Akhirnya aku tahu aku kalah....




"Oh Tuhan yang Maha Penyayang,
leraikanlah aku dari keluh kesah,
yang membelenggu jiwa dan fikiran,
ditambah dengan hasutan syaitan"
manusia selalu menurut kata hati,
kata hati tak semesti betul,
kadang tersilap antara amarah dan naluri,
kata orang ikut hati mati,
tapi,
dengan hati kita menjadi diri sendiri...

Aku selalu ingat,
jalan setiap manusia itu sama,hati pun lain-lain,
aku tak perlu ikut yang lain,
jadi diri sendiri sudah...
bagi aku manusia itu bebas melakar kisahnya,
aku tak perlu menoleh pada apa-apa yang tak ada kaitan,
biarlah aku dengan dunia sendiri...



aku akui aku ada segalanya,
jarang aku rasa susah dan sunyi,
kecukupan membuatkan aku hanya melakukan pandangan biasa,
biarlah orang denagn cara orang,
tak penting bagi aku,
aku ikut rasa sendiri,



tapi sampai masanya aku rasa ada sesuatu yang aku lupa...
aku terasa satu-persatu yang cukup itu hilang,
aku berasa aku terlalu lemah dengan menjadi diri sendiri,
aku rasa aku terlalu kerdil dan hina,
siapa aku untuk mereka,
aku terasa diri tak berguna....




sejujurnya aku tak pandai menjadi yang lain,
amat sukar untuk aku memahami orang lain,
apatah lagi menyayangi dan menghargai,
"Oh tuhan kucinta dia,
berikanlah aku hidup,
takkan kusakiti dia,
hukum aku bila terjadi.."

Buat Umi dan ayah,

kaklong selalu rasa akan jadi yang lebih baik,kaklong selalu rasa kaklong mampu buat semua benda sendiri,tak payah nak tolong-tolong kaklong,masa untuk diri sendiri itu akan lebih bermakna,tapi bila fikir-fikir,kaklong makin jauh dengan umi ...ayah,baru kaklong faham kenapa umi tanya kaklong masa amek result hari tu,,"orang lain peluk anak dia tak kalau yang dapat 9A?"aku selamba je jawab,"ntah, ada yang peluk ada yang biasa je.."tapi lama tu baru kaklong faham umi rasa anak umi jauh dari umi,baru kaklong faham kenapa umi marah sangat kalau kaklong lambat telefon umi...






"
aku tak mudah untuk mencintai,

aku tak mudah mengaku kucinta,

aku tak mudah mengatakan....

aku jatuh cinta"

Buat semua yang pernah menganggap aku sahabatnya...

aku ni cepat rasa rendah diri kalau kawan dengan orang..

aku selalu rasa aku tak boleh rapat dengan sesiapa pun,

kadang-kadang kalau ada orang nak kawan dengan aku,

aku selalu cakap pada diri aku,

apalah yang ada pada aku,

dan nak je aku tanya pada orang tu,

kenapa dia tak cari orang lain je,

kenapalah dia baik sangat nak terima orang yang kasar macam aku,

lagi-lagilah kalau orang tu jenis yang lembut,

aku rasa malu......sangat...

aku selalu lupa birthday orang..

tau kenapa?

aku lemahlah kalau ingat birthday orang,

aku sebak bila fikir kenapa makhluk yang Allah jadikan pada hari ni,

sudi jadi kawan aku..mesti aku teringat balik camne aku boleh kenal ngan dia...

cuba bayangkan kawan aku ramai..

kalau aku ingat besday semua mesti hari-hari aku nangis...





tapi aku selalu ingat,

aku tak dihargai oleh semua kawan-kawan aku,
tapi bila fikir -fikir kawan-kawan aku yang selalu buat aku nangis,
kadang-kadang aku terfikir,
kenapa aku mesti nangis sebab kawan aku??,
sebab umi ngan ayah??
padahal aku bukannya reti nak menghargai apa-apa pun..
satu persatu yang pernah menganggap aku sahabatnya pergi,
aku fikir biasa je,
kawan lama pergi,cari kawan baru...
tapi aku tak tahu kenapa aku menangis lagi...
makin senang. aku nangis.....
tiba-tiba aku rasa takut..
aku akan hilang semua orang....
baru aku faham kenapa seorang insan pernah berdoa...
sewaktu solat jemaah ngan aku...
insan tu minta sangat Allah tak pisahkan dia dengan semua sahabat dia..
dia bertanya dalam doa dia.."siapa lagi yang nak kawan dengan aku?"
tiba-tiba aku rasa sunyi sangat kalau aku hidup tanpa sahabat...
baru aku tahu menangis tu buat aku rasa dekat dengan kawan aku,
baru aku tahu kenapa Allah bagi aku ramai kawan,sahabat,teman...
akhirnya aku tahu...
semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku,
yang selalu buat aku nangis,ketawa,marah..adalah penyeri hidup aku..
akhirnya aku tahu aku ada sifat penyayang..
aku boleh faham semua orang..
aku tahu AKU SAYANG SEMUA KAWAN-KAWAN AKU...
sama macam aku sayang umi ngan ayah....
sekarang aku pula yang berdoa...
"wahai Tuhan Pemilik segala rindu,
baru aku tahu aku takut kehilangan semua yang aku sayangi..
"angin kau nyanyikan lagu,
permataku kenang selalu,
bayu sampaikan berita,
daku kini ceria aman dan bahagia,
selimutkan rinduku bersama malammu..."
(buat semua insan yang sudi menerima aku sebagai sahabat....)
terima kasih kerana membuat aku menangis...
my tears always make me cheer,
missing and loving my friends,
give me a strength,
until i'm know,
love someone before someone love me,
and tell me,
how Allah love me,
as He gave me a lot of tears....
akhirnya aku tahu aku kalah dengan menjadi diri sendiri...














Comments

  1. satu muhasabah diri..
    sesungguhnya kita bersahabat kerana ALLAH..
    thanks 4 being my friends too..
    huhu..

    it's ok if u fogot ur friends' birthday..
    since u'll never forget them..
    and never miss to pray for them..

    ReplyDelete
  2. everything will be just fine..
    don't get upset..

    ambillah peluang ni utk jadikn sebagai teladan..
    hilgkn perasaan ragu2 tu..
    friends are friends..
    but family is the priority in our life k..

    cheer up!
    x mau sedih2 lg..

    ReplyDelete
  3. thanks 4 being my friend..
    jgn sdey..
    xpe xingt bufday..
    kteorg x hrp un blsn..
    kte un pna rse cm awk rse..

    ReplyDelete

Post a Comment