kami dah berdamai!
tarikh keramat hanya menunggu 18 hari..
namun hidup seperti biasa , ada sendu dan sendawanya..
setuju???
wajah -wajah yang telah berdamai setelah menjalankan pendamaian !
huhu ...

baju oren: kita kena selidik!
baju ungu: fine< segalanya makin keliru..
baju oren : harus ada persefahaman
baju ungu : bila harus ia berlaku?
baju oren : jangan pentingkan diri..
baju ungu :ego juga harus ditundukkan
baju oren : siapa yang bersalah?
baju ungu: siapa?
baju oren : aku tak faham apa nak jadi
baju ungu: aku pun tak faham apa yang berlaku
so??
baju oren : berfikir sebelum bertindak!
baju ungu: so????
jamuan dorm 2011 haru -biru...
semua orang keliru,
exco pun diburu?
mereka cemburu?
aku pun dah jadi"biru"?

26.10.11
9.00 malam
surau aspuri terkini
hehehe....
majlis pendamaian 94 gee...
semua meluahkan apa yang terbuku,
ada juga yang datang bawa buku,
salah masing-masing semua mengaku,
tak ada lagi cakar-cakar guna kuku.
(ayat di atas sekadar hiperbola)
sukar diterangkan situasi ini..
biarlah rahsia...
yeah!!! seekor demi seekor syaitonnirrojim tergolek-golek kepanasan,
syaitan pun "menangis tersedu-sedan" tau melihat situasi syahdu ini..
kita tak nak kawanlah syaitan!!!
kejujuran dan persefahaman itu penting dalam mana-mana hubungan.
katakanlah yang benar walaupun pahit!!!
habis madu , sepah dibuah ?
mana ada, mana ada, mana boleh buang sepah..
sepah johan maharaja lawak aw!!!
habis pahit, masam dibuang, manis dikutip, tawar dijilat..
boleh tak saya nak jadi pelapis A. Samad Said ???
ready?
ready?
ambil saja!!!
kegembiraan pada suatu malam jumaat
penduduk Serdang yang bersatu -padu
penduduk Ampang yang muhibbah..
1 Malaysia tak??

'bersatu kita teguh,bercerai kita roboh'
'ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni'
'hati kuman sama dicecah,hati gajah sama dilapah'
'bagai aur dan tebing'
jangan ada lagi 'musuh dalam selimut ' ataupun 'seperti gunting di hujung' sesama kita
kalau takut 'dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai"
sesama kawan kenalah berhati-hati 'seperti menarik rambut dalam tepung'
barulah semua ' berdiri sama tinggi,duduk sama rendah'
tak gitu 'Karam"???
(ambil,ambil buat isi karangan ye?)
dirawat mana yang berkudis,
moga sembuh mana yang terhiris,
doa dibaca penyeri majlis,
didoakan kita menjadi yang solehah wahai si gadis-gadis,
kami wirawati-wirawati negaralah..
PLKN untuk kami!!

ending with:
doa rabithah
hati-hati ini telah bersatu ,berkumpul di perut bumi-Mu
hati ini telah bersatu, memikul beban dakwah-Mu,
hati ini telah mengikat setia
untuk mendaulat ,untuk menyokong syariat-Mu
di alam maya,
maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada,
tunjukkanlah jalan yang benar,
kekalkan dengan cahaya-Mu,
tiada malap terangi alam-Mu
hidup suburkanlah dengan makrifat-Mu,
tapi jika ingin matikannya,
matikanlah sebagai syuhada',
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia
amin..
ini kisah budak-budak?
anda pun pernah menjadi seorang budakkan?
inilah dia children phase...
nak masuk adult phase dah ni!!!!
wah, alhamdulillah :)
ReplyDeleteterima kasih allah kerana mempermudahkan segalanya.
kiranya, semua da jadi adult la kan? haha
>>afifah..insyaAllah..huhu rindu doe infant phase!
ReplyDeleteSeronok tgk 94 gee dah berdamai...
ReplyDelete