3 Hari sebagai Korporat

Hari pertama :

Pasukan sekolah SAM Hulu Langat datang agak lambat.Kiranya minum pagi tak dapat nak join .(ya , itu merupakan sedikit kesedihan!)..tak apalah,asalkan dah dapat buat paper sejarah. then tiba je di hotel itu terus masuk hall dengar taklimat daripada Abang Alif tentang perjalanan pra-konvensyen.Dalam tempoh yang diberi itu semua syarikat dikehendaki menyiapkan slide persembahan yang belum siap.Memang time ni semua sekolah..fuhh!! betul-betul berbincang dan menyiapkan apa-apa yang patut.Akan tetapi..ktwng langsung buat bodoh, sembang-sembang pasal asrama n so on .cuma nisa' jer yang buat slide (dah kata itu memang kerja dia). : )

ktwang pandang kiri kanan tengok semua orang busy: lalu ktwng tertanya-tanya,"apa yang semua orang buat ? kita nak buat apa? "memang blurr sangat time tuh..melangok tak tahu nak buat apa..tapi lama-lama tu, ktwng buat -buatlah juga bincang.. ( masing-masing mula menjadi korporat) actually aku pun tak tahu korporat tu apa??? : (

WAKTU ZOHOR

Lepas makan tengah hari ingatkan dah boleh check-in bilik ( asyik tersasul cakap dorm) ,tapi bilik untuk ktwng belum ada.Maka semua pun tumpang solat di bilik cikgu Sarina. Melangkah melihat bilik, Hotel De Palma guna tilam yang tak seempuk tahun lepas punya.tapi aku tak kisah kerana di mana-mana pun mata aku tak ada masalah untuk tidur.

First lunch

PUBLIC SPEAKING

Around 2.30 pm semua dah kena masuk dewan.perkara pertama cari port depan +cari extension wayar +cri geng sebulu dari sekolah lain..ya semua selesai!!!

Mula-mula Abang Alif bagi talk ringkas tentang pengucapan awam ni.Banyal juga tip2 yang boleh dipakai.Kemudian suprising situation betul !!! sebab setiap syarikat akan diberi masa 5 minit untuk memberi peluang seorang demi seorang Ahli lembaga Pengarah untuk berkata apa-apa sahaja.. wow!! cuba anda bayangkan di dalam dewan itu lebih seratus orang yang ada dan tidak pernah kita kenali,tiba-tiba kita kena berhadapan dan bercakap di atas pentas di dalam dewan hotel yang gempak itu !!!!

Alhamdulillah samten did very well siap "ada" yang menyanyi lagi tu.Kemudian sesi menyiapkan slide diteruskan kerana semua slide persembahan akan dikutip pada petang itu.Sekali lagi samten mempromosikan diri dengan menjadi sekolah terakhir yang menghantar slide itu. sorry !Sesi pengundian pun dilakukan dan MG SDN BHD mendapat undian ke-6 ! (tak awal dan tak akhir). Malam pula ktwng berlatih sampai pukul 12.00 tengah malam.zzzzzzzz.....

HARI KEDUA:
Pagi breakfast seperti biasa..online dalam beberapa ketika..teringatkan samten yang sedang berperhimpunan..oh, apakah yang terjadi??? kemudian berlatih lagi dalam hall untuk makan itu sambil menghadap dinding yang empuk ..(malu nak pandang orang)
dua kali dah berlatih berehat terus..duduk berborak-borak bersama Abang Aqlul pasal silat, cikgu Anuar ,Hulu Langat dan produk Mono -vee yang dijual oleh Abang Aqlul.Dalam pukul 11.00 pagi pula, ktwng temu ramah Ammar yang baru habis kena interview..huhu Ammar , sangat bersyukur kau dilahirkan dengan perasaan yang suka berbangga dan memuji diri sendiri..tapi jangan riak lak der...
hampir pukul 12.00 tengah hari kitwng berlatih buat kali terakhir di ...(x tahu nk describe )
Alhamdulillah semuanya dah hampir ready..
kemudian makan tengah hari.Ya, sesungguhnya nasi itu seperti bubur dan Air anggur itu seperti air kelapa!!! tetapi pinggan tetap penuh : )

JAM 5.00 P.M
everyone dah ready..sedikit berdebar tapi excited juga..tak tipu rasa nak beku dah time tu rasa seolah-olah nak suruh matikan je air-cond dalam hall tu.tapi buat-buat rileks jer..time dalam hati " habis jer benda ini aku nak tidur dan makan puas-puas"
then kami pun dijemput..huhu maybe agak kelakar masa setting pentas tu selama 5 minit yang diberikan ,tak ada sesiapa ingat untuk ambil microphone..bahayakan sedangkan microphone itulah amat penting.huhu cuak punya pasal! Abang Aliff yang tegur "awak bercakap tak gunakan microphone ke?"Ya Allah sumpah malu !!! menjadi orang pertama yang naik ke atas pentas bersama kasut yang sangat fleksibel itu..ahamdulillah aku tidak jatuh.( kejayaan yang pertama)
then Afif Haidhar pula cakap..adalah sedikit dia gagap tapi mampu dicover dengan baik..time tu aku tengah pegang mike sebagai second speaker.
aku bayangkan je mike itu ice-cream sebab time tu lapar sangat!maklumlah tak berapa selera sebelum itu.kemudian aku pun cakap..mula-mula aku geram juga sebab semalam masa latihan mike tu kuat sangat ,tiba-tiba waktu ini mike tu rasa perlahan sangat "kerana itu mike disalahkan? "kepada bakal menyertai pra-konvensyen akan datang, lain kali tukar bateri mike!!
ok jelah masa aku cakap (ceh,angkat bakul sendiri)tapi time gaji aku belasah ayat sendiri kerana lupa! kemudian Abdullah Fahim,Nurul Nabihah dan Afifah Toklubok berkata-kata. : )
perasaan dwng aku tak tahu la ,kalau nak tahu tanyalah sendiri.
Sepanjang atas pentas itu, muka juri senyum-senyum ,gelakkan ktwng.Aku pun tak tahu apa yang kelakar.mungkin ktwng macam kuda belang @ nyamuk aedes sikit sebab hitam putih..
sesi soal jwab dengan juri memang kelakar sebab ktwng orang pertama buat lawak bodoh atas pentas itu.( satu tatacara korporat sudah dilanggar)


Bergambar setelah selesai.

Seronok sangat lepas dah habis buat tu.Banyak daripada sekolah lain termasuk cikgu dwng wish tahniah dan cakap ktwng punya best.Juri pun senyum . Tapi ada juga sekolah yang rasa tercabar dan macam nak makan ktwng.Cikgu Sarina menangis sebab tak sangka ktwng buat sehebat ini.Abang Alif pun tak sangka first time masuk ktwng mampu buat sebaik ini.Yeah Alhamdulillah semua ni urusan Allah.Dinner petang itu amat sedap !!!

malam pula aktiviti pembentangan diteruskan oleh sekolah yang memang top.SMK Jalan Kebun, SMK Batang Kali dan banyak lagi.

HARI KETIGA

rasanya yang seronok sebab dapat borak dan tangkap gambar dengan sekolah lain.Lepas itu, tahun ni kena puji sebab persaingan hebat dan lagi seronok duit kemenangan akan digandakan.

Singgah rumah Beeha, mak dia masak sedap.Kek Batik lah paling best........samapi di samten seronok sangat walaupun semua tengah main explorace tapi still layan ktwng.


terima kasih semua yang menyokong:
parents,friends and special dedicated to Puan Sarina and MG.Sdn Bhd!
Hari Ahad tak dapat nak join Menara Gading sebab penat sangat.Lepas itu, tengok MAGIKA dan asrama itu dah macam rumah sewa sendiri.!!!
Kesimpulannya suka dunia korporat :
sebab mewah,
makan sedap.
masyarakat bersopan dan amat mesra..
Kesimpulan tak suka dunia korporat :
sebab kena ikut protokol,
kena ikut time,
makan pakai sudu dan garfu,
rimas pakai blazer,...
P/s Tahniah kepada mereka yang telah menjayakan Program Menara Gading dan tontonlah filem Magika kerana filem tu memang best!!!!


Comments

  1. congrates tuk korg sme krane berjaya mmbggakan skolah kita..

    smoga pncpaian ini boleh dicontohi dan dteruskan lg..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. wow..tahniahlaa korunk..
    harumkn nma SAMTEN..
    mnjd korporat 3 hari..haha
    taper2..blatih cane nk jd ahli2 korporat..
    truskn usaha jd usahawan yg bjaye...
    insyaAllah...

    ReplyDelete

Post a Comment