Pernahkah anda menggunakan perkataan Arab seperti "ana","anti","anta","antum" semasa berkomunikasi dengan sesiapa?
Anda sudah terbiasa menggunakannya?
jawapan saya:
"saya tidak menggunakannya!"
"tak selesa sesiapa menggunakannya dengan saya"
"jangan paksa saya menggunakannya!"
Kenapa kita kena guna semua tu?
Entah kenapa dan apa yang menyeru aku untuk tberfikir sekejap mengenai perkara ini..
Maybe,sejak akhir-akhir ini aku asyik didesak dengan suasana tertentu ..
Seorang buddy aku di Tagged.com,hmm dia ni agak "nakal " sikit bab menyoal aku macam-macam..pernah sekali tu dia cakap camni:
"aku peliklah kenapa kau tak guna yang 'ana,anta,anti' tu ?bukan ke semua budak sekolah
agama kena guna..?"
"aku kena guna?kalau aku guna, ko faham ke?"
"x payah guna nanti aku rasa takut nak cakap ngan kau.."
...............................
Aku tak rasa pun dengan guna perkataan-perkataan tu semua aku akn dilihat macam pontianak,
cuma aku tak suka guna sebab:
Aku sebenarnya agak tak suka sebab aku selalu berjumpa orang yang menggunakan 'ana,anta,anti...' ni yang tak menunjukkan contoh yang baik.Berapi-api cakap suruh gunakan bahasa arab dalam pertuturan tapi ..tak jaga solat..menggatal sana-sini..suka kutuk orang dan ....t_t
jadi salah ke aku buat konklusi yang orang begini hanya nak tunjuk baik je guna bahasa arab..?
ada seorang hamba Allah ni pernah suruh aku gunakan benda ni dengan alasan kalau kita guna perkataan-perkataan begini , akan tercapailah seperti yang disarankan dalam hubungan islam iaitu,ukhuwwah fillah.Kita akan lebih mudah nak berdakwah pada orang lain,dapat menunjukkan peribadi muslim..dan boleh merapatkan jurang pelajar sekolah agama dengan bukan sekolah agama.
aku tak rasa macam tu, sebab bila kita guna ana,anti ,anta, antum ni orang sebenarnya takut
dengan kita..lagi-lagi kalau orang tak faham apa maksud perkataan tu.Aku pernah cuba tanya pada kawan-kawan aku....dan mereka kata mereka rasa rendah diri kalau wujudnya perkataan ini dalam komunikasi..Kalau orang takut dengan kita,apa yang nak didakwahkan?
bukankah kita kena mendekati dan memahami cara seseorang sebelum kita menasihati mereka?
Ukhuwwah fillah apa kalau perkataan hanya dijadikan sandaran untuk nak orang kata
"you are a good muslim" rasanya ustaz-ustazah kalau ceramah hanya guna'saya,awak,kamu' dah memadai untuk buat orang mendengar apa yang nak disampaikan.Tanpa guna perkataan tertentu je peribadi muslim dapat ditunjukkan..so,apa nak risau???
"kita kena guna ana,anta,anti ni supaya lebih nampak bi'ah islam"
kenapa?
"kita kena guna sebab nampak sopan dan lebih terjaga kalau bercakap dengan lelaki.."
ye ke?pada aku dengan menggunakan "aku dan kau"lebih terjaga..
tapi dalam aku tak suka ni entah kenapa aku rasa marah pula bila ada yang berkata begini
kalau kita guna istilah arab ni,seolah-olah :
"terima kasih kerana semakin merojakkan bahasa Melayu"
tak payah nak guna istilah ana,anta,anti,antum kalau cuma nak tunjuk baik .Jadilah diri sendiri dan pastikan faham fungsi dan kepentingannya.Paling penting,tak payah nak paksa orang lain untuk menggunakannya.
anyway tak adil bukan kalau aku tak cari jawapan ...Here are some responds
"Bahasa Arabkan bahasa al-Quran kalu kita sebut satu huruf pun akan dapat 10 kebajikan,jadi kalau guna ana,anta,anti dalam seharian ..banyak kebajikan yang kita dapat,free je nak dapat pahala"
"Nabi pun guna bahasa Arab,salahkah kita ikut sunnah nabi"
"bahasa arab ni bahasa perpaduan umat islam.Bayangkan satu dunia membaca al -quran dengan satu bahasa.Lagipun bahasa arab bukan untuk orang arab je"
"Allah panggil hambanya dengan panggilan yang elok,dengan menggunakan ana.anta.anti ni kan nampak lebih sopan bila becakap dengan orang"
"Kalau kita guna ana,anta,anti ni ketika dengan berlainan jantina akan namapak lebih proper dan terbatas sebab kita akn rasa suasana islam"
"kalau dah guna ana,anta,anti ni,pastu nak mencarut atau mengutuk orang macam buruk dan pelik jer"
"kalau orang barat bangga guna 'I' dan 'you', kenapa kita tak bangga guna 'ana,anta'anti'?"

tapi aku tetap selesa untuk terus guna'aku,kau,saya,awak'.but,kalau ada kawan-kawan aku yang gunakan istilah-istilah ni ketika bercakap denngan ku,sejujurnya aku rasa janggal tapi layan je.Dan janganlah mengharap untuk aku pun menggunakannya.hmm,rasa tak kuat lagi nak guna.
Kalau aku punya artikel kali ni buat sesiapa rasa tak selesa,sorry!!! tahniah kepada yang telah menggunakannya!!!
sekian dari yang nak jadi diri sendiri. : )
p/s-mohon pandangan others juga!
mungkin sbb kat skolah kita x dibiasakan utk gne ana, anti, anta even kte ni skola agama.
ReplyDeletesbb tu rse janggal ble gne prktaan tu.
tapi en, xkanlah islam tu hanya digambarkn melalui panggilan mcm tu je kan??
banyak lg cara laen utk kita tunjukkan ciri2 islam yg baik.
so terpulang kpd individu sndiri.
klau rsa slesa dgn pnggilan arab tu, go on..
xde slahnye pun..
hurm..
ReplyDeletebtol guck..
buat ape nk paksa2 ni..
rimas..
ikot individu masing2 r..=]
haha, terbit jugak post ni.
ReplyDeleteerm, bg kte, better gne bahasa arab sume.
lg sedap. hee.
islam uh menyeluruh, byk ag cre leh kte tunjuk kt orang len. btol gak, org tkut nk ckp dgn kte.
tp terserah kat individu masing2. :)
benda yang tak biasa... memang rasa janggal.....
ReplyDeletetapi kalau kita individu muslim yang tak mulakan dulu siapa lagi yang nak mulakan...
kalau kita tak agungkan bahasa al-quran siapa lagi yang nak agungkan
bila dah guna perkataan baik2....
adab dan tata juga boleh kita jaga...
kita boleh start dari sini untuk baiki keadaan dan tanggapan orang lain terhadap agama kita... kita sendirilah yang kena mulakan dulu....
dari segi percakapan, perbuatan dan pemikiran....
moga apa yang kita pelihara ini akan bercambah dari masa ke semasa....
moga tanggapan pura2 baik, nak menunjuk, dan macam2 lagi tidak wujud lagi di muka bumi ini...kerana apa.... kerana dunia yang kita tinggal ini mendapat rahmat islam.... insyaALLAH....
dari ana yang masih berteteh untuk menjadi lebih baik kerana ana tidak pernah impikan untuk menjadi sempurna...
sama-sama kita meuju kebaikan-...insya-Allah
DeleteLebih elok kalau pakai ana, anta, inti ni semua. Manis je didengar :)
ReplyDeleteterpulang pada individu..
Deletebanggakan ana, enti, antum menunjukkan kita selangkah menegakkan agama arab sebagai bahsa komunikasi kedua kite..alhamdulillah..
ReplyDeletesetuju..
Delete