taare zameen per -awesome movie

 assalamualaikum w.b.t

sekolah sudah tamat..
bolehlah dah kalau nak belajar buat ketupat !


satu malam tak tidur melayan cerita taare zameen per !
memang pergh ar!
taare zameen per bermaksud "twinkling like a star"
every child is special.

cerita ni dah keluar lama dah..ntah kenapa pula da 'orang' ni lambat ...
tahun 2006 dah masuk wayang !
aku baru tengok tahun ini 2011 !
keluar waktu aku UPSR....menonton buat pertama kalinnya waktu habis SPM!

Fakta menarikkkan?


Let's talk about the Film.....



Really love Ishaan right?
Ishaan merupakan watak utama cerita ini..bak kata bijak pandai melayu kiranya Ishaan ialah nadi kepada cerita ini,,lakonan hebat penuh beremosi oleh Darsheel Safary.
budak ni memang layak pun kalau dipanggil aktor kanak-kanak terbaik..
muka innocent dia memang nak minta simpati dari mula cerita sampai habis.
Ishaan seolah-olah akan memanggil-manngil anda untuk mendengar cerita dia..


"I could see he really needs help! How could  I leave him?"

alamak terhafal skrip?




It's really hard for a nine years old boy to understand something different about his life!
Ishaan ni  tak boleh baca,tulis dan pelbagai lagi..
itulah yang dinamakan  penyakit dylexia....
boleh tahan dahsyatnya penyakit dylexia...
pesakit mentafsir sudut pantulan dengan lebih pantas.
contohnya nak butangkan baju pun tak boleh sebab dia tak dapat membezakan dengan baik.
nak pakai tali kasut pun tak boleh
dia tak boleh mendengar arahan dengan baik,.
Kirannya perkataan a-p-p-l-e dia takkan boleh baca sebagai apple,
tapi dia kena terbalikkan BENTUK huruf tu baru boleh baca.

hhmmm , tak boleh pula nak buat contoh sebab keyboard ni tak ada yang huruf boleh terbalik !
tak faham?
pergi tengok sendirilah !




Seriously, watak dan pembawaan mesej dibawa dengan baik dan digarap kemas oleh watak cikgu Shankar Nikumbt (Aamir Khan ) dan watak Ishaan Aswasthi ( Darsheel ).Filem yang berdurasi sekitar 2 jam 30 minit ini  betul-betul akan buat kita rasa betapa susahnnya hidup Ishaan tu dengan penyakit dia.Hari-hari kena halau keluar kelas, kena denda,semua orang cakap dia bodoh, malas tak berguna dan seribu satu macam perkataan lain lagi. Periksa je semua paper akan dapat gagal.Tapi satu je dunia Ishaan ni dia sangat pandai melukis,

Dalam filem ni, lukisan dia betul-betul cantik..tak tipu ok!



Ishaan have the best mother! mak dia sentiasa menyayangi dia.
Cerita penuh air mata ni sebenarnnya turut dipengaruhi watak mak Ishaan yang sangat memahami anaknnya.
Mum do understand her children right?

sedih sangat masa Ishaan dihantar ke Boarding School tu..
dia memang tak boleh berpisah dengan mak dia.
"Mum did you know I scared to dark? "
Best part, Ishaan menangis dalam tandas.Syahdu...


Selepas dihantar ke Boarding school Ishaan bagaikan mati seluruh kebolehannya.
bukan setakat belajar ,buku dan alphabet dianggap sebagai punishment
Ishaan juga dah tak boleh melukis lagi.

Wah, nanti sangat seronok melihat Cikgu Nikumbt yang tolong dia.
Anda patut tengok bagaimana cikgu Nikumbt tolong Ishaan!
kerana mungkin nanti kita juga perlu membantu insan-insan seperti Ishaan kan?

cikgu ni really sporting .Mula -mula dia masuk kelas..kelas yang bagaikan sekolah SBP tuh dengan moto "Discipline.........and apa ntah" bertukar jadi concert show kut.
tak percaya? tengok ni ...BUM BUM BOLE


ha yang bercakap dengan Ishaan tu abang dia, Yohan!
Abang dia memang top student la.
"We couln't believe he is Yohan's brother!. How could he is so different? "

tapi abang dia memang baik la.sayang sangat dengan adik dia!



Ini lukisan Ishaan yang buat semua orang respect pada dia.
kenapa?
tengoklah sendiri.


Ini lukisan Cikgu Nikumbt.Dia lukis gambar Ishaan !
Then cerita ini diakhiri dengan babak yang sangat menyentuh hati.

ouh ya..Ishaan dada kawan nama Rajan dan dia sangat baik.


Best babak !

Yes Ishaan betul-betul dah berjumpa dengan diri dia.
Thanks Cikgu Nikumbt! 
filem ini memang membuka hati kita untuk memahami dan saling menerima.
Caring carry you to live better !



Great job Aamir Khan as a director.
No wonder la cerita ni tercalon dalam Oscar Award !
Lelaki ni memang perfect hasil kerja dia sebagai pelakon dalam filem ini +3 idiot sekali !






P/s : suka tengok lelaki suka +pandai jaga +penyanyang dengan budak - budak.
saya tanya 10 orang kawan perempuan yang lain dan mereka kata:
We agree it hundret percent!
see it guys?




watch it!
tontonlah sesuatu yng memeri anda pengajaran yang bermakna.


Comments