUHAN ADA DALAM HATI SEMUA ORANG?"

exactly right kan??

Allah sentiasa ada!

********************************************************


mood :
rindu 94 gee ok!






Jadual harian PLKN :

5.00 pagi : Bangun !
pengumuman akan dibuat : 
" perhatian kepada wira dan wirawati, bangun..bangun..bangun.."
budak lelaki selalu cerita mereka kena simbah air setiap kali bangun pagi..perempuan tak adalah tapi cikgu ketuk pintu kalau boleh "kuat lagi!"

5.45 pagi : berbaris untuk ke surau bagi menunaikan Solat Subuh
(waktu nilah semua tidur di kerusi..tidur berdiri pun ada tau!)

6.00 pagi : Solat Subuh BERJEMAAH
( solat Subuh memang semua orang 'khusyuk' kan ?..nam pula Imam tu baca amat perlahan ....)

6.30 pagi : baris dan BERLARI ke padang kawad.
lari ye bukan jalan..tapi best lari di bawah langit yang gelap..
then, dah nama pun padang kawad, kenalah kawad kan..
kemudian buat senaman, tak kisahlah senaman apa..
senam seni ke, aerobik ke, atau apa-apalah..

7.30 pagi : sarapan pagi.
mesti ada telur rebus.

8.30 pagi: baris ikut kompeni..check kekuatan..dan..dengarlah apa-apa maklumat..

9.00 pagi : masuk ke kelas pembinaan karakter atau Character Building ..
memang terasa seperti budak darjah satu tapi kalau kita fikir balik..
nak bina karakter seseorang bukan mudah..

10.30 pagi : rehat minum pagi
dobi pun dibuka..
dobi FREE!!!

11.00 pagi sambung kelas

12.30 tengahari : makan tengahari + solat zohor BERJEMAAH

2.30 petang : Aktiviti fizikal
masa nilah kawad, sukan kreativiti atau apa-apalah..

4.30 petang : minum petang + solat Asar berjemaah

5.30 petang : sukan/ riadah
khamis je ada Mentor Mentee

6.30 petang makan malam

7.30 petang : berbaris untuk ke surau bagi menunaikan solat Maghrib Berjemaah
then, sambunglah aktiviti surau..sampai solat Isyak

9.00 malam : berbaris..
rabu dan Khamis ada kelas kerohanian..
dia akan pecahkan ikut agama.
siapa tak ada agama tak ada kelaslah..
yang disediakan cuma Islam, Buddha, Hindu dan Kristian

10.00/10.30 malam : Minum malam

11.00 malam: menyanyi lagu 1 Malaysia dan gayannya..
(lain kali cuba  dodikan anak masing-masing dengan lagu 1 Malaysia ni.... : ()

ok lepas tu tidur..



kembali semula ke penjara esok..
dengan bas di atas..

wassalam..

Comments