kutemukan Muhammad Adam ...
hospital Serdang?
buat apa di sini...
jawapan: nak lawat ustaz Hasmuri...
Hospital Serdang, wad 7a ,katil 20
pergilah lawat...
sedih betul tengok ustaz.Dulu kita semua selalu mendengar kata-kata nasihat +lawak jenaka ustaz yang sentiasa menjadi..tapi time pergi lawat ustaz di hospital serdang baru-baru ini..
: ( : ( : ( it's so sad..mata ustaz kuning,kulit ustaz nampak gelap, tangan sentiasa pegang tasbih..
first impression ustaz bila tengok anak-anak murid dia datang ramai-ramai dengan penuh bergaya memakai baju asrama ..( tolonglah akui ia baju batik yg cantik ?)..
first impresion ustaz senyum walaupun sedang sakit.
ustaz tanya: datang naik apa?
anak2 murid: naik bas ramai-ramai ustaz...
isteri ustaz: masyaAllah..
ustaz: terima kasih: + : )
then yang lain sembang-sembang dengan ustaz..
semua banyak isteri ustaz yang tolong jawabkan...tapi ustaz still layan dengan mesra walaupun tak larat..ustaz banyak tanya, ;
" asrama camana?"
"surau baik atau tidak?"
"ramadhan di samten camana?"
semua dah sedih..ustaz terlalu merindui samten........................................
ustaz banyak kali panggil muaz dan izzati coz dwng exco..
ustaz tanyalah surau camana..
tiba-tiba ustaz cakap, " saya rindu terawikh di samten"
dush..dush ramai yang nangis sebab ustaz meluahkan segala kerinduan dia..
aku dan aini J lari pergi bawah beli sesuatu utk ustaz..
hasilnya": sekuntum bunga ros hidup..kad ucapan sampai 2 ...sebakul buah-buahan..
ramai sign atas kad dan wish ustaz cepat sembuh..
pastu ramai-ramai aminkan doa untuk ustaz.isteri ustaz cukup terharu sampai menangis.
hari tu ramai yang lawat ustaz, batch students 2001, 2004, 2009 trmsuk ktwng 2011
cikgu pun ramai ,
cikgu Mohmad(mmng naik bas sekali ngan ktwng-tq ckg sudi jd guru pengiring)
cikgu Abol ( patutlah dia begitu baik bagi outing)
cikgu Nahari ( datang dengan spectacles hitam)
Cikgu Bahar( kan suami cikgu Nahari)
Cikgu Rafaie( datang dengan semua anak dara dy...)
cikgu2 lain ramai nak datang tapi tak sempat jumpa..
wan ajak jalan-jalan buat lawatan satu hospital tu.. mestilah aku pergi ..
mula-mula pergi tingkat 5...ktwng nak cari wad perempuan..kalau boleh nk jumpa dengn pesakit breast cancer ...time tu terpandang list kat satu whiteboard ni ada nama " siti aisyah bt abu bakar" nama tu nama kak senior tyme ktwng f2..
berdebar -debar ktwng cri katil itu..sampai-sampai jer..alhamdulillah bukan kak aisyah yg ktwng kenal tuh..sedekat mungkin ktwng tengok muka dy.. nasib baik tengah tidur..
nak dijadikan cerita jumpa seorang mak cik ini.. mak cik ni dlm lingkungan 40-50 an.terbaring atas katil.asalnya mak cik ni tengah sembang dengan kawan dia..ntah kenapa ktwng main selamba hulur tangan salam pada mak cik tu..
kemudian terjadilah babak bersembang..
makcik : daripada mana nak-anak semua?
kami: sek.agama hulu langat, batu 10 mak cik..
makcik : ouh..nape datang hospital ni ? ada buat lawatan ke?
kami: taklah mak cik ,tadi lawat ustaz ...saja jalan-jalan..
ktwng sembanglah dengan makcik tu.. makcik ni dah sakit sejak 2004..sakit kanser thyroid
,,suara mak cik ni agak slow dan bergetar..pernah buat pembedahan sekali tapi sel kanser itu tumbuh balik..kesian mak cik ni dah lama sakit ..bayangkanlah..tahun 2004 aku baru darjah 4, waktu tu baru terkedek-kedek nak belajar pecahan wajar sampai 2011ni.. bukan setakat pecahan tapi bertambah tambah sampai aku ter'A' dah matematik tambahan .. hehehe alhamdulillah..
citer punya citer akhirnya setiap yang bertemu akan berpisah..
salam dihulur minta diri untuk meneruskan lawatan mengada-ngada ni....
ktwng cakaplah ktwng doakan makcik cepat sembuh ...insya-allah..
sepanjang salam ktwng , makcik asyik sebut amin dan air mata dia mula bergenang..
sbelum mak cik itu menangis ktwng terus keluar daripa wad tuh..
silap besar : tak tanya nama makcik tu dan tak minta nombor dia..
pengajaran: hospital di malaysia kurang sebenarnya,doktor pakar pun kurang ,makcik tadi terpaksa duduk di hospital serdang kerana dia menunggu dipindahkan ke hospital Kualal Lumpur utk pmbdhan kedua. sudah 2 bulan tersadai di hospital Serdang sedangkan penyakitnya semakin teruk..

then ke wad di tingkat 3. nak cari baby kembar tapi tak ada.wad bersalin dipenuhi begitu ramai pengunjung.rancangan bertukar ke wad kanak-kanak yang sangat cantik.bintang-bintang bertaburan sana-sini.berjalan...berjalan ..tiba-tiba seorang budak kecil yang berwajah putih suci melambai-lambaikan tangan kepada ktwng.dia panggil masuk. wah, budak itu sangat comel.kesian dia sebab kena pakai alat untuk orang lelah sentiasa .muka pucat tapi sangat suka senyum dan sangat aktif.
dalam bilik dia penuh dengan kereta semua warnnya merah.bibik dia yang sedang tidur terjaga.
nama kanak-kanak ini Adam. parents dia cina masuk islam.so, Adam ada dua nama.lagi satu nama cina.
"Adam tak suka nama tu, Adam suka nama Muhammad Adam!"
dia sangat marah apabila ditanya tentang nama asalnya yang cina
umur dia 10 tahun tapi dia kata darjah 3 sebab sekolah lambat.
mana mak dan ayah Adam?
"dwng kerja, tapi nanti datang..tapi jarang datang"
sambil Adam leka bermain kereta,ktwng terlihat belon-belon di bilik Adam. Bilik Adam je rasanya ada belon.
siapa bagi Adam belon?
"semalam cikgu Adam datang, dia kata di sekolah ada tengok tv..jadi ada banyak belon..
so, cikgu bawa belon untuk Adam"
Wan acah-acah nak ambil kereta Adam. wah marah sungguh Adam.
"hei, pulang balik..kereta tu Dr Arif yang bagi Adam! dia bagi waktu birthday Adam.."
bithday Adam 4 ogos..
siapa dr. arif?
"dia tak ada sekarang.dia pergi wad lain. Nnati pukul 1 baru Dr Arif datang balik."
tapi ktwng kena pergi..tak dapatlah nak jumpa Dr Arif tu.lagipun tangan Adam semakin biru. Muka dia pucat.Ktwng nak pergi dulu sebab Adam sangat hyper bermain dengan ktwng dan itu yang akan buat dia penat.tata Adam..
sampai samten semua orang rindukan Adam.

sedar atau tidak bila sakit baru kita merintih panggil Allah. Allah sebenarnya rindukan rintihan hambaNya.
sepanjang berjalan satu hospital ,kebanyakkan pesakit keseorangan tidak ditemani sesiapa.
sedihnya tengok orang sakit dibiarkan seorang diri tapi nak buat apa...mungkin ahli keluarga sibuk.tapi satu yang gak sukar untuk aku terima..dan mengejutkan aku..
kebanyakkan kanak-kanak di hospital itu dijaga oleh pembantu rumah bukan ibu mereka atas alasan kerjaya..hat do you think?
time ni ktwng terfikirlah juga..
memang betul wanita ini tak digalakkan bekerja.siapa lagi nak jaga keluarga?
kenapa wanita hari ini membiarkan anak-nak mereka diasuh oleh orang lain sedangkan sebagai ibu, menjadi tanggungjawab utk dia menjaga nak dia.Tak terasa berat ke dia nak meninggalkan anak dia kepada orang lain sedangkan anak dia sakit..
seseorang daripada ktwng cakap begini, : "berdoalah semoga bila kita jadi mak nanti..anak kita akan selalu berada dalam pelukan kita...."
sentiasalah bersama Allah pada waktu senang atau susah.
kesungguhan untuk hidup perlu ada.
semua orang ada perjuangan masing-masing.
yang sakit berusaha untuk sihat,
yang kalah berusaha untuk menang,
yang gagal berusaha untuk berjaya,
yang miskin berusaha untuk kaya,
yang buruk berusaha untuk cantik,
yang lemah berusaha untuk kuat,
yang jahil berusaha untuk alim...
semua orang berusaha tapi jangan lupa Allah!
kerana:
solat-benar-benar mendekatkan hamba kepada sang Pencipta
sabar-benar-benar menguji kekutan iman.
dan percayalah...
Ya-Allah,
sembuhkanlah Ustaz Hasmuri..
sembuhkanlah makcik yang ktwng jumpa tu,
sembuhkanlah Muhammad Adam yang comel tu,
sembuhkan kami semua daripada segala penyakit zahir..
sembuhkanlah daripada penyakit hati
dan jauhkanlah kami dari keluh-kesah...
amin..
ramadhan kareem!
aku mula menghargai kasutku tatkala aku bertemu dengan orang yang merintih kerana tiada kaki...
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletepengisisan yang sangat bermanfaat utk kita semua..
(doa td..)amin..ya rabbal 'alamin..
semoga kesakitan yg diuji dpt menghapuskan dosa2 mereka yg tlh lalu..insyaallah..