pEreMpUan bErkALunG SoRBan

<<

filem ini diadaptasi dari sebuah novel karya Adibah El Khalieqy.merupakan antara the best seller di Indonesia.Filem yang digarap kemas oleh Hanung Bramantyo yang sebelum ini pernah mengarah filem Ayat-ayat Cinta.Mengisahkan Anissa seorang gadis yang dibesarkan di Pesantren Al-Huda(sekolah pondok).Anak kepada kiai Hanan ini merupakan seorang anak yang cantik dan cerdas.Segala pengajaran yang diterima di pesantren dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.Anissa merasakan Islam selalu membela kaum Adam dan lemahnya wanita.Ketegasan ayahnya dalam menyekat kebebasannya menguatkan lagi prasangkanya apatah lagi protes Anissa sering disendatemehkan.Khudori satu-satunya insan yang memahami kecelaruan dalam dirinya.Dalam diam sebenarnya Khidori mencintai Anissa namun kerana pertalian dengan Kiai Hanan,dia membunuh cintanya.
Khudori melanjutkan pengajiannya ke Cairo meskipun tanpa rela Anissa.Anissa dinikahkan dengan Samsuddin anak seorang kiai dari Pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur.Perkahwinan tanpa rela ini menjadi episoh hitam buat Anissa.Samsuddin kemudiannya bernikah dengan Kalsum dan memperoleh seorang anak.Anissa hanyalah boneka pada mata Samsuddin akan tetapi perlahan-lahan dia bangkit mencari kekuatan untuk membebaskan dirinya.
Anissa kembali ke pesantren setelah hampir lima tahun dan tanpa disedari Khudori juga pulang setelah tamat pengajian di Cairo.Khudori berasa bersalah atas penderitaan Anissa.Pertemuan Anissa dan Khudori di kandang kuda telah membawa fitnah sehinnga menyebabkan kematian ayahnya.Anissa yang terus diceraikan membawa diri ke kota Jogjakarta dan menemui sinar baru di sana.
Khudori akhirnya berjaya membuka hati Anissa dan mereka bernikah.Anissa mengalami komplikasi kehamilan namun Khudori tetap terus disisinya..

Berkekalankah syurga Anissa bersama Khudori?
Terbalaskah dendan Samsuddin pada Anissa?
Apakah konflik yang terus berlaku di Pesantren Al-Huda?
Berjayakah Anissa menemui jawapan yang dicari?

Khas aq promote citer ni wat sesape yang ingin merasai betapa Islam ,mengangakat martabat wanita dan betapa perempuan itu punyai kekuatan yang menakjubkan.
WONDER WOMEN!
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy450t3lxstzzysDbLDcqSe1uBN4yPI7guc7u9Y9jgYb7LYtKoB0rqgJ9lrrnM3zzpEKXOkqYN7oHx0JDXqCX7cw7fi_b5qxhEUi5bHa9m0kCuzba7bymY2Vic8SF11oms_Y2W3-jqFqA/s1600/sorban+i.jpg">

PEREMPUAN SOLEHAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA 1000 LELAKI SOLEH...
bagus cite ni! thanks sbb gtau..
ReplyDeletex sbr nk tgk..huhu